UMNO yang memegang tampok kuasa pemerintahan negara Malaysia selama lebih dari setengah abad nampaknya lebih mengetahui bagaimana hendak meletakkan calon mereka dalam nak menghadapi PRU13 tidak lama lagi, Tak perlu kita nak pertikai siapa yang menjadi penasihat mereka, yang penting mereka lebih cerdik dalam isu ini berbanding Pakatan Rakyat...
Walau apa pun isu Winable Candidate itu sendiri menimbul masaalah besar dalam BN kerana calon bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan di Semenanjung mempunyai masaalah tiada tempat selamat nak bertanding untuk boleh menang... melainkan Undi Pos, warga asing pemegang mykad atau pun juga pengundi lebih dari sekali....
Apa yang aku nak sentuh isu calon di tempat aku Parlimen Lumut buat Pakatan Rakyat... Untuk DUN Stiawan memang DUN selamat buat DAP dari semenjak dahulu kala lagi, bagi DUN Pangkor pun boleh dikatakan DUN selamat untuk Zambry a/l Kadiaq tetapi malap buat PR, DUN Pasir Panjang pula Insyaallah, selamat buat Nizar jika PAS negeri masih mencalonkan beliau buat kali kedua untuk mempertahankan kerusi tersebut...
Cuma UMNO Lumut sendiri dah mula masing-masing mempromosi diri untuk jadi calon apabila ada ura-ura mengatakan status quo calon BN untuk DUN Pasir Panjang dari MIC dah menolak untuk kerusi tersebut..klik. ketua-mic-bahagian-tolak-jadi-calon.
Apa yang aku nak perkatakan ialah, kita boleh lihat bagaimana calon-calon bukan melayu lebih sedar diri daripada calon-calon melayu tak kiralah UMNO atau sebaliknya... Aku tak mau nak ulas isu kerusi DUN Pasir Panjang, sebab DUN Pasir Panjang, kira dah selesai, calonnya pun fully winable cadidate, yang aku nak perkatakan DUN Pangkor,, dah beberapa kali aku tulis sebelum ini, tetapi tak nampak apa-apa kesan lagi pun.. senyap sunyi.., bila memerlukan sesuatu pandai pulak depa hantar email mai kat aku minta tolong, bukan aku nak mengungkit, tetapi bila dah baca tu bagilah sedikit perhatian apa yang hati kecilku berkata-kata...
Untuk pengetahuan hangpa sekelian semalam 30.11.2011 aku menerima tiga komen, aku rasa dari orang yang sama,,
Jangan tak tau antara pegawai kanan yg dibenci oleh orang bawahan semasa dalam servis ialah beliau.
Hj Imran sepatutnya berehat dan menghabiskan sisa sisa hidupnya bersama keluarga bukan nya ceburi politik yg tak dapat lari dari kekotoran tak kira pembangkang atau kerajaan.Bukan semua Tentera akn memangkah pegawai Tentera.
Alangkah baik nya jika Hj Imran bersama BN dapat juga beliau mencurah khidmat bakti secara optimum,sayang seribu kali sayang beliau pilih Pas yg belum tahu hala tuju perjuangan sampai ke hari ini pas masih bercelaru dan keliru.
Kenapa jadi begini,,
semenjak aku tulis isu Haji Imran bakal jadi calon DUN Pangkor, Zambry a/l Kadiaq tak senang duduk sehinga sekarang, apa yang Haji Imran bagi tahu kat aku, sehinggakan Laksma Armada (FOC) telefon beliau minta tarik balik kononnya tidak mahu orang melayu berpecah,
Haji Imran semakin menerima tekanan sehingga diberi black list tidak dibenarkan masuk ke pengkalan TLDM walaupun beliau adalah bekas pegawai kanan TLDM,, ini semua kerja Zambry yang tak pernah senang duduk dengan perkembangan terkini anggota-anggota TLDM sendiri yang mahukan perubahan...
Yang terkini Haji Imran menjadi mangsa dendam Zambry apabila beliau sendiri menerima surat teguran dari Timbalan Panglima Tentera Laut mengenai ucapan Selamat hariraya di Youtube yang aku siarkan dalam blog ini masa dekat hari raya dulu,, aku akan siarkan surat tersebut bila kena masa dan waktu ketikanya......
Apa yang aku nak perkatakan di sini, fikir dan nilailah sendiri, calon mana yang lebih winable candidate untuk menentang Zambry a/l Kadiaq,, kalau rasa Pakatan Rakyat nak memerintah lagi sekali negeri Perak aku yakin dengan penuh harapan, Insyaallah, letaklah calon Tuan Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid,.... sebabnya...
Boleh lihat sendiri apa yang berlaku sekarang, belum lagi disahkan sebagai calon, bagaimana reaksi Zambry, kalaulah benar-benar berlaku aku rasa Zambry jadi huru hara dibuatnya... dari itu.. Pakatan rakyat Perak senang nak buat kerja di kawasan-kawasa lain luar dari Lumut, Zambry mungkin menerima perlbagai kesukaran nak menjaga negeri Perak waktu tu, yang pasti ia nak menjaga kerusi DUN Pangkor mesti dia pertahankan....
Haji Imran belum tentu boleh menang, kecuali dengan izin Allah, itu pun kalau ia dibenarkan bertanding, begitu juga Zambry belum pasti dapat mempertahankan kerusi DUN Pangkor buat selama-lamanya..
Jadi buat-buat mereka yang aku tak berapa kenal tu, kalau rasa-rasa nak jadi calon kerusi DUN pangkor tu, silakan,, tetapi pastikah anda dapat memberi saingan sengit terdapa Zambry a/l Kadiaq,, kalau sekadar nak bertanding nak mempopularkan diri kerana menentang anak mamak pangkor tu tak payahlah, kasihanlah kat petugas-petugas parti yang nak pasang poster dan banner, kasihanlah mereka, jangan bazirkan ruang waktu masa lapang mereka yang diperlukan untu kerja-kerja yang lebih berfaedah.....