Pages

Wednesday, August 24, 2011

Mana nak untung kalau macam ni punya cara berniaga...

Salam sejahtera!

Semalam keluar satu berita ekonomi negara kita hMAS cacat kerugian Bersih RM527 juta pada suku kedua..

Apa cerita ni, mana pi pakar-pakar ekonomi dalam negara, yang duduk dalam EPU kat Jabatan Perdana Menteri buat apa, pakat dok hayun atau belek teloq masing-masing,,, jawapan kenapa kerugian boleh berlaku cukup senang, iaitu kos bahan api yang tinggi... oii itu jawapan budak tadika KEMAS tu....

Soalan bodo aku, AIR ASIA pun meniaga macam MAS juga, kenapa boleh untung, apakah kapal terbang Air Asia pakai ayaq paip SYABAS punya yang boleh membuat keuntungan dan sekarang boleh membeli saham-saham dalam kepentingan MAS...

Kalau macam punya berniaga oleh bijak pandai pak pandir dalam kerajaan Najib ni, bukan 2019 negara Malaysia akan bangkrap, sebelum 2013 kena pejatuhkan Najib,,,

Ini lagi satu kes...

“Begitu juga kita mempunyai syarikat tempatan atau syarikat milik kerajaan (GLC) yang mampu untuk membeli dengan harga RM3.50 yang ditawarkan. Mustahil syarikat kita tidak mampu melainkan tidak berminat atau tidak ditawarkan? Atau mereka terlepas pandang?,” komen Mohammad.

Beliau hairan mengapa harga yang ditawarkan kepada San Miguel adalah lebih rendah darpadai harga pasaran.

“Saya difahamkan pihak Boustead Holdings Bhd. yang dimiliki oleh LTAT ada membuat tawaran yang sekitar RM5.20 berbanding harga pasaran RM4.07 sesaham.

“Persoalannya kenapa syarikat asing yang ditawarkan dengan harga yang begitu rendah iaitu RM3.50 sesaham atau jumlah keseluruhannya RM614.25 juta, sedangkan LTAT menyatakan hasrat untuk membeli ekuiti Esso Malaysia dengan tawaran keseluruhan RM1 bilion?” tanya beliau

Baca seterus beli-kepentingan-esso-malaysia-azman-anuar .

Hangpa tengok lah tu, Lambaga Tabung Angkatan Tentera, (LTAT) dah tentu hak rakyat Malaysia nak beli dengan harga RM5.20 sesaham, lebih seringgit 13 sen dari harga saham semasa,, eiiih tak mau jual.... kenapa ni..... sanggup nak pi jual kat syarikat arak Filipina dengan harga RM3.50 sesaham, seringgit tujuh kupang kan dah rugi,,, kenapa lah benak sangat meniaga ni,, atau memanh hati-hati dah berkenan kepada arak.....

Berita berkaitan DI SINI



No comments:

Post a Comment