Pages

Wednesday, July 20, 2011

Perbezaan mahkamah Malaysia dengan mahkamah Amerika Syarikat..

Salam Sejahtera,

Malaysia negara mengamalkan demokrasi, sama dengan Amerika Syarikat... tetapi kenapa berbeza... cuba baca pandangan penulis politik Otai Tuan Haji Subky Latif,



Pandangan kedua Strauss-Khan
Subky Latif

PENDAKWA Raya Makamah New York mengenakan tindakan keras terhadap Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Dominique Strauss-Khan atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atas pembantu sebuah hotel.

Straus-Khan adalah bekas Menteri Kewangan Perancis. Antara tindakan yang dikenakan tahanan rumah. Gara-gara tindakan keras itu dia meletakkan jawatan walau pun tidak mengaku bersalah atas dakwaan yang dihadapkan kepadanya.

Pendakwa raya New York itu dilihat begitu tegas sekali pun terhadap seorang yang memegang jawatan penting di dunia. Dengan kedudukannya Strauss-Khan dipercayi tidak akan melarikan diri, tetapi begitulah tegasnya pelaksana undang-undang Strauss-Khan dilayan sama seperti lain-lain aduan jenayah.

Tetapi hujung Jun Pendakwa raya yang sama ada pandangan kedua atas kes itu. Pendakwa itu mengubah tindakannya setelah mendapati ada keterangan saksi utama iaitu wanita yang mengadu dirinya dimangsai oleh Strauss-Khan tidak boleh dipercayai.

Pendakwa itu menuduh wanita itu penipu dan ada hubungan dengan penjenayah. Peguam bela wanita itu membantah keterangan pendakwa raya itu.

Kes belum digugurkan tetapi yang dituduh sudah pun dibebaskan dari tahanan rumah.

Kita menunggu perkembangan selanjutnya atas kes itu.

Yang penting dalam kes ini ialah pendakwa boleh mengubah tindakannya apabila mendapati ada rekod yang tidak elok terhadap pengadu. Latarbelakang pengadu atau mana-mana saksi yang meragukan boleh menyebabkan mahkamah melayan keterangannya.

Prinsip itu dipegang oleh pendakwa New York itu dan mahkamah menghormati pendirian itu.

Dalam kes yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim baik dalam semua kes yang dihadapkan kepadanya sebelum tahun 2000 mahu dalam beberapa kejadian selepas tahun 2000 yang sedang berjalan sekarang, sikap kerterbukaan seperti pendakwa di New York itu tidak berlaku.

Latar belakang saksi-saksi yang dibangkitkan oleh peguam bela Anwar baik dulu dan kerang tidak diberi perhatian.

Dari dulu dan sekarang peguam bela dan orang ramai membangkit isu keraguan terhadap Peguam Negara terus tidak mendapat perhatian. Oleh kerana pendakwa terletak di bawah peguam negara, tentulah kaki tangan jabatan peguam negara tidak akan membuat yang lain dari yang ditentukan oleh peguam negara.

Tetapi mahkamah pun tidak memberikan perhatian atas wibawa jabatan peguam negara berikutan dengan pandangan orang awam itu.

Boleh dikatakan semua hakim dan mahkamah mengambil sikap berkecuali terhadap apa yang dibangkitkan.

Dengan demikian jauh sekali jabatan peguam negara dan mahkamah hendak mengambil langkah menyiasat latar belakang pembuat aduan dan saksi-saksi dalam kes Anwar itu.

Baik dalam kes liwat dua dan kes video seks yang banyak dibincangkan sekarang, latar belakang setiap saksi tidak diberi perhatian.

Banyak keraguan yang dipangkitkan tentang orang mengaku diliwat termasuk siapa dia dulu dan apa yang terjadi padanya. Jelas mahkamah dan pendakwa raya tidak mahu membuang masa memikirkan perkara itu.

Mengenai promotor video seks kumpulan Dato T yang menjadi pemain utama isu itu diketahui umum menjadi pemegang imej yang tidak selesa. Anwar membuat keterangan bahawa antara tiga itu ada yang jadi kaki betina dan kaki botol. Tetapi tiada perhatian diberi kepada kenyataan Anwar itu. Apakah Anwar membuat dakwaan palsu atau sebaliknya, tiada percubaan untuk memastikannya.

Tentang Tan Sri Abdul Rahim Tambhey Chik, saya tidak bercadang untuk menghuraikan apa yang pernah dibuatnya. Tetapi dia adalah Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO yang melepaskan atau dilepaskan dari jawatan yang dipegangnya itu.

Kedua jawatan penting itu dilepaskannya semasa pentadbiran Dr. Mahathir.

Sebagai Perdana Menteri, Perdana Menteri Mahathir tidak pernah membuat penjelasan atas pemergiannya dari jawatan Ketua Menteri Melaka. Dan sebagai Presiden UMNO, Dr. Mahathir tidak membuat sebarang keterangan atas pengundurannya dari jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Apabila dia menjadi saksi penting dalam isu video seks, apakah pendakwa raya dan mahkamah tidak bercadang untuk meneliti mengapa dia meninggalkan kedua jawatan itu? Sebelum dia diterima menjadi saksi, apakah mahkamah tidak rasa perlu untuk memestikan apakah kejadian yang menyebabkan dia melepaskan jawatan masih melayakkannya menjadi saksi?

Semasa Dato Shuib Lazim sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Pantai Merdeka melawan calon PAS, Dato Muslim Othman tahun 90an dulu, timbul isu dia dikatakan muflis. PAS tidak membuktikannya.

Tetapi apakah kejaksaan negara tidak bercadang untuk meneliti isu itu bagi memastikan dia layak menjadi saksi?

Apa pun apa yang pendakwa raya mahkamah New York buat dalam kes Strauss-Khan menarik perhatian dunia dalam menegakkan keadilan dan mahkamah Malaysia tidak nampak mengambil prinsip yang sama.


Sumber - harakahdaily.




No comments:

Post a Comment