Salam Sejahtera!!
Kenalkah siapa dalam gambar ini? Buat warga Manjung memang tidak asing lagi.., Inilah Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Hj Abd Hamid.
Beliau masih baru lagi bersara dari TLDM iaitu 1 Apr 2010 yang lalu, malam Jumaat lalu aku bertemu dengannya, sempat dalam waktu yang terhad aku bertanya kepadanya, benarkah ada ura-ura yang mengatakan beliau sedia bertanding untuk kerusi N52 DUN Pangkor.
Beliau mengaku benar, ini adalah kehendak akar umbi ahli dan penduduk sekitar terutama sekali warga TLDM, dan beliau sedia memikul amanah tersebut jika pimpinan PR rakyat memberi laluan dan kepercayaan kepada beliau.
Yang kelakarnya menurut cerita dari beliau, belum apa-apa lagi si Zambri MB Mahkamah dah mula kelam kabut, ia dah telefon Panglima Tentera Laut, Panglima Angkatan Tentera serta juga Menteri Pertahanan memaklumkan perkara tersebut.
Hebat juga Zambri ni ya, dapat menghidu musuh-musuhnya, jadi bila Zambri dah dapat mengesaninya, maka biarlah aku istihar perang buat Zambri. Bersedialah kamu Zambri, kalau kerajaan BN dah hilang deposit dengan penduduk Sarawak, maka kamu Zambri bin Abd Kader akan kehilangan deposit undi pos TLDM.
Ingatlah perbuatan kamu dengan menggunakan mahkamah dan hakim-hakim kamu merampas watan MB dan negeri Perak dengan cara paling keji dalam dunia, kamu membuatnya bukan sebagai anak jantan,
Maka bersedialah kamu, kamu akan menghadapi musuh kamu umpama buku dengan ruas kali ini, moga-moga PRU13 nanti kalau diberi keizinan oleh Allah, maka umur politik kamu akan dapat dikafankan. Warga TLDM masih menunggu Beras, Gula dan Minyak Masak dari Kamu, tetapi undi belum tentu......
Aku sebenarnya sewaktu dalam perkhidmatan dahulu tidak berapa mengenali Laksama Imran ni, sebab beliau dalam bidang teknikal, aku pula dalam bidang bekalan, lagi satu aku hanyalah prebet manakala beliau pegawai, cuma bila aku hampir-hampir nak pencen barulah aku dapat mengenali.
Sebelum aku menulis ni pun, aku dah tanya dengan beberapa orang pegawai teknikal yang tinggal setaman dengan aku mengenai tingkah laku Laksamana Imran dengan pegawai bawahan dan anggota-anggotanya, mereka menjawab tak masaalah, laksamana dengan anggota bawahannya memang cukup akrab, semenjak beliau dari jawatan Leftenan lagi.
Jadi dengan itu bagi aku tak ada masaalah jika Laksamana diberi kepercayaan oleh pimpinan PAS dan Pakatan rakyat untuk bertanding menentang Zambri. Biarlah Zambri balik ke kelompok mamaknya, Cukuplah Zambri diberi masa 3 tahun lebih memegang jawatan MB dan 2 penggal ADUN Pangkor. Cukup...
Ini sebagai muqadimah awal siri peperangan awal dengan Zamri untuk merebut DUN Pangkor....
Di bawah ini aku sediakan koleksi gambar-gambar Laksamana Imran yang aku dapat dari Setiausahanya Haji Amin. Mana tahu ada pembaca yang kenal dengan lain-lain wajah dalam gambar tersebut.
Ini adalah sewaktu beliau dalam Apprentice tahun 1970-73 - Pangkatnya Sarjan..., Teringat cerita Sarjan Hassan....
Sempena di Majlis Perasmian Muzium Selangor, Gambar yang sebelah lagi tu bermisai juga tu, aku memang kenal baik, Lt Kdr Rahim, waktu aku kenalnya beliau bertugas di Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Attache Manila.
Sewaktu menerima Pingat Kesatria Angkatan tentera.
MENERIMA ANUGERAH ACM 2003
Mengiringi Sultan Pahang...
Bersama Projct Team di German.
Ha ha.. yang memang betui-betui baguih punya, mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai anggotanya di KD Pelandok. Yang bestnya beliau pun dapat naik bersanding lagi sekali....
Sewaktu mengadili perlawanan bolasepak di Dun Pasir Panjang,
Yang ini lagi kelakar, cuba hangpa perati tengok, monyok aja beliau, tunduk mukanya, kenapa tak ceria... sebabnya kena hadir tanpa rela hati lah tu agaknya,....
Yang ini ,,, huhh, dia punya senyum, dapat bergambar sebelah Nizar...
Aktif dengan kumpulan Marhaban..., ia tak peduli, UMNO jemput pun dia pergi...
Salams..untuk yang ada anak-anak umur 7 tahun dan ke bawah sila layari ini Games Pendidikan bercirikan Islam Untuk Anak Anda
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteone vote for you
bro MM,
ReplyDeleteagak2 apo lagi yang di meroyankan si zambry tu?? hehehe..mau tekucil nanti...kekekke..lawan tetap lawan.!!!
Awat sangat tembak kut. Aku takut Laksamana ni pancit awai. Ingat senang ka nak jadi bakal YB? Nak kena berkhidmat sebijik macam YB tapi tanpa elaun. Kalau calang-calang berkhdmat baik tak payah, nanti senang-senang Umno dapat peluru free...
ReplyDeleteKenai jugak aku sama2 dok KD KASTURI dulu.
ReplyDeletetakbir...
ReplyDeleteaku yakin benar beliau dapat memikul amanah jika di beri kepercayaan..
Salam Uncle
ReplyDeleteSemoga sihat bersama keluarga.
Saya disini mendoakan kejayaan Uncle dalam PRU akan datang. Insyaalah.
KELUAR BARISAN, MASUK BULATAN
Fadil Hj Mat Said
salam..
ReplyDeletePAS for All..
TAKBIR!!!
Teman yakin dgn izin Allah beliau boleh laksanakan tugasnya dgn baik...teman juga kenal baik dgn isterinya Pn Hjh Saleha...seorang yg sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan.....Allahuakbar!!!!
ReplyDeleteasal la bengong Cenangau ni...hati lu jgn la dibutakan UMNO...setakat samudera dalam bleh ku rentas...inikan nak ganti Zambry...zambry yang lembut tu pun lu percaya jaga Adun Pangkor....kalau laksamana lu nak pertikai..gua rasa lu ni pun jenis lembut...UMNOX2.....
ReplyDeleteWa caya la lu M. Memang dari zaman sekolah lagi lu memang ada bakat pemimpin. Amanah, jujur dan suka menolong kawan. Wa doakan lu dapat tumbangkan mamak Zamry penipu tu. Wa sokong lu. Mamak tu akan dapat undi pos kosong kali ni. Tapi sayang undi wa kat Melaka. Semoga lu bejaya. Kawan lama.
ReplyDeleteMacam mana Navy tak tegur...hampir semua gambar pakai uniform dan memperalatkan TLDM. Mungkin kena arah kut !!!
ReplyDeleteMana Navy tak tegur....hampir semua gambar guna uniform puteh....salah guna TLDM untuk kepentingan sendiri. Mungkin ikut arahan dari ATAS kut !!!
ReplyDeleteSelaku bekas Peg. Teknikal PKBM(L)
ReplyDeletePerak/M'sia, yakin beliau mampu menggalas tugas memimpin ummah di Pangkor/Manjung. Beliau mengambil berat perjalanan PKBM(L) Perak dan memberi kerjasama macam beliau mengurus TLDM. Kami guru-guru berbangga dgn sumbangan beliau kpd PKBM(L) Perak. Allah bersama orang yg ikhlas dan jujur dijalanNya !!
Slmt berjuang dlm wadah Fisabilillah !
Hj Zulkelnain.
Hj Imran ni bekas bos saya dulu. Dia memang ok tapi saya yakin beliau tak akan menang jika bertanding atas tiket PAS dalam PRU 13 nanti sebab PAS bukan parti yang baik untuk orang Melayu. Kalau PAS tidak bersama pakatan rakyat sudah pasti saya akan undi Hj Imran. PAS akan menang banyak kerusi jika keluar dari pakatan rakyat. PAS tak cukup kerusi untuk menggantikan UMNO. Semua orang tahu pakatan rakyat diungguli oleh DAP. Pasal DAP dan PKR pastinya kebanyakan orang Melayu TERPAKSA undi BN. Saya sendiri tak suka Najib tapi saya tiada pilihan. Jika PAS berhajat nakkan undi orang UMNO sila tinggalkan pakatan rakyat. PAS rugi banyak jika bersama pakatan.
ReplyDeleteJangan tak tau antara pegawai kanan yg dibenci oleh orang bawahan semasa dalam servis ialah beliau.
ReplyDeleteHj Imran sepatutnya berehat dan menghabiskan sisa sisa hidupnya bersama keluarga bukan nya ceburi politik yg tak dapat lari dari kekotoran tak kira pembangkang atau kerajaan.Bukan semua Tentera akn memangkah pegawai Tentera.
ReplyDeleteAlangkah baik nya jika Hj Imran bersama BN dapat juga beliau mencurah khidmat bakti secara optimum,sayang seribu kali sayang beliau pilih Pas yg belum tahu hala tuju perjuangan sampai ke hari ini pas masih bercelaru dan keliru.
ReplyDeletecukup-cukup lah hj.jgn derhaka pd sumpah keramat sbgi seorang tentera.dah puas mkn elaun dulu kat luar negara n dlm tentera akhirnya belot.insaflah sedarlah.dah pencen ni byk kan amalan di masjid.jgn campuri urusan politik.pd tentera yg lain mentang-mentang dia tentera kome pun ikut je.fikirlah dia juga yg jd bos nanti klu dalm parti.kome juga yg jd org bawah gak.akhirnya apa pun tak dapat.
ReplyDeletecukup-cukup lah hj.jgn derhaka pd sumpah keramat sbgi seorang tentera.dah puas mkn elaun dulu kat luar negara n dlm tentera akhirnya belot.insaflah sedarlah.dah pencen ni byk kan amalan di masjid.jgn campuri urusan politik.pd tentera yg lain mentang-mentang dia tentera kome pun ikut je.fikirlah dia juga yg jd bos nanti klu dalm parti.kome juga yg jd org bawah gak.akhirnya apa pun tak dapat.
ReplyDeletechor..ini pendapat lapok..xboleh pakai..itu melayu dulu purba...cepat terasa trhutang budi..go brader imran go...kita demokrasi..teruskn perjuangan untuk rakyat dgn ikhlas ..dgn adanye pembangkang yang kuat...baru le kita rakyat mendapat sedikit habuan..kalu X..depa dn puak2 depa saja..mcm NFC....kalo rame org mcam chor ni..hai senang la najib...Xyah penin2 kepala..kah kah kah..TAKBIR..Lawan TETAP.....
DeleteApa chor ? berjuang membela Negara tak sama dengan berjuang membela kerajaan yang korup, penyamun zalim fitnah pembohong penyamun harta benda dan wang rakyat.
DeleteTeman minta sangat2 bila Pak Imran jadi YB nanti TUTUP ! semua pusat2 hiburan hotel2 bajet yg tumbuh bak cendawan di Manjung...klau tak dapat berani tutup...tanggung Dosa tauuuuuuu !!!
ReplyDeletesudahla...yg dlm askar nie bila gaji x naik pandai lak bising kat najib.bg bonus sapu..bila yg kejer dpt bonus yg pencen pun sama sebuk..tp hentam semacam jerr..hipokrit la korang. klu nak berpolitik pun pikir2 laa...klu hidup korang pun x keruan jgn cakapla.....
ReplyDeleteSalam brother. Sy rsa tiada mslh untuk bekas panglima (haji imran) untuk keluar dan masuk pangkalan kerana beliau tidak lakukan kesalahan. Sy rsa lg mudah untuk masuk pangkalan kerana status beliau sebagai pesara. TLDM tidal pernah halang beliau. Apa yg dikatakan dlm blog ini tak betul. Kalo x percaya blh ikut beliau masuk pangkalan Dan me besa kan samaada apa yg dikatakan betul atau sebaliknya. JGN MaIN SEDAP MULUT ja!
ReplyDeleteWalaupun hak beliau pilih mana parti yg disukai tapi secara peribadi saya katakan HJ IMRAN TIDAK MENGENANG BUDI.
ReplyDeleteBudi? siape?
Deletekepada anony (10:01 pm)
ReplyDeletekenapa awk cakap hj imran tak kenang budi?sbb masuk beliau pesara kerajaan yang masuk pas, bukan masuk UMNO. kenapa?, semua pesara kena masuk UMNO ke?sedangkan pekerja kerajaan dalam ikrar akujanji adalah berkhidmat untuk yang dipertuan agong, bukan kerajaan BN
setakat aku kenal dah 16 tahun ni. beliau memang bagus..dari yang lain...beliau lebih mengajak pelatih/anggota bawahan dekat kepada islam..tidak buang masa dgn main golf..dan dia sememang layak sebagai wakil pas dun pangkor..takbir..
ReplyDeleteTak sangka ramai orang termasuk orang2 kerajaan yang berpelajaran dan berjawatan tinggi tak faham berjuang bertugas kerana kerajaan atau berjuang kerana mempertahankan Negara. Negara ini bukan hak mutlak kerajaan BN yang memerintah sekarang ini. Kerajaan yang ada ini boleh di ganti dengan kerajaan yang lain sekiranya rakyat mahu. Jika orang2 kerajaan yang memerintahnya seperti sekarang Zalim, korup, menipu, menyamun, melesapkan hata benda wang kerajaan , wang rakyat dan melakukan bermacam kemungkaran dosa pembohongan dan fitnah dll. Pembela penyelamat Negara dari kerajaan yang korup ini tak kira datangnya dari mana sahaja sama
ReplyDeleteada dari pegawai tinggi kerajaan , Polis, Tentera dan sebagainya. Ayuh Pak Imran, terus berjuang.Ini tanggong jawab semua umat yang beriman untuk menegakkan amal makruf wanahi mungkar Dengan kuasa, dengan tangan, dengan kata2 dan selemah2 iman membenci dalam hati akan segala kemungkaran.Jika tidak di kira tidak beriman dan bersekongkol dengan maksiat dan kemungkaran. Nauzubillah.
Hi Ji..saya kenal awak sgt, kan lebih baik jika duduk je di mesjid dan surau, doakan anakx, syukur dgn pencen dari terlibat dalam kancah punah yang tak tentu arah. tak payah lagi terlibat dalam fitnah-mefitnah.. .dok releks la je. Awak pun pakai laksma sbb golden hand shake.
ReplyDeleteUdah le tu Hj, siapa yang kata navy people suka sangat Hj Imran ni? taklah perasan je kut.....tunggu je la....... pilihanraya nanti kita lihat.........
ReplyDeletesyukur pada Allah S.W.T.....Rezeki dtg dari Allah S.W.T....berkhidmat pada negara...bukan berkhidmat dgn kerajaan BEnd....BN penghancur masa depan Malaysia......
ReplyDeleteorang cina sokong Gerakan dan MCA tapi kenapa mereka tak undi BN??? sebab orang cina tak sokong UMNO. Tapi UMNO keparat masih nak menyalahkan Gerakan dan MCA atas kehilangan sokongan pada BN. Sepatutnya UMNOlah yang berusaha menarik sokongan kaum cina kepada BN.
ReplyDeletePas memang tempat orang-orang seperti Hj Imbran. Untuk orang-orang yang gagal dalam perkhidmatan kerajaan. Semasa dlm navy dia mungkin tidak disenangi sesama rakan setugasnya.
ReplyDeleteAdakah orang seperti ni perlu disokong? Orang seperti ini jika mendapat kuasa .. akan hanya petingkan siapa yang menyukainya saja ... mereka yang menjadi musohnya .... lu pikirla sendiri.