Salam Dato Seri Hishammuddin Tun Husin On Menteri Di Jabatan Kementerian Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia.
Saya Blogger Papa Gomo ingin meluahkan apa yang sewajarnya saya sebagai seorang Blogger Pro Kerajaan BN nyatakan kepada Pak Menteri berhubung pegawai Khas kepada Pak Menteri iaitu Tun Faizal yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Untuk makluman Pak Menteri jika Pak Menteri masih ingat pada Penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kerdau saya telah berjumpa dengan Pak Menteri dan bertanyakan mengenai isu isu semasa yang bertumpu kepada kementerian yang Pak Menteri kuasai.
Saya telah mengenalkan diri saya pada Pak Menteri yang pada masa itu disaksikan oleh beberapa orang pegawai Pak Menteri, Pengawal Pak Menteri dan juga beberapa orang. Dalam masa pertemuan itu juga turut berada di samping saya adalah rakan Blogger Pisau.Net,
Saya telah bertanyakan mengenai amaran yang sentiasa dikeluarkan Pak Menteri berbanding apa yang sepatutnya dan saya juga menyatakan bahawa ramai dikalangan kami rakan Blogger tidak faham dengan apa yang Pak Menteri sering nyatakan dan kami turut nyatakan bahawa KDN di lihat lemah diatas apa yang dilakukan.
Pak Menteri yang waktu itu dalam keadaan mood santai menjawap pertanyaan saya dan BERJANJIakan berjumpa dengan kami para Blogger untuk menjelaskan segala tindakan KDN yang berlaku bagi memberi pemahaman kepada kami yang merupakan Blogger jalanan ini.
Pak Menteri pada waktu itu dengan disaksikan pegawai lain dan rakan blogger Pisau.Net, Medan Info Kita dan Gerakan Anti PKR menyatakan sejurus tamat Pilihanraya Kerdau satu pertemuan akan diadakan diantara Pak Menteri dan para Blogger.Pegawai Pak Menteri di arahkan untuk memastikan pertemuan diantara kami para Blogger berlangsung dan setelah itu kami beredar bagi menjalankan tugas kami masing masing.
Belum pun keluar dari pusat penamaan Calon Pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah menahan saya dan bertanyakan kepada saya atas urusan apa nak berjumpa dengan Pak Menteri. Saya telah menjelaskan kepada beliau bahawa permintaan kami untuk berjumpa dengan Pak Menteri adalah kerana ingin mendengar sendiri penjelasan Pak Menteri berhubung pelbagai isu yang dilihat amat lembut tindakannya yang diambil ke atas Pembangkang.
Pegawai Pak Menteri Tun Faizal TIDAK MEMBENARKAN KAMI BLOGGER BERJUMPA dengan Pak Menteri atas alasan beliau boleh mejawap sebarang soalan yang pihak Blogger ingin ajukan berhubung KDN.
Saya yang waktu itu agak terpinga pinga kerana didalam kehidupan saya sebagai seorang Blogger inilah kali pertama saya dan rakan rakan Blogger lain telah di HALANG oleh seorang pegawai Menteri untuk berjumpa dengan majikannya atas kepentingan Negara.
Dan benarlah sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Faizal pegawai Khas Pak Menteri sehingga ke hari ini memang tidak ada sebarang perjumpaan diantara Pak Menteri dan juga Blogger. Malah pegawai Pak Menteri Tun Faizal yang kononya menyatakan beliau boleh menjelaskan segala persoalan berhubung KDN juga senyap membisu.
Apakah jika hendak berjumpa Pak Menteri hanya dibenarkan jika ianya berkaitan Projek sahaja? Jika tidak ada kaitan dengan projek maka tidak boleh berjumpa dengan Pak Menteri?
Untuk makluman Pak Menteri ramai Menteri menteri, Timbalan Menteri yang sudi berjumpa kami jika ada isu yang perlu dibantu apabila diserang pihak Pembangkang. Dan kami buat tugasan ini bukan berpaksikan Wang Ringgit tapi lebih kepada menang Pilihanraya dan rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya dari kerajaan.
Pak Menteri, minggu lepas saya telah dimaklumkan bahawa Pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah menghantar laporan SMS berkenaan saya yang dikatakan telah menghentam Pak Menteri selaku Menteri KDN. Dalam laporan SMS nya juga Tun Faizal telah mengaitkan saya dengan Ketua Bahagian saya dan juga lain lain pekara yang saya tidak mampu menyatakan nya disini atas sebab sebab SULIT.
Laporan dari Tun Faizal itu telah di hantar ke Supol Dato Markiman dan saya juga masih tidak tahu sama ada Pak Menteri sudah membaca laporan SMS tersebut. Jika belum adalah diharapkan Pak Menteri membacanya dan melakukan tindakan segera diatas laporan yang dihantar.
Pak Menteri. Laporan sms dari Tun Faizal menyatakan saya telah membalun Pak Menteri didalam laman Tweeter. Saya akui memang saya ada mengeluarkan satu isu yang berbunyi begini:
"Adakah KDN Lembab Dalam Melaksanakan Tugas?"
Dan hasil dari soalan saya itu ramai yang Retweet dan menyatakan pelbagai keluh kesah berhubung tindakan KDN yang lembab dan lebih kepada Lembik. Itu respon dari rakyat
Disebabkan soalan saya itu menyebabkan pegawai Khas Pak Menteri Tun Faizal telah mengantar laporan menyatakan saya telah membalun Pak Menteri. Saya akur jika soalan saya itu Pak Menteri katakan salah tapi saya tetap akan pertahankan respon respon dari pelayar Tweeter yang ada kerana ianya adalah dari rakyat
Saya rasa cukup setakat ini luahan saya berhubung tindakan Pegawai Khas Pak Menteri yang dilihat lebih membodek dengan YES SIR dari melakukan tugas yang sepatutnya. Pegawai Khas seperti ini sebenarnya lebih membuatkan Pak Menteri berasa selesa walhalkan keadaan yang sebenar tidak diperjelaskan oleh pegawai berkenaan.
Jadi tidak usahlah Pak Menteri bertanya kenapa ramai Blogger Blogger, facebooker, Pelayar Tweeter dan rakyat menghentam Kementerian Dalam Negeri dan Pak Menteri. Jawapanya ada pada pegawai Khas Pak Menteri yang selalu melaporkan YES SIR.
Terima Kasih Pak Menteri
Papa Gomo
Pages
▼
Saturday, July 23, 2011
Isi Kandungan Surat Papagomo yang menyebabkan Tun Faisal mengamok...
Salam Sejahtera...!
Hasil usaha dari perbuatan yang tidak ikhlas atau pun berkhidmat kerana habuan, maka inilah jadinya,,, mereka umpama syaitan-syaitan yang kelaparan telur tembelang, masing-masing dok berebut untuk meneruskan kehidupan....
Moga-moga pertelingkahan mereka-mereka didalam UMNO akan menuju kehancuran... Insyaallah....
Semalam kita sibuk dok baca keluhan dan marah dari blogger tunfaisal. yang dok mengatakan papagomo lupa daratan...
Tun Faisal yang sedang senyum...
Rasanya tak adil kalau kita baca sebela pihak sahaja..... nak tau apa sebabnya Tun Faisal marah sangat.... Nah aku copy paste tulisan papagomo tanpa edit,, hanya font sahaja dibesarkan......
No comments:
Post a Comment