Pages

Saturday, August 6, 2011

Lihat Ni - Dah haram pun masih lagi dijual di TESCO Manjung.........

Salam sejahtera,

Pagi tadi dah puas dok kat rumah, bini pulak ajak pi berbelanja, entah macam mana tergerak hati pi ke TESCO pagi tadi, walaupun bertongkat gagah juga pergi, maka ramai juga dok berjumpa dengan sahabat-sahabat....,

Dalam dok tawaf dari satu rak ke rak terpandang masih ada lagi dijual butter Golden Churn yang disahkan mengandungi DNA babi..., kalau hangpa tak percaya pi round tengok masih ada lagi terjual tanpa amaran haram untuk orang Islam atau pun sebagainya....,






Perkara ni dah heboh satu Malaysia terutama di Sarawak, 3-4 hari lepas keluar arahan dari pihak berkuasa Sarawak, minta musnahkan semua kek lapis dan peralatannya membuat kek tu sekali... tu dia ada lagi arahan bingung macam ni..... hairan sungguh aku...

Yang haram tu hanya untuk umat Islam, sebab dah bershubhat dengan dna babi, tak berapa bnak sesuai nak dimusnakan barangan tu.., orang bukan islam masih boleh makan,, bukannya menjadi wabak penyakit..... dimana sifat tolenrasi orang Islam dalam hal ini...

Begitu juga peralatan membuat kek tu,, tak perlulah nak dimusnahkan,, kerana ada kaedah hukum dalam penggunaan bekas-bekas makanan ni, rujuklah dulu hukum feqah yang mashur.... janganlah nak main tibai suruh bagi musnah aja...

Hari ini masih keluar lagi kisah dalam isu yang sama Kedai roti_kek guna DNA babi berleluasa.

Nampaknya semakin gawat dalam isu makanan ni, tabahan pula hari raya dah semakin nak sampai, ramai umat Islam yang tak ambik kisah dalam hal ni,, berita sebegini hanya keluar di jakim, dan sesetengah surat khabar, tak ada disiar dalam TV dan radio untuk memaklumkan kepada pengguna Islam...

Apa tindakan sepatutnya,, Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan proaktif untuk menyelesaikan perkara ini, aku hanya setakat memaklum di sini sahaja, aku tak boleh nak pi bagi tau kat pengurusan TESCO contohnya, supaya pengasingan barangan tu tidak bercampur aduk, seumpama barangan berasas babi dan arak contohnya,, boleh pun diasingkan...

Tolonglah wahai penguatkuasa yang berautoriti untuk melakukan tugas tersebut.... kesianlah kepada umat Islam....,



1 comment:

  1. Blogger manjongmari, mintak email bleh?
    Ada bnda nk report nih....

    ReplyDelete