Pages

Wednesday, August 3, 2011

Disini rupanya bekas calon UMNO yang tewas,.. sepak peti undi..

Salam sejahtera,

Dalam dok merayau-rayau sekejap tadi terpandang gambar kisah seliberiti agama satu ketika dulu.....



Tentu ramai yang ingat peristiwa PRU 11 2004 yang lalu, calon UMNO yang bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan tewas di tangan Dr Wan Azizah Presiden PKR sekarang, ikut ceritanya bilang undi pun smapai dua kali, kali pertama tak puas hati, sambung hari kedua bilang lagi, bila dah sahih kalah, marah tak puas hati sepak tong peti undi tu....

Sayang sekali, kalau sebelum ini beliau berada ditahap paling tertinggi, iaitu Imam Besar Masjid Negara, setiap minggu ucapan khutbah jumaatnya pasti akan didengar oleh seluruh rakyat dalam negara apabila dipancar dalam radio dan TV, tetapi sekarang lihatlah apa dah jadi,,, kalau dulu serban dan tarbus sentiasa diatas kepala, menandakan ia seorang Hafiz Al-Quran, tetapi sekarang songkok tinggi pun tak ada lagi, hilang entah kemana...

Cukup kah sekarang ini dengan sekadar jawatan sebagai pegawai khas menteri.....

Kita tunggu apa pula akan terjadi lepas ni seorang lagi ilmuan agama, Jenderal Jamil Khir, berapa lama lagi ia boleh bertahan jawatan Senator, lepas tu nak kena bertanding kerusi Parlimen, di mana nak dapat kerusi parlimen yang selamat untuk menang, bukan semua Ketua UMNO Bahagian atau Ahli Parlimen yang dah menang nak lepaskan dengan mudah kerusi mereka kepada beliau,,, itu jam baru tau....

Bila dah jadi serupa itu, dah tak ada nilai lagi, segala ilmu agama yang ada dalam dirinya sesia sahaja, tak dapat nak diperkembangkan., macam mana nak diperkembangkan, kalau dah tak ada orang yang nak jemput bagi ceramah.

Berapa banyak ustaz-ustaz yang alim-alim masuk UMNO, lepas tu habis ghuyup ceroii belaka....., sayang... secara tak disedari UMNO telah menjahanamkan cerdik pandai agama yang sepatutnya mereka menyemarakkan ilmu Allah kepada umat Islam......,







2 comments:

  1. Selama yang aku dok peghati - kalau dah sandang title ustaz universiti ni - memang ceroi..

    ReplyDelete
  2. Bukan diakah yang jatuh dalam sungai di Sarawak sebab titi uzur.

    ReplyDelete