Pages

Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2 - Pengakuan dari peserta Cina bersama dengan orang PAS.

Salam Sejahtera,

Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada hamba-hamba Allah ahli Jemaah PAS seperti yang diceritakan di bawah ini... anda-anda semua telah melaksanakan tugas-tugas disamping menunjukkan kemurnian dalam persaudaraan antara sesama manusia menentang kezaliman.....


Chen Shu Yong | Jul 12, 2011 06:36:14 pm


... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

Sumber: merdekareview.

9 comments:

  1. kalau hang reti bahasa cina , malaysiakini chinese version , dah ada 27 siri pengalaman demo oleh kaum cina , rata-rata menyatakan bhw buat pertama kali depa rasa Malaysia ni bersatu a.k.a CIMB - cina melayu india bersatu ..

    semua kaum sama sama berdemo memperjuangkan hak rakyat , bila kena tear gas , sama sama makan garam , cuci muka , sama sama lompat dinding ,terjun pagar lari dari polis . sama sama melaungkan Bersih , Hidup rakyat -- tiada lagi perbezaan kulit , yg membezakan kita semua ialah , sapa yg kurang kena tear gas , air kimia.

    ReplyDelete
  2. kot mana pun kena tabik spring kat unit amal PAS ..kagum dengan keberanian depa buat wall ...mana mana perhimpunan yang kedepan adalah unit amal PAS ....salute u all guy

    ReplyDelete
  3. Thethinker...

    Moga-moga pada PRU13 nanti, UNDI kaum Cina terutama golongan muda solid 100% berpihak kepada Pakatan rakyat...dan...

    Syiar Islam Islam yang diperjuangkan PAS mudah-mudahan dapat difahami oleh bangsa-bangsa bukan melayu... Insyaallah..

    ReplyDelete
  4. pru13 rasanya tak dak problem sgt ngan org cina. org mlayo yg susahnya. yg tua terlalu sentimental ngan dato' onn, yg muda plak ramai yg dimanja dek kerry dan azeez

    ReplyDelete
  5. TAKBIR....
    SEMOGA GELOMBANG KUNING TERUS DI HATI RAKYAT MALAYSIA...

    ReplyDelete
  6. Salam sahabat,

    Terharu membaca n3 ini. Anak muda Cina ini yakin untuk bersama-sama ahli-ahli Pas dalam himpunan itu .

    Inilah dakwah yang di bawa oleh Pas yang membuktikan bahawa dakwah melalui perbuatan cukup berkesan.

    Semoga kesemua ini, tidak berhenti disini. Dan saya sendiri saksikan dalam keadaan sakit dan jalan bertongkat, ini adalah kebangkitan rakyat yang terhebat merentasi agama dan bangsa menuntut keadilan.

    Kita telah berjaya melakar sejarah perjuangan rakyat marhein dan pasti kita akan turut berbangga menjadi pelakar kepada sejarah perjuangan ini!!

    Allahuakhbar!!!!

    ReplyDelete
  7. antara pengalaman anak muda cina :
    http://www.facebook.com/notes/%E7%AE%80%E6%88%88/709-%E7%9A%84%E8%8A%B1%E7%B5%AE%E5%92%8C%E6%84%9F%E6%83%B3/247851581895227

    terjemahan :
    9 Julai 2011 , saya telah menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 . Dah letih 2 hari , rehat dah 2 hari , baru skrg ada mood nak tulis perasaan diri setelah membaca begitu banyak cerita dan pengalaman yg dialami oleh peserta demo Bersih 2.0 melalui internet. Inilah antara pengalaman saya:

    1. Saya berpeluang mengenali seorang rakan baru , seorang pemuda melayu ahli PAS yg dah berpengalaman berdemo bbrp kali. Dia bersalam dgn saya dan mengucapkan terima kasih kerana memberi sokong. Saya membalas : Ini kewajipan say , inikan tanah air tumpah darahku juga.

    2. Saya nampak seorang uncle cina bersama isteri dan 2 anak lelakinya ( dlm umur 20an) yg agak kurus dan lemah. Dia berkata kpd anak2nya : Cepat ikut kumpulan besar tu , cepat !! Bukan nak suruh kita dibunuh , takut apa ?? Kita bukannya org yg bernama pun , skrg yg penting ialah jumlah ( the no that important ! ) , kita mesit sokong !! ( mmm..selalunya ibubapa yg larang anak berdemo , atau anak yg galakkan ibubapa berdemo , keluarga ni terbalik.. heran , heran )

    3. Seorang pakcik melayu yg agak berumur memberi penerangan kpd anak2 muda cina:“kita mahu tunjuk perasaan ,bukan kemarahan "

    4. Sepasang suami-isteri melayu bersama 2 anak mereka ( umur antara 8-10 tahun ) sedang memakan keropok ditangga, hati saya berkata : apa ni , berkelah ke ? . Si isteri senyum kpd saya dan berkata : Kami nakkan anak kami rasa dan belajar bagaimana nak memperjuangkan hak demokrasi rakyat . Saya senyum dan meminta maaf dlm hati krn berfikiran sempit tadi.

    5. Sepasang suami-isteri cina datang bersama bayi mereka yg masih dlm stroller . Bila hujan , mereka cepat memakai baju hujang , malah stroller bayi pun dipakai baju hujan ( saya juga menolong mereka menutup stroller bayi )

    dan banyak lagi , tapi yg paling menyentuh perasaan ialah peristiwa yg berlaku di TongShin hospital .

    Ketika kami semua berhempas pulas hendak melepaskan diri dari buruan polis dihospital , seorg pemuda melayu telah menendang pagar dan berkata : "Bagi cina semua keluar dulu , kita keluar kemudian " saya tak sangka yg mereka begitu melindungi kami- rakyat malaysia keturunan cina. Pada detik inilah saya merasai apa yg dirasai oleh nenek moyang kami ketika zaman awal kemerdekaan. Tiada rasa sangsi antara kaum , malah kita semua saling membantu . Ini bukan spt omongan kosong 1Malaysia laungan BN .

    Bukan saya seorang yg merasa perlindungan yg diberi oleh kaum melayu semasa demo Bersih 2.0 , malah ramai kawan saya yg juga mempunyai pengalaman yg sama . Mungkin kerana kaum cina jarang berdemo dan kurang pengalaman, maka kami diberi perlindungan secara maksima.

    Wahai kawan-kawan cina ku .... perhimpunan aman tak laa seteruk yg digambarkan oleh media , jika kalian ada peluang , sertai laa ia !

    ReplyDelete
  8. Sebagai seorang cina saya juga terharu dengan cerita-cerita mengenai bahawa orang-orang melayulah yang melindungi orang-orang cina walaupun mereka sendiri terdedah kepada bahaya akibat perbuatan zalim polis dan kerajaan. Mungkin kaum cina telah lama ditakutkan dengan hasutan hasutan bahawa kami akan dipukullah, peristiwa 513 akan berulanglah, disuruh stok beraslah, tapi sekarang saya rasa kaum cina tahu bezanya orang PAS dengan orang UMNO...dan kaum cina tidak mudah lupa jika ada peluang membalas jasa, bagi kami itu adalah karma.

    ReplyDelete
  9. aku sayang zambreeJuly 13, 2011 at 4:15 PM

    mm

    ini kalau mb perak tahu

    mahu sewel dia

    maklumlah dia jadi mb atas suara mahkamah rimba

    suara rakyat suara keramat .. ayuh buktikan rakyat perak

    kASI BUNGKUS sama itu chittt poodaaahhhh

    ReplyDelete