Pages

Thursday, September 29, 2011

Najib mengaku hasil duit judi tauke Cina milik BN

Salam Sejahtera,,

Tak ada apa-apa yang perlu nak dihairankan, kalau dah Tok Wan Najib bapa kepada Toh Puan Rahah melalui Tan Sri Noah Omar pemegang saham judi terbesar di Genting Berhad dan Resort World... cerita lanjut di yayasan-noah-dan-pemegangnya.
.


Paling memalukan bila ada hamba-hamba Allah yang bukan Islam mempertikai hal ehwal judi,,, apa cerita bro...

SHAH ALAM, 28 SEPT – Kerana amat terdesak, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengaku wang sektor swasta sebagai milik Barisan Nasional apabila mengumumkan dana RM100 juta untuk sekolah-sekolah bahasa Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok, wang Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ hasil kutipan dari tauke-tauke judi itu bukan milik Najib atau kerajaan BN.

“Beliau tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan berkata seolah-olah peruntukan itu disediakan oleh kerajaan atau BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh meluahkan rasa kesal apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa dana-dana itu akan dibayar berdasarkan hubungan rapat sekolah-sekolah itu dengan BN.

“Apa yang cuba disampaikan beliau ialah, ‘jika anda sokong MCA, Gerakan, MIC dan NGO yang berkait dengan BN, saya akan memberi ganjaran kepada sekolah anda melalui dana pendidikan,’ yang maknanya sama dengan kata-katanya yang terkenal iaitu, ‘Anda tolong saya, saya tolong anda’,” katanya.

Tambah Teresa yang juga Adun Kinrara, ‘Comunity Chest’ yang merupakan dana sektor swasta dan bebas dari mana-mana naungan parti politik perlu bebas pengagihannya dan ditentukan oleh pemegang amanah, bukan oleh Najib atau pun BN.

“Rakyat telah sedar bahawa kerajaan telah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh bertahun-tahun lamanya dengan menafikan mereka dari menerima dana kerajaan negeri, memaksa mereka mengumpul dana sendiri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan pelajar sekolah kebangsaan dengan RM1,106 setiap seorang, manakala sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang diterima hanya RM146 setiap seorang dari tahun 1991 hingga 2005.

“Saya menggesa pemberi dana swasta yang telah menyumbang kepada ‘Community Chest’ untuk mengekalkan autonomi mereka terhadap dana tersebut dan tidak mendekatkan diri dengan BN atau mana-mana parti politik apabila memberikan dana,” katanya.

Jelas Teresa, pendidikan merupakan keutamaan rakyat yang patut melangkaui politik kepartisan.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata program Kayuhan (Basikal) Amal Untuk Pendidikan 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak jujur dalam usaha mengangkat status sekolah-sekolah Cina.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, walau pun derma itu diterima, wang itu datangnya dari rakyat prihatin, dan bukan BN; malah terdapat 68 sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan 56 sekolah persendirian Cina yang tidak tersenarai dalam acara amal itu.

“Perdana Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk membangunkan kembali sekolah-sekolah menengah swasta Cina di Kuantan dan Segamat, mengiktiraf sijil sekolah-sekolah persendirian Cina, serta menginstitusikan sekolah-sekolah SMK dan vernakular.

“Di antara semua perkara-perkara ini, yang mana satu yang tidak berada di bawah kuasa beliau?” katanya. – Roketkini.com


Sumber : roketkini.




No comments:

Post a Comment