boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Ceupacs. Show all posts
Showing posts with label Ceupacs. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Monday, March 11, 2013

Kakitangan Awam TERTIPU dengan tawaran Najib..

Buat tentera dan polis, aku tak berapa nampak kesangsian sangat, berbanding dengan kakitangan awam,,, agaknya Presiden Ceupacs Datuk Omar Osman yang terlalu excited menyuruh kakitangan awam menyokong BN maka inilah akibatnya..


Tuesday, February 26, 2013

Terserlah - Seorang lagi pencacai baru Najib menyeru sokong BN

Dengan berjawatan sebagai Presiden kesatuan pekerja,, dapat pingat Datuk,, nak kata hebat atau cerdiakawan tak pulak,, kalau bercakap pun tergagap-gagap...maka tak hairanlah sanggup jadi pencacai ....


Wednesday, January 11, 2012

Isu SBPA - Pengarah JPA tidak adil buat kakitangan awam?..



Sikap tak adil, tak puas hati, itulah sok sek sok sek yang kedengaran sekarang....
Kisah ini dari laman blog UMNO, bukan aku nak memamdai buat cerita,, konon pengarah sesuatu jabatan hanya menerima kenaikan kadar RM400, tapi masih tak puas hati sebab sikit sangat.... sikit lagi RM400...,

Menurutnya kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dapat kenaikan sampai RM6000, paling sikit...

Baca cerita sepenuhnya di berita-baik-untuk-pr-kakitangan. .

Akibat dari ketidakadilan itu, semua kakitangan awam akan beralih arah bila mengundi nanti..... baguih sangatlah,, Pakatan Rakyat punya manifesto Buku Jingga yang terbaik aku rasa...

Mana ada adil dan saksama dalam UMNO ni,,, Menteri tibai ratus-ratus juta, ketua cawangan dapat anak ayam....tu pun sampai nak hangit dok sokong....



Monday, August 8, 2011

Bonus - Minta 2 bulan dapat setengah bulan gaji....

Salam sejahtera,








Syukurlah Datuk Omar ya,, nak buat macam mana gomen dah tak ada duit,

Duit nak pakai buat beli cincin permata, nak buat majlsi kahwin anak...

setengah bulan pun duit juga, cukup ke tidak,, memang tak cukup pun....



Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.

” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber : bernama.





Thursday, August 4, 2011

Datuk Omar ! .. agak-agak tahun ni berapa boleh dapat?...

Salam sejahtera,




Tahun lepas pun 2010 minta 2 bulan gaji juga untuk kakitangan kerajaan, tetapi yang hakikinya dapat RM1000.00, itu pun dua kali bayar..... Nasib baiklah Kerajaan DAP Pulau Pinang mulakan dahulu bayaran buat kakitangan kerajaan negeri,,, Najib yang malu alah terpaksa jugalah bagi..

Tahun ni kat PRU 13,, bila lagi nak merasa sedikit duit lebihan,,, mintalah 3 bulan atau 5 bulan,, nii minta 2 bulan juga,,, mana mungkin Najib nak bagi 2 bulan,,, 1/2 bulan pun sakit........asyik Rosmah saja dok perabih,,, kakitangan dok langut tengok tepuk tangan ramai-ramai Rosmah pi shopping beli cincin permata 24 juta.......

Kesian juga bila dok dengar keluhan Datuk Omar ni.... "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini...

Lagi satu... mentang-mentang dah dapat Datuk.... nampaknya sebelum ini kakitangan bawahan sehingga gred 54 sahaja yang dapat, tetapi kali ini golongan yang lebih dari 54, jusa-jusa orang-orang elit dalam kakikatangan kerajaan pun dapat juga,,, bagi aku tak payahlah,, depa semua gaji dan 7-8 ribu sebulan, elaun keraian dan bermacam-macam elaun dapat, anak-anak semua dah besar panjang, tak ada tanggungan lagi kebanyakannya.. tunggu masa nak pencen belaka... tak payahlah,,, itu pasal bila patut pencen pun nak sambung kontrak lagi.... tutup peluang orang bawahannya...

Aku dok nampak, sekarang ni Najib lebihkan orang Felda daripada Kakitangan kerajaannya sendiri,,, apa kena ni.. sebab kakitangan keraaan sokong pembangkang ka....




.

Saturday, October 16, 2010

Rakyat diutamakan...

Apa pun aku kesian kat Presiden Ceupacs.. Encik Omar..., jangan kena marah lagi dah macam tahun lepas..

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan. Baca DISINI

Muktamad: Tiada Bonus Kepada Kakitangan Awam Tahun Ini...

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan tidak akan memberi bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini kerana kos pemberian tersebut akan menelan belanja yang terlalu tinggi.

Adalah dianggarkan, sejumlah RM3.1 bilion perlu dibelanjakan sekiranya kerajaan bersetuju untuk memberi bonus kepada kakitangannya yang berjumlah melebihi 800,000 orang.

  • E-mail this story
  • Print this story

Saturday, February 27, 2010

Baru 4, mana 72 lagi.. senaraikan ...

Salam Sejahtera..

Perghhh.. hebat sekali , seramai 76 NGO Melayu akan bergabung menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini. Antaranya NGO itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)...

Oii, mangkok,,nak temberang kepada orang biar betul..., Cuepacs tu NGO Melayu, janganlah nak bangankan orang Melayu, lainlah orang UMNO yang sentiasa bangan dari dulu , kini dan selamanya... Cuepacs tu Union atau Kesatuan sekerja, anggotanyanya pun ada India dan Cina , NGO mangkok Melayu apa kejadahnya...lu baca di .cuepacs.

Lagi satu ,.. itu baru 4 NGO, senaraikan lagi 72 NGO lain, jangan main tulis aja, kalau gitu lebih tulis 150 ribu NGO melayu, baru ada akai...Lu Berahim Ali kalau tak temberang jangan panggil Berahim Ali la,, panggil saja katak..

Berita Berkaitan : .mstar.

Thursday, January 7, 2010

Apakah Ekonomi Negara Malaysia Bakal Merudum lagi..

Salam Sejahtera...

Nampaknya Bajet 2010 tak ada apa-apa kesan sampingan yang terbaik untuk rakyat... Apa tidaknya, Gula naik 20 sen sekilo dikatakan karajaan dah tak mampun nak bagi subsidi lagi, rakyat malaysia ramai yang mengidap diabetes. Itu yang kenaikan secara nyata dan dimaklumkan.

Bagaimana dengan kenaikan harga roti gardenia, roti lain aku tau pulak, sebab yang aku dok beli roti gardenia, naik 30 sen sebungkus, itu tak ada apa-apa pengumuman pun, tau-tau bila nak bayar tuan kedai kedai cakap dah naik harga, kita pun check kat telly tu, betui rupanya.. dah RM 3.20 sebunggkus, sebelum tu RM 2.90.

Harga ikan-ikan basah tak payah cerita, kenaikan bukan sekupang dua, tapi semua main seringgit atau 2 ringgit bagi setiap sekilo..., aku pun tak kenapa harga ikan semakin meningkat, harga minyak petrol dapat subsidi, bila jual ikan dapat kupon subsidi lagi,

Apakah harga ikan pun dah kena GST, GST ni pun satu lagi projek kerajaan nak sembelih rakyat yang berpendapatan rendah.

Dan yang terbaharu sekali dengar cerita COLA (cost of leaving alloewance) untuk kakitangan kerajaan pun dengar kata dah nak kena tarik balik, sebabnya kerajaan nak berjimat... ho... ho.. ho... Baca DI SINI.

Kesian kat Omar Osman Presiden Ceupacs, dah lah sebelum ni kena sembur dengan Najib, tak ada moral katanya.. aduhai... bonus pun RM 500.00 sahaja......,

Wahai Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak.. Kalau kamu dah tak mampu nak menjadi menteri kewangan, rehatlah... jadi sajalah PM 1Malaysia..., Opppp silap...

Sebenarnya PM pun kamu lagilah tak layak..... Apa yang kamu layak... Pembaca tolong jawabkan.. aku tak mau jawab.........

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari