Pages

Tuesday, July 19, 2011

Siapakah Pemimpin Negara berzina dengan pelacur..

Salam Sejahtera,


Persoalan dai Ummu Jah..Selama ini terdapat pemimpin negara berzina dengan pelacur, masyarakat tidak tersinggung pun. Mengapakah pula apabila KTS kata tiru pelacur, supaya suami tidak lari kepada pelacur lagi, ada yang sensitif sangat lantas diputarbelitkan kenyataan asal.


Bila di sebut pemimpin negara sudah tentu pemimpin yang memerintah di pusat.... jadi siapakah pemimpin itu......sumber cyberita.


Oleh kerana sumber di cyberita hanya bertahan di arkib selama seminggu sahaja,, jadi aku copy paste artikel tersebut seperti dibawah.....




18 Jul 2011

KOMENTAR

KALAM INSAN
Pengerusi Kelab Taat Suami: Budayakan 'seks Islam'

Oleh
A. Rahman Basrun

KELAB Isteri Taat - atau nama sebenarnya Kelab Taat Suami (KTS) - yang menganjurkan kaum isteri memenuhi 100 peratus kehendak seks suami tampak terus diselubungi kontroversi.

Terbaru, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjelaskan kenyataannya: bahawa ia sebenarnya tidak menganggap KTS 'menyalahi ajaran agama' tetapi sebaliknya 'berpegang pada pandangan agama yang tidak menurut kefahaman lazim' (Muis: Club's views on wives at odds with most S'pore Muslims, The Straits Times, 9 Julai).

Pun baru tersiar hasil satu kajian yang menunjukkan kaum lelaki di watan ini secara purata inginkan 3.5 kali lebih banyak hubungan seks dalam tempoh empat minggu, manakala kaum Hawa inginkan 1.8 kali lebih banyak dalam tempoh sama.

Saya ingat sebulan lalu pojok ini yang pertama mengulas isu KTS di akhbar ini (Kelab Isteri Taat atau Taat Isteri?, BH, 13 Jun).

Jadi, wajarlah di sini juga berakhirnya isu itu - menerusi interviu eksklusif saya dengan pengerusi KTS sendiri dari Malaysia, Cik Hatijah Aam.

Cik Hatijah, 57 tahun, bergelar Ummu Jah, adalah isteri nombor dua Allahyarham Asaari Muhammad (juga bergelar Abuya), pengasas gerakan Al-Arqam yang diharamkan di seberang Tambak.

Ummu Jah juga pengerusi eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), kumpulan niaga yang diasaskan beberapa bekas pengikut Al-Arqam.

PERKEMBANGAN KELAB

Soalan: Apakah perkembangan KTS sejauh ini?

Ummu Jah: KTS kini berpusat di Makkah. Cawangan-cawangannya di Jordan, Mesir, Syria, Eropah (Perancis), Australia, Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Soalan: Sejak dilancarkan, apakah keanggotaannya terjejas? Kenapa?

Ummu Jah: Sejak KTS dilancarkan ia telah menerima sokongan besar daripada masyarakat. Bancian kami mendapati bilangan yang menyokong jauh lebih banyak daripada bilangan yang menentang.

Kenapa mereka menyokong? Suami mana tidak mahu isteri taat padanya 100 peratus? Ia petanda manusia sudah mahu kembali kepada Tuhan.

TAKRIF 'ISTERI TAAT'

Soalan: Ungkapan 'taat suami' terkandung dalam nama kelab. Bolehkah KTS perjelaskan takrif 'taat suami'?

Ummu Jah: Ertinya isteri memberi ketaatan 100 peratus kepada suami atas perintah Allah swt, dalam keadaan suami 100 peratus taat kepada Allah. Taat kepada suami dalam semua aspek hidup, terutamanya komponen seks.

Hal ini tidak menafikan boleh berlaku perbincangan budi bicara, kerjasama dan lain-lain. Namun, keputusan akhir di tangan suami, selaras anjuran Islam iaitu suami pemimpin manakala isteri dan anak-anaknya pengikut.

Soalan: Menurut sesetengah pengkritik, takrif KTS terlalu sempit dalam menghuraikan masalah rumah tangga. Mereka menyenaraikan faktor lain, seperti masalah kewangan, salah bimbing anak dan suami tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Apakah pandangan KTS?

Ummu Jah: Mula-mula suami isteri itu bersetuju berkahwin, ketika kahwin bercinta, tetapi selepas itu kenapa ada masalah?

Sepatutnya orang bercinta apabila ada masalah duit boleh sama-sama selesaikan. Apabila ada masalah anak boleh berbincang. Apabila bercinta, suami tentu bertanggungjawab.

Menurut KTS, selagi perasaan cinta dapat dipertahankan pasangan, hubungan kelamin mampu berlaku dengan baik sekali. Hinggakan begitu bahagia, apa masalah pun mampu diatasi bersama.

Soalnya, kenapakah cinta hilang? Kenapa hubungan seks menjadi kurang dan hambar? Sebab si pemimpin gagal membuatkan isteri taat padanya. Maka apabila Allah mendatangkan ujian-ujian hidup berkeluarga, seperti masalah kewangan dan lain- lain, jadilah sebab untuk berpecah-belah.

KELAB SUAMI SETIA?

Soalan: Apakah reaksi KTS pada saranan tubuhkan Kelab Suami Setia sebagai pengimbang kepada KTS?

Ummu Jah: Oleh kerana KTS juga bertanggungjawab pada mana-mana suami yang gagal, maka cukuplah dengan KTS saja.

Sebabnya, dalam KTS para suami kami lelaki-lelaki bertaraf pemimpin, hidup bersyariatkan sunah Nabi Muhammad saw. Kelab untuk mereka tidak perlu.

Dalam GISB, para lelakinya dipimpin agar pandai jadi pemimpin. Sesiapa yang ingin bersama, cukup dengan mengikut program GISB. Pokoknya, apabila manusia kembali kepada Tuhan, suami setia, isteri taat.

PENUMPUAN PADA SEKS

Soalan: Sesetengah pihak tidak setuju takrif 'isteri taat' harus menyaingi 'pelacur kelas pertama', seperti yang disebut naib presiden KTS, Dr Rohaya Mohamed. Apakah KTS menganggap unsur seks sebagai unsur terpenting bagi 'taat suami'?

Ummu Jah: Rumah tangga baik ialah rumah tangga Islam. Suami memimpin isteri taat. Apabila berkahwin tentulah perlu ada hubungan seks.

Namun, kalau isteri tak ikut Islam, iaitu tidak taat pada kehendak seks suami 100 peratus, sekalipun di atas belakang unta (dalam kenderaan) mengikut hadis, maka suami akan selalu berasa kekosongan dan kecewa.

Di situ cinta pun berkurang, lama- lama semakin pupus. Maka ini memaksa suami curang.

Untuk penyelesaian, KTS ingin membawa masyarakat kembali kepada Islam. Faktor utama ialah kededuanya, suami dan isteri, mahukan Allah dan Rasul, dan taat kepada kededuanya. Formula ini nescaya membina semula rumah tangga yang sudah gagal.

Namun, bagi mereka yang tidak mahu kembali kepada Tuhan, tetaplah seks itu menjadi punca utama masalah mereka.

Soalan: Boleh tak senaraikan kegiatan-kegiatan KTS? Berapa banyakkah ia tertumpu pada unsur seks?

Ummu Jah: KTS sebenarnya berusia 30 tahun - sejak zaman Abuya Asaari Muhammad lagi. Sepanjang tempoh itulah anggotanya ditanamkan iman dan Islam di hati, melalui program pimpinan dan pendidikan oleh Abuya.

Hasilnya, rumah tangga mengikut disiplin Islam 100 peratus. Lahirlah pula anak-anak yang dididik dengan Islam sedari kecil.

Sekarang, dengan anggota lama serta anak-anak yang telah berkahwin, KTS berusaha mempertahankan masyarakat yang tiada penzinaan, buang bayi dan lain-lain, iaitu dengan program yang membawa ke arah itu.

Apabila masyarakat semakin teruk dengan gejala sosial, maka KTS mengisytiharkan formulanya untuk dikongsikan dengan masyarakat.

Iaitu, bahawa meriahnya rumah tangga dengan seks Islam adalah jalan keluar bagi menyelesaikan masalah dalam masyarakat, supaya seks Islam dilaksanakan sepenuhnya. Itulah program utama KTS.

Maksudnya, KTS telah, sedang dan akan memperjuangkan Tuhan dan sunah Nabi. Nabi dan orang- orang soleh menjadikan seks Islam tradisi dan budaya hidup mereka.

Soalan: Ada pihak mengatakan perumpamaan isteri sebagai 'pelacur kelas pertama' melampau kerana pelacur tiada batasan dalam seks berbanding isteri Muslimah. Ini termasuklah, maaf cakap, seks 'dari belakang'.

Atau, adakah Dr Rohaya tersilap menggunakan perumpamaan sehingga mencetuskan segala kontroversi sekitar KTS kini?

Ummu Jah: Selama ini terdapat pemimpin negara berzina dengan pelacur, masyarakat tidak tersinggung pun. Mengapakah pula apabila KTS kata tiru pelacur, supaya suami tidak lari kepada pelacur lagi, ada yang sensitif sangat lantas diputarbelitkan kenyataan asal.

Kami di KTS tidak tersilap sama sekali kerana berkata begitu.

Memang, dalam taat kepada Allah dari segi menjalankan seks Islam, isteri di rumah gagal. Umumnya, menurut banci kami, dia cuma taat 10 peratus saja daripada apa yang Islam perintahkan daripada apa yang suami harapkan.

Kalaulah isteri boleh berikan 100 peratus layanan tiada tandingan seperti pelacur, demi keredaan Allah, nescaya rumah tangga bahagia.

Namun, KTS tidak bermaksud isteri itu menjadi pelacur, iaitu untuk mencari duit daripada suami. Dan seks Islam 100 peratus itu tidak dimaksudkan seks 'dari belakang'.

Apa yang KTS maksudkan ialah seks Islam itu ikut disiplin Islam tapi tatacaranya 100 peratus macam pelacur, yakni layan selagi halal sehebat- hebatnya. Bukan 10 peratus seperti yang umumnya isteri Islam berikan sekarang.

Sebenarnya, kenalah tiru Nabi dan isteri-isteri baginda. Namun, masalahnya berapa ramaikah orang faham bagaimana ia berlaku?

Saya ulangkan sekali lagi, apa yang dimaksudkan oleh Cik Rohaya ialah layanan sehebat-hebatnya untuk seks suami.





Komea... ada yang aku setuju dan ada yang tidak, tetapi apa yang aku nampak Ummu Jah dengan Rupaqa atau Global Ikhwan sama saja kong kali kong,, apa tidaknya cakap tak serupa bikin.... bagaimana dengan kes bekas ahli Arqam ni...

,

Taat kah isterinya yang masih ahli Arqam kepada suami..... sehingga anak-anak pun dibawa lari........ini timbul persoalan.....



.

4 comments:

  1. "Kenapa mereka menyokong? Suami mana tidak mahu isteri taat padanya 100 peratus? Ia petanda manusia sudah mahu kembali kepada Tuhan."

    Silap tu ummu Jah. Itu tandanya manusia kembali kpd nafsu serakah.

    Isteri2 nabi pun tak tubuhkan KTS.

    Tapi knapa pelacur jadi contoh. Bukankah kah caa hdup nabi berkeluarga jadi contoh ikutan.

    Punyalah jadi hina islam bila pelacur diangkat ke satu mertabat yg begitu hebat.

    Masalah sebenar adalah suami yg cetek ilmu. Kawin kerana nafsu. Inilah jadinya. Agama nak letak mana kalau hdup bertunggangkan nafsu sex?

    Nakkan isteri taat sehebat pelacur layananya. suami pula bagaimana? Belum gear 1 pun dah terkulai.

    Isteri mesti sempurna tapi suami jadi imam semabahyang pun tak tau.

    ReplyDelete
  2. slm.. dlm per ni, islam membenarkan..! yg byk menentang, byk bersandar/berhujah ats hukum akal dan logik, jgn sampai keterlaluan krn yg ditentang itu hukum allah. tdk ada rasa malu/takutkah korang dgn yg mencipta peraturan itu?..

    ReplyDelete
  3. dia mgkn mgaggp layanan seorg pelacur tu high level dr isteri sehigga dia xmau ahli2 dia bbuat begitu. justeru itu, KTS tlh myeru utk melayan suami spt pelacur krn mrk (lelaki yg melanggan pelacur) mgkn lebih puas dgn lynn si pelacur.. kmgkn, ummu jah mau kan isteri2 kpd jemaah utk mmberi layanan seks yg lebih baik dr pelacuur shga mrka myatakan sebegitu..
    fenin da dgn isu cmni...

    ReplyDelete
  4. banyak pulak kemungkinan itu dan ini.

    Islam itu Jelas, mana sama minyak dan air. takkan bercampur keduanya, minyak dan air.

    menggunakan perbandingan yang salah adalah sesuatu yang salah, apatah lagi yang bersangkutan hukum.

    samakah seorang isteri yang dikahwini secara SAH dengan seorang pelacur yang dilanggani?

    samakalah dengan golongan taksub politik yang mempergunakan agama, apabila mengatakan Baginda Rasulullah adalah sama seperti mamat-mamat kampung sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul.

    ya Allah.

    Sudahlah saudara Muslim sudah makin jauh dari Agama, golongan Agama sendiri menyesatkan dan menyasarkan lagi Ummat.

    Jelas, Kita di Zaman Fitnah. Hati2.

    ReplyDelete