boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, February 28, 2010

Tiada PRU DUN Perak - Betui ka..

Salam Sejahtera..

Dalam perjalanan balik dari Taiping petang tadi berita radio jam 7.00 petang menyiarkan kononnya tiada Pilihanraya mengejut di neegeri Perak.

Yang aku hairan kenapa, Menteri Kewangan ll Ahmad Husni yang meyampaikan berita tersebut, nampaknya dia dah ambik alih jadi tukang jurucakap, mewakili siapa ya.., Zambri atau Najib..

kalau tak betul kenapa Timbalan Presiden MCA sibuk menghantar senarai nama calon pada MB 5-0 semalam...

Apakah dalam UMNO sekarang ini ada kumpulan-kumpulan tertentu.., Mamak UMNO geng lain, Melayu UMNO geng lain,, baguih, baguih.. teruskan...,

Oii, orang Melayu UMNO..., 27 ADUN UMNO negeri Perak, 26 Melayu, kenapa Mamak yang di pilih, apakah ADUN UMNO yang Melayu tak layak kah jadi MB Perak,, malu weih.UMNO Perak...potong buang laut la....

Berita Berkaitan...bharian..

Siapa Yang jadi Balaci tu?..

Salam sejahtera...

Hairan bin Ajaib...

Aku dok sangka, balik dari luar negara mungkin berubah, rupanya bertambah garang... tapi sayang nak mengadap Jawatankuasa Displin tak berani pulak. kecut habis, berani dalam lingkungan sendiri sahaja..

Siapakah yang menjadi balaci, sokong Lim Guan Eng batal perarakan maulid jadi balaci dan bajingan, MB UMNO negeri Perlis, Pahang dan Johor yang batalkan juga perarakan Maulid jadi apa pulak! Mujahid Melayu!

Apa pasal tak pi joing sekali dengan 77 orang Ahli PAS dan PKR yang joint UMNO di Permatang Pauh tu..! .utusan.

Aku nak tengok, PRU13 yang akan datang nanti siapa yang akan jadi balaci dan bajingan tu, jangan jadi pencacai UMNO dah la..

Berita berkaitan : DI SINI



Saturday, February 27, 2010

Baru 4, mana 72 lagi.. senaraikan ...

Salam Sejahtera..

Perghhh.. hebat sekali , seramai 76 NGO Melayu akan bergabung menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini. Antaranya NGO itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)...

Oii, mangkok,,nak temberang kepada orang biar betul..., Cuepacs tu NGO Melayu, janganlah nak bangankan orang Melayu, lainlah orang UMNO yang sentiasa bangan dari dulu , kini dan selamanya... Cuepacs tu Union atau Kesatuan sekerja, anggotanyanya pun ada India dan Cina , NGO mangkok Melayu apa kejadahnya...lu baca di .cuepacs.

Lagi satu ,.. itu baru 4 NGO, senaraikan lagi 72 NGO lain, jangan main tulis aja, kalau gitu lebih tulis 150 ribu NGO melayu, baru ada akai...Lu Berahim Ali kalau tak temberang jangan panggil Berahim Ali la,, panggil saja katak..

Berita Berkaitan : .mstar.

Ku Li = UMNO

Ku Li


Oleh : Zaid Ibrahim

Saya tertarik dengan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa beliau masih setia kepada prinsip dan perjuangan UMNO. Hati saya berkata mungkin beliau maksudkan perjuangan dan “legacy” zaman Tunku Abdul Rahmand, Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Kita semua tahu tak ada prinsip dan “legacy” UMNO Baru yang perlu Ku Li bela dan pertahankan. Malah dari kenyataan umum yang dibuat oleh Ku Li kebelakangan ini, banyak dasar kerajaan Barisan Nasional dibidas oleh Ku Li. Malah rasanya tak ada satu pun dasar UMNO hari ini yang Ku Li pertahankan sekarang. Jadi agak terkejut bila saya dengar Ku Li masih setia kepada perjuangan UMNO. Tapi siapalah saya nak mempersoalkan pendirian orang lain.

Yang saya nak utarakan hari ini ialah tentang UMNO Baru. Sebenarnya semasa UMNO Lama diharamkan dan ditutup oleh Dr Mahathir pada tahun 1987, Ku Li tidak dibenarkan masuk parti baru itu. Itu arahan Che Det. Kita tak boleh lupa dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah meluluskan UMNO Baru sebagai pengganti UMNO Lama. Kita tak harus lupa dengan keputusan Pendfatar Pertubuhan yang telah membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan pemimpin kanan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.

Tapi inilah budaya politik UMNO Baru. Ketepikan pemimpin sah yang mempunyai ramai pengikut dan tak perlu ikut undang-undang. Maka apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini? Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari perkara ini. Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat opleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.

Jadi kalau Ku Li nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; Ku Li mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Kes saya dengan jaguh wartawan A Kadir Jasin yang terkenal sebagai orang yang memuja Dr Mahathir mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh saya menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu. Lalu Kadir tuduh saya jadi kaya-raya. Kita tunggu drama ini di Mahkamah dan lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenar.

Tapi lebih seronok lagi kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat . Di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama. Satu Suruhanjaya bebas akan kita bentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti?

Sumber :myzaidibrahim.

Woi.., Bendera negeri mana tuu.

Salam Sejahtera...


Inilah perhimpunan @ perarakan yang dipolitikkan..


Kerajaan DAP Pulau Pinang Menghalang Sistem Pernikahan Umat Islam,,

Salam Sejahtera...

UMNO Penang, hangpa tunggu apa lagi,..., itu hari KM Lim Guan Eng dah halang perarakan Maulid Rasul, binawe betul dia..., habis hak orang Melayu UMNO dimusnahkannya...

Kini yang terbaharu Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih nak cari pasai lagi dengan orang Melayu, mereka cuba nak menyusahkan sistem perkahwinan umat Islam... Di SINI.

Mereka nak guna e-munakahat,, hangpa tau ka apa tu munakahat, munakahat kalau dalam UMNO tu macam pasemboq malam-malam kat Padang Kota tu,,, lebih kurang macam tu la nak habaq bagi!!......

Jadi tunggu apa lagi, esok bagi buat demo lagi.pi belarak lagi, ganti maulid rasul punya....., permit polis boleh bagi kat hangpa, sebab gaji polis UMNO dah penaik baguih punya dah....


Friday, February 26, 2010

Pengkianat Dilantik Menjadi Pengerusi..

Salam Sejahtera...

Pengkianat Wang Royalti Kelantan telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan...

Dimana keikhlasan Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh UMNONgok...

Kalau lah tak percaya kepada kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pusat jika betul Kerajaan Pusat tak na mempolitik wang tersebut atas kepentingan tertentu, sepatutnya lantik Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan, beliau bukan orang Politik, beliau penjawat awam, itu baru betul, ini UMNO tak percaya kepada PAS sebab apa, sebab UMNO sendiri yang tak betul, merampok wang rakyat, jadi bila dah diri sendiri tak betui, sangkaan UMNO parti pembangkan PAS sendiri pun tak betul,,,

Oii mangkok-mangkok pimpinan UMNO, kalau kerajaan Kelantan tak betui, PAS tak boleh memerintah Kelantan selama 20 tahun, penghakiman rakyat bukan seperti penghakiman mahkamah sivil yang memberi kemenangan kemana UMNO 5-0, menzalimi Datuk Anuar Ibrahim, itu mahkamah sivil, kita tunggu mahkamah rakyat pada PRU13 nanti,...

Blogger UMNO mula mainkan isu bangsa sesama UMNO..

Salam Sejahtera...

Nampaknya pergolakan UMNO Perak semakin ketara, apabila UMNO diterajui oleh Zambri 5 -0, menurut cerita salah satu puncanya adalah kerana kemenanga Zambri dimahkamah sebanyak 5-0 lah membuat akar umbi terasa malupada diri sendiri.

Umpama dua orang pelajar sekolah, nak ambik periksa SPM, si A seorang pelajar yang rajin, pandai, rajin pergi ke tuisyen, sembahyang tak pernah miss dan semua guru-gur dan pelajar sekolahnya mangharapkan akan jadi pelajar cemerlang bila dapat keputusan SPM nanti, manakala si B, seorang pelajar paling malas, banyak masaalah disekolah, selalu ponteng, samseng dan kaki buli, tetapi oleh kerana bapa si B ni orang berpengaruh ada jawatan, ......


Maka bila tiba waktu peperiksaan, siguru yang jadi penjaga dewan peperiksaan telah membantu si B menjawab semua kertas peperiksaan, apa tidaknya, mana jawapan yang salah semua diperbetulkan oleh si guru tersebut.

Bila keputusan peperiksaan keluar Si B telah mendapat 18 A1, manakala si A hanyalah mendapat 10 A sahaja...

Tentu perkara sebegini akan menjadi satu kejutan, seorang yang pelajar yang paling pemalas boleh mendapat keputusan cemerlang..


Begitu jugalah si Zambri ini, memang dah sah kalah, tetapi disebabkan ada tangan tangan-tangan yang mahukan kemenangan, maka bersepakatilah sang hakim terus sebulat suara memberi kemenangan 5 -0, nampaknya benarlah hadis nabi yang bersabda diantara 3 orang hakim 2 orang masuk neraka, tetapi kes Mb Perak, bukan setakan 5 hakim sahaja, malah ramai lagi, siap dengan Tok Imam yang sembahyang hajat, Yeop Saidin, Tok Mufti yang tukang baca doa selepas sembahyang hajat, Najmudin Elias Alhafis yang tukang sama-sama membaca al-Quran dan Ustaz Kazim adik Najmuddin tulang bagi ceramah di kediaan Zambri...

Kenapa mereka boleh sepakat dengan golongan penzalim, sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita, bahawa tak semua alim ulama boleh pakai, ada juga yang jadi mangkok hayun hidup dengan mengharap belas ehsan pemerintah..

Maka oleh kerana ada sesetengah pihak didalam UMNO yang tak puas hati, maka terjadi luahan perasaan terhadap Zambri dengan Parpukari, baca di 1-mal.blogspot.com/...

Harapan aku ini adalah permulaan UMNO Perak akan menghadapi kehancuran, yang mana selepas itu akan diikut oleh UMNO 1Malaysia... Insyaallah.
Mampus UMNO...







Thursday, February 25, 2010

Apa Maksud GOBLOK..

Salam Sejahtera...

Pertama sekali aku minta maaf kerana menyiarkan gambar seorang timbalan menteri dari Johor ini dengan gambaran yang tak baik, ini bukan aku punya kerja ya.., sungguh, sumpah wallah, malam ni malam jumaat, malam nak bunuh syaitan kata wak albanjari..

aku jumpa gambar ni kat gerakan-anti-pkr-, ini blog pencacai UMNO, kalau tak silap blog ini blog yang sama dengan blog Perakbangkit, Nadzmi punya ni..

Yang kelakarnya, blog pencacai UMNO sendiri dah tak percaya kat UMNO, sungguh, aku tak tipu malam jumaat ni..., hangpa tak percaya,, ni aku buktikan....

1 COMMENTS:

bRAVEhEART said...

SWalam Sahabat,
Umno memang tidak mampu untuk berubah. Di Pahang pun sama. Oleh itu jangan lagi menaruh apa2 harapan kepada Umno kerana Umno tidak akan mampu berubah, tidak kini dan tidak akan datang.

Rumah ADUN MUFLIS Kena Simbah Cat Merah...

Salam Sejahtera....

November 2008 mangkok ni diistihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Alor Star, kerana gagal membayar hutang sebanyak RM150,000.00, tetapi oleh kerana muka jenis tak tau malu, spesis UMNO@Rasuah maka diteruskan jawatannya, yang mana kemudiannya mangkok ini mendakwa telah melangsaikan segala bayaran hutang, senyap sekejap kes tersebut.

Tetapi hari ini mangkok ini membuat kejutan semula, yang rumahnya disimbah cat Merah,, he he.. selalunya cat merah ni ada hubumg kait dengan Along...., gua mau tolong lu, tapi hutang mau bayar.., lu tak bayar...lu seee oo..

Berita Berkaitan :bharian.


Takziah Buat Encik Mohd Saper Mohd Nor,

Salam Sejahtera...

Dua hari lepas aku ada buat posting kemalangan, rupanya malam tu juga mangsa kejadian tersebut meninggal dunia, Alfatihah buat Allahyarhamah.

Oleh kerana waktu aku sampai kejadian telah pun berlaku, aku tak pasti punca bagaimana kemalangan tersebut terjadi.

Buat pembaca yang ingin tahu punca kejadian tersebut bolehlah klik sinarharian. Walaupun aku boleh mengagak bagaimana kejadian berlaku, tetapi biarlah berita yang kalian baca dari sumber yang lebih tepat.

Berhati-hatilah dijalan raya....Hormatilah pengguna lain...

Hampir Setahun Berlalu!!, Baru ada Respon dari Warisnya..

Salam Sejahtera...

Dalam aku dok meneliti mengadap laptop buruk ni, masuk satu email komen kat blog aku, berbunyi...

Anonymous said...

sdr..tkasih dgn knyataan sdr..wlau ape pn knyataan sdr..lelaki janggut itu adelah bapa sy yg mmbanting tulang siang dan malam, mcari rezeki utk kami sekeluarga..tabligh merupakan ajaran sunnah rasullullah..rasullullah juga berpolitik dgn mnyampaikan apa yg baik yg dituntut dgn islam..islam sendiri tidak menghalang umatnya utk berpolitik asal kena pd tempatnya..adakah dgn mnnjukkan sokongan kpd UMNO merupakan cara berpolitik yang salah? apa pula bagi mereka penyokong PAS yg baring tengah jln dgn mgadaikan nyawa sndiri itu prjuangan yg btul?sdr,sekiranya saudara seorang melayu dan islam yg berilmu,jgnlah berkomentar ikut perasaan dan nafsu politik semata..UMNO dan PAS xde bezanya..masing2 parti politik yg memperjuangkan idealisme masing..betul atau salah terletak pada individu dan nawaitu seseorang..xknla org PAS pn bersih drpd DOSA..renung2kan dan selamat beramal..

Anonymous said...

sdr..jika saudara seorg yg befikiran tbuka dlm mnyalurkan idea2 politik..approvela comment sy td..

Komen ini untuk posting aku bertarikh 16 Apr 2009, tak-sangkabetui.


Kepada si anak yang menghantar komen tu, jikalau terasa hati atas apa yang aku tulis yang lalu, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf, aku tak mau nak komen atau nak berhujah banyak-banyak bab UMNO dengan PAS ini, cuma boleh aku sifat kepada sang anak yang mengatakan UMNO dan PAS xde bezanya......., maka bagi aku itu adalah ungkapan manusia yang tak dapat berfikir dengan waras......... Allah kurniakan kita akal fikiran, pancaindera, supaya ada mata pandang, ada telinga dengar lepas itu berfikirlah dengan waras....

Blogger The Unspinners - Awas dan hati-hati perbuatan kamu itu..

Salam Sejahtera...

Inilah gambar ciptaan blogger upahan UMNO theunspinners., tak cukup sebelum ini mereka menggambarkan TGNA bersama DSAI sehingga laporan polis dibuat, dan seorang blogger dari Johor telah ditahan, tetapi apa cerita selepas itu, tak ada pula perbicaraan...

Aku tak tau kenapakahgambar TGNA digambarkan sebegitu rupa, ditengah salib kristian, dengan gambar lakaran sebegini blogger Unspinner ingin menunjukkan atau menggambarkan TGNA telah menjadi kafir?...

Saudara ku, Jikalau kamu sebagai seorang Islam bertaubatlah segera, ingatlah nabi Muhammad S.A.W ada bersabda dalam hadisnya...

Man kaffara musliman faqad kafara
“Barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia (telah) kafir”

Man qalaa li akhihi, ya kafir, faqad ba abiha ahadu hum
“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, ‘wahai kafir’, maka (pernyataannya itu) akandikembalikan kepada salah seorang dari mereka.”

Wallah huaklam.


Episod Ekonomi 1Malaysia.

Salam Sejahtera...

Mula-mula nak penyedap cerita ekonomi, Tabung Haji bagi Dividen 5%, oii banyaknya,,, rupa-rupanya campur sekali hak bulan Sep 2 1/2% tahun lepas, entahlah, ekonomi baguih..., kemudian tak lama selepas tu, rakyat dihidangkan ramai jutawan Melayu di Malaysia yang terdiri salah seorangnya ialah Mokzani Mahathir dan Nazir Tun Razak, hebat ekonomi Malaysia, bertambah ramai orang Melayu yang kaya, walau pun yang No1 kaya ialah Taukeh Gula, sebab gula naik 20 sen baru-baru ini.

Kemudian minggu lepas, Bank Rakyat mengumumkan keuntungan berbilion-billion, keuntungan yang tertinggi dalam sejarah,,, tetapi yang hairannya bayaran dividen kepada ahli-ahli macam biasa juga 15 %, hebat ekonomi Malaysia....Kemudian banyak lagi syarikat-syarikat GLC, gergasi mengumumkan semuanya untung, untung, untung, tak ada yang rugi...

Semalam pula, semua channel TV berita jam 8.00 berita utama pertama sekali siar ucapan PM 1MaLaysia menyatakan ekonomi Malaysia telah pulih,, oii EKONOMI TELAH PULIH...,

Disebabkan ekonomi telah pulih semalam kabinet telah menangguh dahulu taarif elektrik kerana memerlukan maklumat tambahan, utusan.

Perlukah taarif semula sedangkan TNB juga untung berbilillion juga..tak cukupkah taarif yangada sekarang, yang sudah pun mencekik rakyat....

Oiii, rakyat bawahan termasuk dengan aku sekali tak perlulah tahu, dan sememangnya tak mau tahu bab-bab ekonomi, rakyat bawahan termasuk aku hanya mahu minyak petrol dan disel jangan lagi ada kenaikan, sebab ekonomi dah pulih, harga gula kena turun balik 20 sen, paling kurang pun 10 sen sebab ekonomi dah pulih, harga beras pun tak perlulah subsidi lagi kepada rakyat miskin, turunkan semula harga beras, sebab beras makanan utama rakyat malaysia,,,

Harga barang-barang keperluan utama rakyat perlu diturunkan sebab ekonomi dah pulih, dan lagi satu cadangan kerajaan 1Malaysia nak adakan cukai GST bulan hadapan perlulah dibatalkan, sebab ekonomi dah pulih.

BETULKAH EKONOMI DAH PULIH..., Kalau minyak tak naik, harga barang-barang banyak yang turun semula betullah ekonomi dah pulih, tetapi kalau bulan depan minyak naik, harga barang keperluan makin naik, gula tak turun, ini beerti rakyat Malaysia kena kencing....

Wednesday, February 24, 2010

Satu Lagi Isu Baru Buat UMNO Penang..

Salam Sejahtera..

Nampaknya UMNO Pulau Pinang tak habis isu nak jikalau mereka nak kacau Kerajaan PR Pulau Pinang. Isu masaalah kaum Melayu, mereka dah tak boleh nak jawab bila PR ajak UMNO debat, Isu berarak Maulid Nabi, 3 negeri lain yang UMNO perintah pun tak buat,.

Namun isu yang baru ni, UMNO boleh buat modal lagi, isu tanah kepunyaan Perda (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ), Penggunanya Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Zainal Abidin Abdul Aziz tak bayar sewa hampir RM100 ribu, mahkamah dah arah keluar, cerita Penuh di utusan.

Tetapi kalau UMNO nak buat taik minyak lagi, mereka boleh ikut stail UMNO Selangor, Isu Kerajaan Selangor dengan YBK, tetapi sekarang dah senyap sekejap...., UMNO penang pun boleh pi rayu balik kat mahkamah, mahkamah sekarang di bawah telunjuk UMNO, macam-macam mereka boleh lakukan syarat nak ambik hati orang melayu kononya.., kita tunggu dan lihat. apa tindakan UMNONgok Penang..

Salahudin dan Sivarasa - Dua Naib Presiden Parti PR di siasat Polis..

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.

Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.

“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam.

Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Sivarasa, wakil rakyat Subang pula berkata, beliau disiasat kerana menyentuh perbicaraan kes liwat Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan sekarang.

Beliau menyangkal kenyataan-kenyataannya berunsur hasutan.

“Saya tidak melihat apa-apa masalah bagi saya menjelaskan pandangan saya kepada orang ramai dan memberikan analisis politik agar rakyat boleh membuat rumusan mereka,” kata beliau yang merupakan salah seorang peguam pasukan Anwar.

Malah katanya, ucapan di Pulau Pinang bukan kali pertama menyentuh soal perbicaraan kes Anwar.

Oleh itu beliau mempersoalkan agenda pihak polis menyoal siasat beliau hari ini.

“Saya melihat ini sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan dan untuk menghalang kami daripada bercakap... tetapi tugas kami ialah untuk menjelaskan kepada publik tentang isu-isu penting,” katanya.

Selain beliau turut disoal siasat sepanjang tiga bulan yang lalu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah M. Manoharan.

Sivarasa berkata siasatan dijalankan ekoran aduan polis sendiri, yang dibuat oleh Inspektor Irwandi Khirrudin Mohamad Rejal pada 8 Feb lalu dan mencabar polis polis mengenakan tuduhan hasutan terhadap mereka jika pihak berkuasa merasakan mereka benar-benar telah melanggar undang-undang.

Kedua-dua Sivarasa dan Salahuddin diwakili oleh peguam N. Surendran.

Kenyataan mereka direkodkan oleh dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Seberang Jaya.


Sumber :themalaysianinsider.

Betulkah Ini Gambar Hantu..

Salam Sejahtera...

Rakyat Malaysia sekarang ini sentiasa disajikan dengan cerita-cerita hantu, terutama di siaran-siaran TV, filem dan sebagainya, Kalau filem siri-siri hantu dari barat nampaknya trend imej hantu-hantunya sekarng serupa sebiji macam imej manusia, begitu juga filem-filem dari Cina/Hongkong/Singapura, hantu-hantunya pun kebanyakannya dah moden, macam imej manusia biasa.

Berbanding dengan Malaysia, hantu-hantu yang digambarkan difilem seperti yang diceritakan sewaktu aku kecik-kecik dulu, hangpa tengok saja cerita Ciplos TV9, ada pulak hantu baik, telinga capang.., sebelum ini cucu buluh betong, nyai rafik dan lain-lain lagi, muka hantu macam-macam, TV3 Khamis malam Jumaat, macam mana rupa hantu.siap ada bomoh pulak tu..

Kemudian kalau sapa rajin perati rupa hantu dalam satu siri TV8, pelakon wanita yang chun tu, dapat bercakap dan bersemuka dengan roh manusia yang mati, semuanya hantu dah moden, begitu juga satu siri filem Cina Singapore yang di siar oleh NTV 7, pun hantunya dah sama macam manusia....,

Tak cukup dengan filem dan TV, Barat cuba pulak nak mempengaruhi hantu-hantu moden melalui akhbar pula.., cuba perati gambar dibawah..

GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain.
Sumber Cerita : kosmo.

Apakah hantu menyerupa gambar budak ini,,, betui ka... Jangan tanya kat aku, aku pun tak biasa jumpa hantu, baik dialam nyata, mau pun mimpi, tak pernah jumpa lagi.., kalau nak tau macam mana rupa hantu, tanyalah kat pemimpin-pemimpin UMNO, sebab mereka ada terlibat dengan pengundi hantu.....


UMNO Penang dipermain oleh rakan Parti Gerakan.

Salam Sejahtera...

Apakah tindakan UMNO Penang selama ini dengan sahabat mereka dari Gerakan sebaik sahaja keputusan PRU12 Mac 2008 lalu, OK..., mana ada OK,, banyak rentetan besar yang berlaku di antara UMNO dan Gerakan, bermula dari pergaduhan Ketua UMNO Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dengan Pengerusi Gerakan Dr Koh Ksu Koon, akibat dari kes tersebut pemberita wanita suratkhabar Cina yang kena tahan ISA, kononya laporan akhbarnya salah,

Walaupun secara terang lagi bersuluh UMNO yang bersalah, apa tidaknya, gambar Koh Ksu Koon pun dikoyak oleh penyokong rasict UMNO, namun tindakan keatas Datuk Ahmad cuma sekelumit sahaja, ambik syarat buat, pejam sebelah mata..

Kemudian 2-3 bulan yang lalu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang Zahid Hamidi sekali lagi cari pasal mahukan pengerusi BN Pulau Pinang yang sebelum ini dipegang oleh Koh Ksu Koon digantikan oleh UMNO, bergaduh, riuh sekali lagi.....

Apakah dua perkara besar di atas itu tidak menimbul rasa terkilan dihati, oii, adik beradik satu mak satu bapak pun tak boleh ngam, inikan pulak lain warna kulit, lain bunyi percakapan, lain budaya dan macam-macam lagi lain..., boleh percaya ka...

Aku ungkit balik cerita ni bukan apa, dari akhbar bharian. hari ini Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang H'ng Khoon Leng, semalam membuat laporan polis terhadap pembantu khas Timbalan Ketua Menteri II yang mendakwa beliau ditampar ahli Pemuda Umno negeri ini.

Apakah cerita ini tidak benar, kenapa berita ini kita langsung tak tahu....., ha..a..a, nampak tak bijaknya Gerakan main politik, sekali pandang kononnya ia difitnah oleh pembantu khas Timbalan KM, namun tujuan utama bila dah jadi kes polis, cerita menjadi bertambah heboh, buruk baik UMNO orang akan tahu...he he,, kesian UMNO.

Lelaki Malaysia Terseksi Tahun 2010..

Salam Sejahtera...

Buat pembaca semua, untuk hilangkan boring, asyik-asyik cerita politik UMNO yang tak habis-habis, dah penat aku nak bercerita, tetapi nak buat macam mana, lawan tetap lawan, jadi aku kena cerita, kena konar bagi pembaca tau PRU13 nanti UMNo kena bagi tumbang, Biar dalam Parlimen nanti 65 kerusi sahaja BN, itu jam Najib jadi Ketua Pembangkang pulak, itu yang aku ingin lihat sebelum aku mati, sebelum aku tutup mata, aku nak tengok UMNO jadi parti pembangkang pula,..

OKlah, dah dok tak mau tulis ni pun, dah lari dari tajuk atas,,, OK,, aku tak sangka kat Malaysia ni ada lelaki seksi, lebih seksi dan lebih jambu dari si Saifol tu..., lembut ke keras aku tak pasti, tapi aku rasa dia ni keras, cuma entah mengapa hari ini aku nampak ia seksi....

Aku ingat hangpa semua kenal dia, perati betui-betui..., OK .. gambar lelaki ini ada kat SINI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


OK kenal, seksi... sesekali tu aku nak juga pekena hangpa....

Tuesday, February 23, 2010

MB 5-0 ...Tak Reti Bahasa atau Gila Kuasa,

Salam Sejahtera...

Inilah Fitrah Manusia, ada miskin ada yang kaya,,
he .. he .. Tahun Baru Cina dah habis dah, tak ada sapa lagi yang nak dibagi ang pau, atau pun mungkin baru teringat kat kaum Melayu, selepas puas seronok suka Menyambut Kemenangan 5-0, seronok membuat rumah terbuka tahun baru China......

Maka kini tibalah pula giliran Anak-anak Yatim Daerah Manjung dan Fakir Bandar Daerah Manjung...,






Aku tak pasti... siapa yang meyalahguna kuasa masjid ni, atau pun tak faham bahasa,,, Oii Manjung adalah dalam DUN Pasir Panjang, ADUNnya DS IR Nizar, MB 5-0 DUNnya nu.... Pangkor... apa ni tak reti bahasa atau gila kuasa,,

Nasib baiklah ada anak yatim dan fakir bandar, dapatlah bertemu rakyat, boleh lah temberang dan auta kat anak yatim dan kaum fakir....,

Satu lagi bengong tahah baghal,, program bermula 7.15 malam, oii ni apa cerita ni...pi buat kat Tokong Cina lagi baik, musim tahun Harimau ada lagi....,




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari