boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, September 30, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kes Nizar.. Tangguh lagi...

Rayuan Mohammad Nizar 5 November.

30/09/2009 3:01pm

PUTRAJAYA 30 Sept. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 November ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perisytiharan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pada tarikh itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff akan mendengar tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh peguam bela Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.-Utusan

Komen: kalau semalam kes Speaker Sivakumar yang ditangguh, tetapi hari kes Nizar pula... apakah dengan keputusan kes akan mempengaruhi PRK Bagan Pinang..nampaknya kes krisis Negeri Perak ini dipermain-mainkan oleh pihak tertentu dengan menggunakan mahkamah... tangguh punya tangguh sampai PRU13,, segala hasil mahsul negeri Perak dah habis di rompak oleh UMNO dan suku sakatnya....apa yang tinggal lagi untuk rakyat.....gigit jari.....

MAMPOS UMNO!!! Ameen..

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Harapan Dua ADUN PKR Jamaludin & Osman Cerah...

Salam Sejahtera....

Keputusan yang kita tunggu selama ini dah pun diketahui.. Tahniah buat parti Melayu terbesar didunia kerana berani membuat perubahan besar demi kepentingan rakyat...

Sekarang ini kemahuan rakyat diutamakan, kemenangan diperlukan, maruah ditolak tepi, apa ada pada maruah.....

Mungkin untuk masa hadapan, akhlak pemimpin bukan lagi jadi ukuran untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon UMNO/BN dalam pilihan raya. Sama ada perasuah ke, pelacur ke, perompak ke, penzina ke atau peliwat ke - semua boleh dipilih menjadi pemimpin, akhlak adalah soal kedua, yang penting sekarang ini ialah kuasa - tidak kiralah siapa calon kita itu, sekali pun seorang perompak atau pencuri atau seorang perasuah, tetapi jika rakyat suka, maka pilih sahajalah. Lagi pun nak buat macam mana, kalau dah rakyat sendiri yang mahukan wakil rakyat mereka dalam kalangan perompak, pencuri, perasuah dan peliwat - apa lagi yang boleh kita buat, balun sajelah. Yang penting menang setelah kalah, kalah, kalah... kali ini mesti nak menang.

Katakanlah calon UMNO bekas perasuah menang, (harapan aku ohhh tidak... jangan).. ini beerti rakyat pengundi dah kisah siapa pemimpin mereka, perasuah pun tak apa... ini beerti dua orang bekas EXCO PKR Perak Jamaludin dan Osman Jailu tak akan hadapi masaalah.

Kekosongan jawatan EXCO dalam kabinet Zambri boleh diisikan
oleh kedua-dua bekas manusia yang paling laknat...

Walaupun sebelum ini mereka dituduh mendapat umpan rasuah sex dengan wanita Cina, kes dimahkamah no problem... boleh kawtim...,

Jangan risau... UMNO adalah parti SUCI buat umat Melayu yang bangang... pemimpin UMNO boleh buat apa saja, mereka maksum dan imuniti dari dosa.... Betui... taraf pemimpin UMNO semuanya hebat-hebat belaka... Sma taraf dengan pemimpin dari langit Ayah PIN....

Jangan risau... Kesalahan yang dilakukan oleh 2 ekor manusia Jamaludin dan Osman Jailu ini tidak sebesar mana jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka kepada UMNO sehingga UMNO dapat merompak negeri Perak dengan sekeji-kejinya...

Oleh itu kesalahan mereka yang dituduh mendapat habuan sex itu boleh settle, Tan Sri Dato Sri Dr SS Mufti pun boleh beri pengampunan, mungkin nanti ada ijtihad terbaharu dari tok mufti mengatakan kesalahan mereka itu tak menyalahi dari hukum syarak... Umat melayu dan penyokong UMNO kena terima apa yang mufti fatwakan....

Tunggu sajalah, jika kemenangan Tan Sri Isa Samad di PRK DUN Bagan Pinang, maka tak mustahil nanti kedua-dua mangkok dari PKR itu sama-sama dapat pembersihan diri dari apa kesalahan yang mereka terima....

ITULAH UMNO, PERASUAH, PEROGOL BAWAH UMUR, KAKI RABA, SELUDUP WANG, SEMUA NYA... BAK KATA IKLAN
DALAM ASTRO SEKETIKA DULU..... MACAM-MACAM ADA.....

Apa pun Doa Ku sentiasa ialah ...MAMPOS UMNO.........AMIN...



Pergi Jahanam Lah UMNO.. OPs Sikap Gagal...

Salam Sejahtera....

Sejah dua tiga hari yang lalu, salah satu topik utama yang menjadi modal pimpinan kerajaan ialah mengenai Ops Sikap... Gagal...
Mula-mula IGP dengan muka sedih toya kononnya, membuat kenyataan mengenai sikap rakyat Malaysia dijalanraya... termasuk pemimpin politik katanya, sepatut menunjuk contoh yang baik kepada rakyat .......

Kemudian semalam Menteri Dalam negeri pula memulakan lakonan serupa, dengan sedih dan nada yang sama, kemudian diikuti oleh ramai lagi yang nak bercakap mengenai OPs Sikap..

Kemudian yang sedihnya jumlah kemalangan tertinggi setiap tahun dapat kat penunggang motosikal... dah itu saja kenderaan yang mampu dipakai... ditimpa kemalangan pula...

Kenapa kejadian yang menimpa rakyat sehingga 261 orang kematian, pemandu sahaja disalahkan...., kenapa tidak ada suatu kaedah yang dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalanraya... sedangkan OPs Sikap dihari perayaan telah bertahun-tahun berlaku, tak kasihankan kepada agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis, Kakitangan Hospital, bomba dan NGO-NGO yang terpaksa menghadapi kerenah pemandu di hari perayaan...

Kenapakah had laju di Lebuhraya 110Kmj, manakala jalan biasa 90Kmj, manakala jalan yang sibuk 60Kmj...., apakah arahan ini semunya diikuti oleh pemandu....sedangkan kenderaan yang ada dijalanraya semuanya kelajuannya melebihi dari arahan kelajuan yang ditetapkan... Sudah termaktub kelajuan kenderaan di Malaysia itu sahaja kelajuannya, sedangkan kenderaan yang dijual KENAPA DIBENARKAN KELAJUANNYA MELEBIHI DARI ARAHAN YANG DIBENARKAN....

Kenapa kenderaan pemimpin negara, termasuk raja dan sebagainya yang siap diringi kenderaan polis trafik (raider) lagi lah laju dijalan raya... malah semua kenderaan biasa dihalau ketepian jalan raya untuk memudahkan kelajuan kenderaan mereka.... Mengapa boleh jadi begitu...

Bagi aku selagi rakyat memililki kenderaan yang CCnya besar, tiada pengawalan, maka selagi itulah kadar kematian dijalanraya tidak dapat dikurangkan... malah semakin meningkat...

Apalah susah sangat... tidak boleh kah semua kenderaan di Malaysia, termasuk kenderaan luar negara yang ingin memasuki Malaysia diset kelajuannya hanya 110 km sahaja... aku agak mungkin dengan ini masalah kemalangan dapat dikurangkan, cuma kenderaan-kenderaan penting seperti Polis, Ambulance, Bomba dan JPJ sahaja yang dibenarkan memilki kelajuan seperti biasa... Selain dari itu tak kira siapa, PM, Menteri, Raja, Sultan, anak raja.. semuanya 110kmj.......apa macam.. boleh itu macam...

Mungkin ada yang kata cadangan aku ini cadangan yang tak praktikal,, memang tak praktikal selagi kita tak mencubanya...kita kena ingat, kenderaan yang dipandu bawah dari 100Kmj sahaja yang boleh dikawal jika sesuatu kejadian yang berlaku, kalau lebih dari itu selalunya yang kita dok nampak dalam TV itulah...

Daripada sini minda pengguna jalan raya akan berubah, jika perlu sampai awal ke destinasi yang nak dituju, maka perlulah berlepas dengan awal, mindanya terpaksa berubah, kalau sebelum ini ooo.. OK boleh speedd nanti...,

Menteri pengankutan pun tak gaduh nak pening kepala, semalam aku dengar bayaran tempoh lesen selama 5 tahun akan dikaji semula...., Ini pun satu hal yang hairan bin ajaib... kenapa kita yang dah lulus ujian memandu perlu membayar untuk mendapat kebenaran memandu... sepatutnya pemandu yang dah lulus ujian memandu dan layak memandu tak perlulah membayar RM30 setahun untuk memandu, kenapakah seseorang yang dah lulus peperiksaan SPM, yang dah ada Diploma, Ijazah, Master, PHD tidak pula kena membayar seperti lesen memandu.....

Apa pun ini semua adalah kerja pemerintahan UMNO yang dah 52 tahun memerintah.... tak ada langsung sikap nak membantu rakyat ... Cukuplah setakat ini UMNO memerintah... Kita rakyat Malaysia perlu menukarkan UMNO... UMNO perlu dimatikan.... MAMPOS UMNO....

Tuesday, September 29, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - SAH ISA SAMAD CALON BN..

Salam Sejahtera...

Sah lagi sohih.. Calon BN untuk PRK Bagan Pinang ialah Tan Sri Isa samad....

Nampaknya Mat Sembab tiada pilihan... terpaksa melanggar arahan dan nasihat dari mantan PM Mahathir...

Apa yang akan berlaku seterusnya... Aku pun tak Pasti...

Apa pun PAS N( masih ada masa sebelum nak menamakan clon PAS untuk menentang ISA samad...

Banyak isu yang PAS boleh gunakan semula.....

ISU Utama bagi aku ialah ISU Najib ditangkap basah di Port Dickson bersama Ziana Zain.... ISA samad yang jadi penyelamat.... bangkitkan semula....


Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Semangat Dol Said Panglima Naning dah bermula..!!

Ha ha ha.... Itu Dia..... Semangat Dol Said Panglima naning dah mula dah.....

[boycott_1.JPG]
Apa pun kita tunggu dan lihat.... acah-acah atau pun orang tempat aku kata gempak hindu..... kita tunggu dan lihat....

Walau apa sekali pun, seperti yangc kita lihat memang UMNO dok nak bergocoh sesama depa, betui depa berebut jawatan, tetapi pejuang dan petugas PAS harus hati-hati dengan semua perkara seperti ini, UMNO yang kita dok nampak bergaduh sesama mereka umpama anjing-anjing kurap yang berebut bergaduh nak kan tulang babi... tetapi dalam dalam depa dok bergaduh, depa nampak PAS pulak, umpama anjing-anjing kurap nampak kucing, apalagi depa sanggup tinggal tulang babi yang mereka rebut, dan mereka beramai-ramai mengejar kucing, waktu itu mereka sanggup bekerjasama untuk nak menelan hidup-hidup kucing tersebut... ITULAH UMNO.... Mereka UMPAMA ANJING KURAP YANG KELAPARAN.........

Yang pentingnya UMNO semakin hari semakin nak karam.... Sama-samalah kita doakan.....

MAMPOS UMNO...........

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kerajaan cari jalan kurangkan perbelanjaan

Salam Sejahtera...

Ha ha.. kekadang timbul rasa kesian dihati, ialah sapa tak kesian... Oii aku bukan kesian kat mangkok dahi bekilat tu... kalau dia tu mampuih pi la... dialah yang menjadi kepala penyamun menyebabkan negeri aku Perak UMNO dah ambik alih.

Aku kesian kat rakyat Malaysia yang amat malang mendapat Bini Rosmah sebagai PM,, tu yang aku kesian....

Apa tidaknya, sebelum ini bukan main eksyen, hangpa ingat tak pada sidang parlimen yang lalu, Ketua Pembangkang DSAI dah mengingatkan bahawa negara Malaysia perlu membuat persediaan untuk menghadapi kejatuhan ekonomi secara global....

Tapi mangkok sekoq ni belagak bukan main, yak mau dengak nasihat orang lama, mentan-mentanglah dia PM, dan dia juga Menteri kewangan.., sedap aja mulut menjawab, negara Malaysia tak terlibat... Kepala hotak dia....(memang dahi dah botak pun, sinar lagi uuu)..

Hari ini baru nak terhegeh-hegeh nak cari jalan, bagaimana nak kurangkan perbelanjaan, yang kononnya negara berbelanjan sebanyak 1 billion setiap bulan....

Aku malas nak ulas banyak-banyak... cuma yang boleh aku katakan... PM Bini Rosmah adalah tidak layak jadi Menteri Kewangan, apatah lagi jawatan PM.... Nasib bIni Rosmah dalam Politik Malaysia adalah disebabkan arwah bapanya Tun Razak, begitu juga sepupunya Hisyamudin....itu yang aku kesian... kesian kat rakyat Malaysia...Jadi apakah yang layak jawatan buat bini rosmah.... hangpa sendiri fikir dan sendiri jawab... aku malas nak jawab... sakit hati ku belum terubat lagi..........Mampos UMNO......

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Keputusan Mahkamah Kes Sivakumar...Tangguh

Salam Sejahtera...

Apakah yang berlaku sebenarnya.. mungkinkan ada kuasa ghaib yang menghalang hakim Mahkamah Tinggi Kuasa-Kuasa Khas membuat keputusan pada hari, sehingga menyebabkan keputusan kes ditangguh,,

Mengikut dari kisah yang lepas, sewaktu kes Nizar memohon semakan status MB Perak, Hakim Lau Bee Lan juga yang ambil pada mulanya, kemudian serupa jugalah, tangguh dulu, last kemudian kes dibawa kepada Hakim Dato' Abd Aziz yang mana memenangkan kepada Nizar, tak sempat 24 jam, MB Luar Tabiee dengan muka tak tau malu pi buat rayuan di Mahkamah Rayuan sehinggalah ke hari ini...

Bagaimana pula dengan kes Sivakumar memohon semakan terhadap 3 ekor katak terhadap SPR.. wallahuaklam, tetapi apa yang aku rasa keputusannya adalah sama sahaja, sanggupkah UMNO nak berputih mata nak hilang sebuah negeri yang mereka rompak dari Pakatan rakyat, tentu tidak, paling kurang pun mereka mahu melambatkan keputusan kes ini yang mana akan mempengaruhi PRK DUN Bagan Pinang.....Buat masa ini kuasa dan segala-galanya ditangan UMNO... maka mereka boleh melakukan apa saja yang mereka mahu...

Kita rakyat yang mahukan keadilan dimuka bumi ini janganlah mudah berputus asa, Lawan Tetap Lawan... Mampos UMNO...

P/S... Oleh kerana keputusan kes ditangguh kepada 22 hb Okt 2009, maka ruangan poll di atas blog ini pun aku lanjutkan tarikhnya kepada tarikh tersebut, Terima kasih kepada pengunjung yang sudi membuat pengeundian sehingga setakat ini 211 undi.. Terima Kasih.

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Mahathir merapu lagi...

Salam Sejahtera...

Kalau kita imbau kembali sejarah pentadbiran negara, sewaktu era Mahathir mengetuai negara selama 22 tahun, cuma Allahyarham Tunku Abd Rahman Putra Alhaj sahaja yang berani dok hentam kempimpinan Mahathir menjadi PM Malaysia, itu pun setelah UMNO diharamkan pada tahun 1987.

Perkara itu berlarutan sehinggalah Tunku Abd Rahman meninggal dunia, kemudian selepas dari itu tak sesiapa lagi yang bekas pimpinan negara yang berani kondem Mahathir.

Pada 22 Jun 2002 sewaktu ucapan penggulongan perbahasan persidangan UMNO, Mahathir dengan muka toya menangis mengumum akan meletak jawatan, maka bangunlah Rafidah Aziz Ketua wanita UMNO sehingga patah tumit kasutnya, diatas tindakan Rafidah Aziz itulah menyebabkan kemarahan Mahathir sehingga sekarang, Mahathir yang pada mulanya nak test market kononnya, tetapi telah tersilap cakap, maka nak tak nak terpaksalah lepaskan jawatan Presiden UMNo termasuk jawatan PM.....

Selepas Pak Lah memegang jawatan PM dengan persetujuan melantik Najib sebagai Timbalannya, Mahathir telah mula menghentam pentadbiran Pak Lah, dalam waktu ini Mahathir tiada masa nak hentam PAS dan pembangkang....kemarahan Mahathir terhadap pak Lah makin bertambah apabila Mahkamah Rayuan membebaskan DSAI dari penjara, sehinggalah Mahathir dan bini kesayangannya Hasmah botak keluar dari UMNO....

Sekarang, Mahathir dah rasa lega, kerana Bini Rosmah menjadi PM, cuma kurang puas hatinya ialah kekalahan anaknya Mukhris ditangan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO, apa pun memang jelas Najib tetap melantik Muhkris sebagai Timbalan menteri Kabinet, ini atas arahan Mahathir, sedangkan Khairy ternganga kesedihan, Pak Mentua pun dah tak peduli lagi, asyik dengan bini baru.....

Mahathir yang memegang tampok kuasa paling lama dalam era pemerintahan UMNO, merasa gian nak bercakap juga, nak hentam Bini Rosmah tak tergamak, walaupun melantung,, jadi nak lepas gian juga mulalah cari pasai, mula-mula dia hentam Samy Vello rakan karibnya sendiri, menyebabkan Samy Veloo kembang telinga menahan kemarahan, sehinggalah ada wakli MIC mencadangkan nak gantung slipar kat Mahathir... dari sinilah kepopulariti Mahathir meningkat, wartawan media sekarang ini lebih suka mencari Mahathir dari bini Rosmah...

Setelah MIC punah ranah akibat mulut capoi Mahathir, ia cuba nak tonjolkan seolah-olah beliau seorang bekas ahli politik yang bersih, ia mula mempertikaikan ISA Doraemon nak jadi calon PRK Bagan Pinang, sedangkan semua orang tahu politik wang bermula dalam UMNO adalah kerja Mahathir dan kuncu-kuncunya sewaktu nak mengalahkan pencabarnya Ku Li dalam pemilihan UMNO tahun 87.

Bila suasana Bagan Pinang tak ada respon yang positif, Mahathir mula beralih arah, ia nak tambah lagi popularitynya, ia cuba nak bela Raja Katak Malaysia Ibrahim Ali yang sedang kepanasan jubor setelah lama tak dapat jilat bontot Mahathir lagi......

Yang terkini Mahathir minta TGNA selaku MB Kelantan bertanggung jawab dengan kemunduran Kelantan... Kepala Hotak dia... aku nak tanya... waktu pemerintahan siapa yang halang peruntukan kewangan dari kerajaan Pusat kepada Kelantan, malah selama hampir 20 tahun Kelantan di bawah pemerintahan PAS, negeri Kelantan dianaktirikan sehingga sekarang.

Hasil petroleum dari perairan Kelantan, Mahathir juga yang merancang GAS yang sepatutnya boleh dinaikkan di pelabuhan Kelantan, tetapi Mahathir sanggup membawanya ke negera kafir Thailand dan disalurkan melalui paip ke Kedah, kenapa busuknya hati Mahathir terhadap Kelantan, sedangkan ahli-ahli UMNO pun ramai di kelantan, mungkin dengan sebab inil,ah rakyat Kelantan tak kira fahaman politik terus menolak UMNO...

Royalti minyak hak Kelantan, sampai sekarang senyap, kononnya sewaktu PRK Manik Urai dahulu Mat Sembab kata nak minta wakil Petronas menerangkan kepada rakyat mengenai situasi sebenar royalti, dah berapa bulan dah... senyap sepi diam membisu...

Kalau Kelantan mundur ada penyebabnya, tetapi kalau negara Malaysia mundur apa hal, setiap kali nak raya gula tak ada, gula pun tak boleh nak selesai..., kakitangan kerajaan melalui ceupacs minta bonus... he he hari ini dalam sejarah ... dapat RM500.00 sahaja... dah la tu, bayar ansuran 2 kali.... he he .. membangunkah negara Malaysia....

Semalam Mahathir membuat pengakuan, beliau bersedia untk menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia... baguihlah... nanti boleh jadi Mr Persen....

Nasihat aku buat Mahathir, tak perlulah nak sibuk nak jaga MIC, nak ambik kisah hal PAS, jagalah parti UMNO tu...apakah harapan bekas Presiden PAS Allahyarhan Dato Fadhil Nor mahu Mahathir melihat sendiri kejatuhan UMNO menjadi kenyataan... nampaknya memang dah jadi kenyataan..... Mampos UMNO...

Monday, September 28, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Cerita seorang Jeneral (PAT).

Salam sejahtera...

Aku terbaca satu kisah dalam satu blog.. mengenai kisah PAT yang dinasihatkan bersara... Oleh kerana aku pun bekas tentera, walaupun aku ni prebet cabuk sahaja, tetapi perlakuan yang dilakukan oleh Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan, dan Najib Perdana menteri, bagi aku ini adalah satu penghinaan yang cukup besar buat bekas anggota tentera....kami bekas tentera tak dapa nak terima perlakuan seperti ini....Jadi aku salin balik keluhan daripada seorang Pegawai Kanan Angkatan Tentera...

(Artikel ini hanya untuk bacaan di dalam blog ini sahaja)
Saya percaya bahawa untuk menjadi seorang jeneral semestinya berkhidmat lebih 30 tahun. Dalam tempoh ini semestinya seorang jeneral telah mencurah segala-galanya yang terbaik bagi faedah perkhidmatan, agama, bangsa dan negara. Semestinya juga, setelah berkhidmat sekian lama dan sekian jenuh jasanya; maka ruang persaraannya harus di hormati sebaik mungkin.
Saya ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca blog saya sekalian kerana jeneral ini amat dekat dengan hati saya. Semalam, saya menerima panggilan telefon dari seorang pegawai atasan bagi mendapatkan khidmat saya untuk menulis sebuah sajak dan seterusnya mendeklamasikannya semasa satu majlis persaraan jeneral ini. Saya jawab "minta maaf". Untuk jeneral ini, saya tidak akan berkarya dan mendeklamasikan apa-apa pun. Mereka tanya saya kenapa. Saya jawab, ini adalah protes saya kerana mengarahkan jeneral ini bersara dalam masa tiga hari termasuk hari sabtu dan ahad. Inilah mainan politik. Pejabat terpaksa dikemaskan pada hari minggu dalam keadaan tergesa-gesa, segala tradisi persaraan seorang jeneral terpaksa dilupakan kerana 'mainan politik'. Saya protes, kalau nak dakwa, silalah dakwa, saya bersedia.
Seorang guru yang nak bersarapun tahu lebih awal bila masa dia akan bersara. Sekurang-kurangnya, kelasnya akan mengadakan sedikit majlis ringkas. Inikan pula seorang jeneral yang paling tinggi jawatannya. Saya tidak pasti kenapa dan mengapa? Kenapa terkena kepada jeneral ini yang sangat disegani dan baik hati. Adakah kerana menegur anggota-anggota tentera supaya jangan terlibat dalam urusan politik, menjadi satu kesalahan hingga dihukum sedemikian rupa (ini adalah antara rumors atau 'grapewines' mengapa jeneral ini di arahkan bersara atau dalam erti kata sebenarnya berhenti dari perkhidmatan). Sebab sebenar, saya tidak tahu kerana tidak dijelaskan. Justeru wujudlah 'grapewines' atau rumors sama ada benar ataupun sengaja dicipta untuk meredakan ketegangan diri orang yang menciptakannya.
Pada hemat saya, atas alasan apa sekalipun, seorang jeneral yang pernah memimpin pasukan di Bosnia, wajar diberi tempoh sekurang-kurangnya sebulan untuk beliau bersedia untuk bersara. Oleh kerana tentera memiliki tradisinya sendiri yang telah dipraktikkan sekian lama, seperti perbarisan persaraan, lawatan akhir, dll, maka tempoh ini diperlukan. Setelah bersara atau berhenti, kita tidak lagi mengadakan perbarisan persaraan bagi seseorang. Tidak pernah berlaku. Mungkin ini satu kesilapan atau satu keputusan yang terpaksa ditelan. Mungkin juga 'mainan politik' ini mempunyai sebab tersendiri yang kukuh dan logik tetapi kita tidak mengetahuinya. Jika ada alasan yang munasabah, baguslahh. Tetapi sebagai staf yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan jeneral ini sejak sekian lama, saya semestinya tahu hati budi jeneral ini. saya berdoa semoga seorang jeneral dan keluarganya dikurniakan Allah SWT selaksa kesabaran.
Kalau seorang jeneral boleh diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana pula dengan saya ni. Seekor tungau yang kelihatan dek mata kasar kerana warnanya merah. Kalau tidak bewarna, mungkin tak nampak. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga perjalanan saya dijauhkan perkara atau kejadian sebegini. Amin.


Komen: Mahasuci Allah Yang maha kaya, segala tindak tanduk perbuatan pemimpin UMNO yang bersikap zalim terhadap rakyat telah dipertontonkan kepada rakyat jelata, apakah PRK Bagan Pinang ini sebagai petunjuknya... Jadi buat saudara-saudara ku yang juga sering dikenali dengan "skot, Orang kampung...", masa inilah skot-skot menggunakan kuasa yang ada ditangan anda... janganlah lagi anda berasa kasihan kepada calon UMNO, tunjukkan sikap anda yang perwira negara... Buktikan keberanian anda sekarang pada PRK DUN Bagan Pinang... Anda bukan perwira politik untuk UMNO...
Lakukan sesuatu yang boleh dibuat pengajaran untuk UMNO... Oleh itu janganlah berikan undi skot pada UMNO... JANGAN BERIKAN UNDI SKOT-SKOT PADA UMNO.

Mampos UMNO.....

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Mana Pergi PM 1Malaysia..

Salam Sejahtera....
Hangpa perasaan atau tidak, suasana PRK Bagan Pinang ada sedikit kelainan daripada PRK tempat lain... baru aku terperasan... Kenapa bini Rosmah diam membisu..... kekecohan nak pilih calon Bagan Pinang pun yang jadi jurucakapnya Mat Sembab... Bini Rosmah diam...

Dalam pada dok kecoh-kecoh... sapa nak jadi Calon, UMNO Teluk Kemang tetap nak kan Isa Samad jadi calon... Bini Rosmah diam sampai ke sudah diam...

Tup-tup Mantan PM Mahathir yang dah jadi recycle pula jadi jurucakap...tidak mahu calon yang ada latarbelakang rasuah kononya.... kenapa jadi begitu... Apakah Bini Rosmah sendiri suka kepada ISA Samad jadi calon DUN Bagan Pinang.

Hangpa kena ingat kembali pada sejarah yang tak boleh ditipu ....
Kalau tak silap aku tahun 95, Bini Rosmah telah ditangkap bersekedudukan bersama sorang Penyanyi Wanita terkenal.. ZZ...., Siapakah yang menyelamat kemaluan Bini Rosmah dari kes tersebut.....
ISA Samad selaku MB N9 waktu telah menggunakan kuasa yang ada padanya menutup kes tersebut, malah Pegawai Tadbir Agama (PTA) atau pun Kadi yang bertugas dalam kes kejadian tersebut pun telah diberhentikan tugas...

Jadi apakah dengan kes kejadian tersebut Bini Rosmah terpaksa mendiam diri bila ura-ura UMNO Teluk Kemamng mahukan Isa Samad jadi Calon...

Apa pun kalaulah UMNO mencalonkan ISA Samad, isu kes ini boleh diketengah buat para pengundi Bagan Pinang.. kalau boleh dapatkan kembali PTA yang diberhentikan itu duduk dipentas ceramah menerngkan isu sebenar... Biar kita bongkarkan semua kesalahan Bini Rosmah....Mampos UMNO...


Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sila Lihat Apa Yang Berbeza...

Seronok Makcik-makcik bersua muka..... Cuba Perhatikan.....betul-betull

Dalam pada tu ada sedikit yang berlainan... apakah dan siapakah yang berlainan itu....!!!




Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kenyataan Bersama Para Bloggers..Mansuhkan Undi POS..!


1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah diperkemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut:
''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara,maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut:

3.Adalah amat malang bagi Malaysia ,walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil.Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti Tidak telus dan rahsia,wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos,undi pos tidak relevan,kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang.Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut.Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.


Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

1.MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut:


1.TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat.Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin .


2.PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat ,peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu,penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2,satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.


3.KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami.Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini,boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut,Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.

Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan,supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih.Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik.Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela,selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atauPAKATAN RAKYAT.

Sekian wasalam.



Baca Seterusnya..!



Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan.Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang.Memang benar,peraturan tersebut adalah undang-undang.Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan?.Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2?.Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.


Inilah borang yang jadi ingauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.

1.Borang 2 :Satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos

Apakah alasan SPR untuk mengekalkan Borang 2 dalam sistem undi Pos,selain dari alasan Borang 2 adalah undang-undang?.Penulis merasakan tiada sebab kenapa peraturan sedemikian harus dikekalkan.Sebaliknya penulis merasakan SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

Tetapi yang peliknya kenapa Borang 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Pada pendapat penulis,peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi.Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan tindakan SPR bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan tersebut seperti ada ”ada undang di sebaliknya batu”.Oleh itu,penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.



2.Borang 2 :Satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos

Tidak kira samaada pengundi Pos atau pengundi biasa.Apa-apa bentuk yang boleh mewujudkan rasa tekanan,bimbang atau tidak selesa dikalangan pengundi haruslah dimansuhkan.Sama ada hal tersebut adalah peraturan atau pun tidak.Pengundi Pos harus diberi ruang keselesaan dan kebebasan untuk membuang undi kepada calon-calon yang benar-benar mereka sokong tanpa sebarang tekanan daripada pihak-pihak tertentu.Dengan peraturan Borang 2,mahu tidak mahu sudah pasti menyebabkan pengundi Pos berada dalam keadaan tidak selesa.

Apa tidaknya,bagi membolehkan pengundi Pos membuang undi,mereka hendaklah mendapatkan pengesahan saksi yang biasanya penyaksi itu adalah dikalangan pengawai atasan yang menjadi bos mereka bagi memenuhi keperluan Borang 2.Tanpa saksi dan tanpa Borang 2 kertas undi Pos adalah tidak sah.Mengapa prosedur begini diwujudkan?.Tidakah sebagai orang bawahan akan wujud perasaan sangsi dan bimbang undi mereka bocor dan diketahui bos mereka.Ini kerana Borang 2 jelas dan lengkap mempunyai maklumat identiti pengundi Pos.Lantaran itu,penulis melihat peraturan ini,seolah-olah ada muslihat tertentu yang boleh menimbulkan keraguan.Sekali lagi penulis berpendapat SPR ..perlu mansuhkan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.



3.Borang 2:Tidak menjamin kerahsian pengundi Pos

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos tersebut perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2)). Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah sine qua non (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Bagi pengundi pos, kerahsian undi mereka tidak dapat dijamin.


4.Borang 2:Kewudannya bertentangan dengan akta kesalahan piliharaya 1954


Pengerusi SPR memberi alasan Borang 2 adalah peraturan.Penulis ingin bertanya tidakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 itu juga undang-undang yang perlu dipatuhi?.Tidakah Akta Kesalahan Piliharaya 1954 dengan jelas menyatakan tidak boleh sebarang pendedahan identiti pengundi?.Cuba rujuk bawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Mengapakah undang-undang ini tidak mahu dipatuhi pula oleh SPR.Tujuan undang-undang ini jelas sekali mahu melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang bebas dan adil. SPR tidak takutkah berasa takutkah jika melanggar undang-undang ini dan disabitkan dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.Penulis amat berharap agar SPR merenung yang mana lebih penting untuk diikuti.Peraturan Borang 2 yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Pos atau Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang boleh mewujudkan piliharaya yang adil dan bersih?.

Sehubungan itu,penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos.Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan.Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos.Hasrat ini hanya dengan satu tujuan,supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih.Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik.SPR perlu melakukan perubahan ini,disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela,selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATANRAKYAT.

Sumber : Sini dan Sini

Disediakan oleh : Naruto Sensei

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kenalkah Anda Siapakah Orang Ini!!

Salam Sejahtera....
Silalah perhatikan siapakah mereka ini. bukan apa, kut-kut ada yang kenal....


Hairan ya... sebelum ini mamat yangs orang dalam gambar ni ada menyebut.." kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak. Jangan persoalkan akidah kita (Umno)” (Berita Harian 8 September 2009).

Aku bukan nak mempermainkan akidah mereka , mampuih pilah, bukan mereka tak tau hukum.... malah mereka lebih pandai lagi...cuma yang aku nak tanya.. kenapa arahan Allah suruh tutup aurat buat wanita yang mengaku Islam tak dituruti... tetapi arahan Doktor suruh tutup mulut boleh pula mengikutinya... nampak sangat takutkan mati dari takutkan hukum Allah, boleh pakaikah AKIDAh UMNO..... Fikirkanlah sendiri....Mampos UMNO....

Saturday, September 26, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO .. Tanglung Pulak...

Najib umumkan Pesta Tanglung 1Malaysia jadi acara tahunan

26/09/2009 9:29pm

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Pesta Tanglung 1Malaysia akan menjadi acara tahunan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 setahun untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penganjuran acara tersebut.

Perdana Menteri membuat pengumuman berkenaan dalam ucapan perasmian Pesta Tanglung 1Malaysia 2009 di Pasar Seni, di sini malam ini. – Utusan.


Komen: Tahniah.. Perabih lagi duit rakyat untuk perkara yang tak berfaedah.... Formula 1Malaysia lain, tambah pulak lagi tanglung... Kena nak bayar bonus untuk kakitangan RM500.00 pun terketaq-ketaq nak bayar... dah lah tu ansuran 2 kali pulak.... No Problem.. kalau kerajaan tak ada duit.. harga minyak boleh kasi naik lagi... Sekarang RON 95 RM1.80.. boleh naik RM2.00....

Pergi Jahanam Lah UMNO .. Tahniah JKK PAS Pusat...

Salam Sejahtera...

Semalam aku ada posting DI SINI, hurhh.. lega bila hari ini ada sedikit kesan dan tindakan.., bukan apa.. kami ahli-ahli bawahan dan penyokong-penyokong memang rasa tak puas dengan apa yang berlaku di negeri Selangor tu ..., Ya kami ahli bawahan, jangan dok menyibuk hal ehwal pimpinan atasan..., betui... tapi tak adanya kami ahli bawahan.. poster parti tak akan berkibar... itulah secara realitinya...

Cuma aku harap jangan baru nak "mempertimbangkan tindakan lebih keras", AJK PAS Pusat perlu lebih tegas dalam isu seperti ini, jika mahu parti PAS lebih dihormati oleh penyokong-penyokong Parti PAS terutama yang bukan Islam, adalah yang terbaiknya tindakan keras perlu diambil demi menjaga imej parti..., tak perlu lagi dok fikir nak mempertimbangkan apakah perlu atau tidak tindakan.....

AJK Kerja PAS Pusat perlu ingat, yang menimbulkan masaalah dalam parti hanya 2-3 orang individu ahli Parti, tetapi yang nak menyokong Parti ada berpuloh ribu penyokong, pilihlah.. sayang 2-3 orang individu atau sayang beratus ribu penyokong pada PRU13 nanti..., Susah sangatkah nak jatuhkan hukuman kepada sesuatu individu itu...!!!!


Berkaitan...






Pergi Jahanam Lah UMNO.. Akta ISA masih diperlukan..!!

Salam Sejahtera...

Pagi ini aku dah mula kena kerja semula setelah seminggu aku bercuti... Saja aku naik kerja pada hari Sabtu, kerana hari ini separuh haru sahaj kerjany.. nanti balik ada jemputan kenduri nikah kahwin pulak... kenyang makan ketuat, kari, rendang tak hilang lagi, kena nasi minyak pulak... macam mana badan tak berpenyakit... asyik dengan makan sahaja.....

Sebelum aku nak mai kerja seperti biasa aku punya routine tengok TV berita pagi, apa berita yang mereka nak berbohong pada rakyat... rupa-rupanya tajuk berita TV1 jam 7.00 pagi tadi ialah mengenai ISA masih diperlukan lagi... pulak dah.. sebelum ni PM 1Malaysia kata Akta ISA akan dikaji semula di Parlimen, belum sempat nak kaji dah ada suara-suara minta ISA dikekalkan...

Manusia pertama yang jadi anak haram jadah minta ISA dikekalkan dalam TV tadi ialah Chandra Muzaffar, TV siap siar kenyataannya... sayang aku tak dapat dengar apa dia kata dengan jelas... kerana aku tengah dok meyuap nasi lemak panas yang baru masak.... kemudia ada dua tiga orang lagi mana punya professor entah, tak pernah tengok dan dengar sebelum ini.. semuanya timbul nak bercakap tentang akta ISA....

Cuma di sini kalau dah pi tanya kat jenis manusia yang hidup dengan menjilat juboq-juboq pemimpin UMNO, maka tentulah jawapannya berpihak kepada apa yang ada sekarang... tak payah tanya pun tak apa, buang masa sahaja... lebih baik teruskanlah akta ISA itu kalau dah itu yang terbaik buat UMNO demi menjaga survival parti politik UMNO...

Aku masih ingat kata-kata Ust Abu Bakar Chik selepas beliau dibebas dari tahanan ISA dalam tahun 85 dulu. " apalah sangat dengan dugaan tahanan ISA kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang Nabi Allah Ibrahim terima iaitu dibuang dalam unggunan api, seperti yang tersirat dalam Al-Quran, tetapi ingat... nanti waktu kat mahkamah Allah Rabbul jalil beliau akan tuntut semula dihadapan Allah yang Maha Adil diatas apa yang berlaku pada dirinya...."

Negara Malaysia kan dikenali sebagai negara Islam seperti yang dicangankan oleh PM 1Malaysia.. kenapa Akta ISA ini tidak dirujuk kepada Majlis Fatwa... atau pun juga kenapa Majlsi Fatwa dia membisu seribu bahasa... keluarkan ijtihad bahawa ISA itu harus... atau pun HARAM... susahkah nak keluarkan fatwa tersebut... biar rakyat tahu ISA itu HARAM... ataupun HARUS demi survivol politik UMNO.......

Kenapa bila Mursyidul AM PAS mengatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga ALLAH melompat Pengerusi majlis Fatwa Malaysia Datuk Abd Syukur mengeluar kenyataan... apakah dia sendiri pun takut tak dapat masuk syurga Allah nanti!!! Wallahhuaklam. sayang sekali mereka-mereka yang ada ilmu agama seperti juga Mufti Perak, tetapi hanya berani mengeluarkan hukum dengan kebenaran dari pimpinan UMNO.... sayang sungguh... kesian kat depa.....MAMPOS UMNO.......



Friday, September 25, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. ISTILAH ‘AKIDAH UMNO’

Salam Sejahtera....

Sewaktu dalam bulan ramadhan yang lepas, masa terlalu terhad untuk nak masuk ke semua blog-blog terpileh, baru sekejap tadi aku masuk ke blog Mursyidul AM PAS TGNA.. satu artikel yang menarik untuk semua kita membacanya.. aku salin balik...


Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur. Ketika melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan. Ia berbunyi begini:

Perdana Menteri berkata, “
kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak. Jangan persoalkan akidah kita (Umno)” (Berita Harian 8 September 2009).

Melihatkan kenyataan ini, hati saya tertanya-tanya sama ada bolehkah manusia atau parti politik membuat akidah? PAS tidak pernah mencipta akidah. Islam ini bukan pandai-pandai PAS. Ia agama yang diturunkan kepada Nabi-Nabi oleh Allah Azzawajalla. Bermula dari Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang PAS lakukan ialah meniru bulat-bulat keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T. melalui kalimat syahadah dan tauhid Allah dalam segala segi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Katakan: Dialah Allah, Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.

(Surah Al Ikhlash: Ayat 1 hingga 4).

Dizaman dahulu, orang merujuk akidah itu sebagai i’tikad. Ia berasal dari perkataan aqoda dan bermakna ikatan. Akad nikah adalah ikatan antara A + B. Begitu juga dengan akad jual beli.

Akidah adalah kesimpulan. Ia persoalan tali pengikat yang menyimpulkan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Orang yang berpegang dengan akidah dinamakan sebagai orang yang mempunyai kesimpulan hidup yang kukuh. Dalam hal ini Nabi S.A.W. pernah bersabda yang membawa matan, “telah ku tinggalkan engkau dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan hadith. Berpeganglah keduanya dengan tangan kamu sekuat-kuatnya atau gigitlah ia dengan gigi gerham/taring (jika dikhuatiri akan terlucut).” Kandungan yang terdapat dalam akidah ialah Islam + Iman. Ia bertujuan untuk selamat di akhirat. Bercakaplah sama ada mengenai pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, taraf hidup atau budaya murni – pada akhirnya, kesemuanya sekali mesti menuju kepada mencari hasanah di akhirat. Di sini, Umno buat akidah untuk apa?

Saya cukup hairan bahkan terkejut apabila Presiden Umno tanpa segan silu menggunakan perkataan ‘akidah Umno’. Sejak bila Umno mencipta akidah? Jika dia buat sekalipun maka sahlah bahawa akidah jenis ini adalah palsu. Ia tidak dinilai di akhirat kelak.

Kita perlu cermat untuk membezakan antara dasar atau perlembagaan parti dengan perkara akidah dalam agama. Saya ingat, ilmuan Islam lebih arif untuk menjelaskan perkara ini. Inilah puncanya yang selalu saya katakan bahawa pintu rundingan antara PAS dan Umno sudah tertutup rapat. Apa yang mungkin boleh Umno lakukan ialah menukar dasar daripada kebangsaan kepada dasar Islam. Dengan cara ini, barulah rakyat ada keyakinan bahawa Umno ini parti yang sudah mempunyai akidah Islam. Perubahan dasar ini adalah satu perkara yang sangat mustahak kerana hidup dalam segenap perkara termasuk dasar parti Islam perlu diselaras dengan akidah Islam. Dasar ini harus berasaskan akidah yang tepat dan diredhai oleh Allah S.W.T. saja akan menuju ke jalan Syurga. Sebaliknya mana-mana dasar atau parti atau pertubuhan yang tidak selaras dengan akidah Islam adalah ditolak. Perkara akidah ini bukan boleh dibuat oleh mana-mana manusia. Mana boleh manusia atau pertubuhan membuat akidah partinya yang sendiri.

Akidah Islam boleh terpancar dalam pelbagai lafaz doanya. Di dalam doa Iftitah misalnya, terkandung aspek penyerahan menyeluruh terhadap rabb seperti, “sembahyangku, hajiku, segala aktiviti hidupku dan matiku (nyawaku) kerana Allah Taala.”

Begitu juga doa dan zikir-zikir masyhur yang menjadi amalan rata-rata umat Islam. Misalnya, selepas sembahyang kita berwirid yang membawa maksud:

a) “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan milikNya dan bagiNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan (semua perkara), sedangkan Dia sentiasa hidup dan tidak mati, ditanganNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas semua perkara.”

b) “Allah telah menjamin aku dan cukuplah Allah bagiku, Allah Maha Mendengar permohonan sesiapa yang bermohon (kepadaNya), tidak ada lagi selain Allah tempat meminta dan berhajat.”

c) “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada seorang lelaki (bapa), ibuku yang juga hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku ke atasku setiap ketentuanMu, terlaksana ke atasku setiap keputusanMu, aku mohon kepadaMu dengan (berkat) semua nama yang Engkau namakan kepada zatMu atau nama yang Engkau sebutkan di dalam kitabMu atau nama yang Engkau ajarkan kepada sesiapa sahaja dari kalangan makhlukMu atau nama yang Engkau rahsiakannya di dalam ilmu ghaib di sisiMu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yang maha agung sebagai sumber ketenangan bagi hatiku, cahaya penglihatan mataku, menghapuskan perasaan dukacita dan sebagai penghalang kepada perasaan sedih dan gelisah.”

d) “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Dari empat petikan maksud doa-doa di atas, sangat jelas konsep tauhid yang mengEsakan Allah. Dialah sumber kekuasaan, satu-satunya tempat ketaatan dan titik tumpuan dalam pengabdian makhluk. Ini bukan soal 1Malaysia kerana Islam mengajar kita bahawa tiada zat dan tiada Tuhan yang wajib dan boleh atau wajar disembah melainkan Allah Yang Maha Besar.

Jika mahu bercakap soal perpaduan dan penyatuan, maka inilah titik penyatuan dasar yang saya selalu sebutkan. Ertinya, jika Umno kononnya ikhlas untuk melakukan kerjasama demi kepentingan masa depan Islam dan ummah di negara ini, maka Umno perlu bersedia terlebih dahulu untuk mengubah dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Jika betullah nak jaga Islam, PAS lah partinya yang menjadi pilihan kerana dasar PAS sejak awal lagi ialah Al-Quran dan Hadith. Ini berlaku sejak penubuhannya di Pulau Pinang pada tahun 1951 lagi. Ini berikutan alim ulama’ dalam Umno keluar dari Umno untuk menubuhkan PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno yang berfahaman kebangsaan. Dengan latar belakang ini semua orang harus masuk PAS untuk bersama dengan PAS. Tidak timbul soal PAS dipelawa untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan demi kononnya untuk masa depan Islam dan ummah di negara ini. Ini bukan isu.

Kelantan sudah hidup hampir 20 tahun di bawah dasar Islam dan kami tidak mempunyai apa-apa masalah. Bahkan secara hikmah dan istiqamah, kami telah secara berperingkat-peringkat sedang menukar pemikiran rakyat (brainwash) daripada menjadi pak turut kepada cara hidup mat saleh secara membabi buta kepada menjadi pak turut kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini. Kita kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah dan sedang menggunakan segala kemudahan yang Allah sediakan. Jadi, sepanjang masa dalam hidup kita, kita telah termakan budi dan berhutang budi. Jika kita sedar yang kita menumpang bumi Tuhan, maka kita kenalah patuh kepada undang-undang dan peraturan Pemiliknya.

Jadi jelaslah bahawa dalam hidup kita ini, hanya terdapat satu sahaja akidah iaitu akidah Islam. Jika ada juga akidah lain yang didakwa oleh sesiapa, maka sahlah ia adalah akidah bertaraf setinggan. Percubaan Umno yang membangkitkan rundingan mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini adalah cerita lama. Umumnya, rata-rata pemimpin PAS, sudah tidak lagi berminat dengan gimik-gimik kabur yang seumpama ini. Hanya orang PAS yang tidak mahir dengan gelagat lawan sahaja boleh keliru dengan permainan yang sedemikian. Pada saya, apa yang ada di hadapan cukup jelas. Sambil menegur dan berdakwah untuk saling ingat-mengingati dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, saya perlu memberitahu bahawa kami sedang melangkah dan akan terus melangkah. Kami menuju bulan purnama.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Apa Cerita Sebenar PAS Dalam PR Selangor..

Salam Sejahtera...

Semenjak aku balik dari JB, pada ptg Rabu, aku cuma buat satu posting saja, kemudian bila aku dok merayau dari satu blog ke satu blog, kebanyakannya semua topik kepada isu PAS Selangor... aku pada mula malas nak campur.. sebab negeri Perak pun tak selesai... tetapi nampaknya seperti tak ada kesudahan....

Bermula dari kes isu Arak di Negeri Selangor nampaknya semakin meleret-leret hingga ke hari ini.. Sepatutnya dalam suasana bulan Syawal ini kita umat Islam dapat sedikit sebanyak kegembiraan hasil kemenangan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, tetapi rupanya tidak....

Media utama BN nampaknya tak berputus asa, menyiarkan hal-hal cerita kerenah PAS dengan PR Selangor... pada mulanya dalam benak fikiran aku, cuba aku nak menguatkan semangat.nak bersangka baik kepada pimpinan. arrhh ini mainan UMNO nak menjahanamkan PR... tetapi nampaknya isu ini semakin gawat.. malah sampai Mahathir sendiri malam tadi keluar kenyataan yang agak kurang sedap didengar oleh telinga aku... sampai berkeremut mulut Mahathir mengatakan sesuatu kepada Psj Selangor....

Pagi ini bila aku baca maklumat yang boleh dipercayai hanya kenyataan dari Naib Presiden PAS sahaja yang keluar .... DI SINI. Apakah cukup setakat ini hanya kenyataan dari Naib Presiden... Mana kenyataan Presiden.. Apa cerita sebenar... Kami ahli-ahli cikai nak tahu juga apa sebenarnya yang terjadi kepada PAS Selangor...

PRK Bagan Pinang N31 pada 3 Okt ni penamaan calon.. cukuplah UMNO sahaja yang dok kelam kabut cari calon, masalaah yang yang menimpa mereka... JANGANLAH PAS yang akan sama bertanding turut serta sama seperti UMNO... Yang nak memenangkankan Parti yang bertanding da;am PRK Bagan Pinang ialah pengundi atas pagar... bukan ahli UMNO.... ahli PAS dan penyokong PAS berapa orang sangat di DUN Bagan Pinang, yang nak memenagkan PAS ialah Pengundi POS... pengundi POS semua golongan 30 - 45 tahun... ingat mereka boleh berfikir, walaupun mereka dipaksa untuk mengundi calon UMNO.. tetapi ada dikalangan mereka yang boleh berfikir yang negara ini demokrasi...

Tetapi kalau dalam PAS sendiri dok kacau bilau tak selesai masalaah, walaupun masaalah yang selesai tak sepatutnya ditimbulkan untuk menjadi isu utama dan diperbesar-besarkan dikalayak umum... jadi bagaimana pengundi POS/Atas pagar nak beri undi pada PAS nanti........

Harapan kami, amanah yang ada pada pimpinan-pimpinan atasan itu, gunakanlah dengan kehendak ahli-ahli... janganlah dok memandai sendiri... mentang-mentang dah jadi Pesuruhjaya, sendiri suka nak buat sesuatu walaupun ahli-ahli PAS dan penyokong sendiri tak suka......iNGATLAH kita tak sama dengan UMNO... kita berbeza dengan perjuangan UMNO.....

INGATLAH.. KAMI AHLI-AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS SANGAT-SANGAT MEMBENCI UMNO... KAMI BENCI UMNO SUNGGUH-SUNGGUH.. BUKAN LAWAK-LAWAK... JADI JANGAN NAK DOK BUAT PASAI NAK PI BERSEKONGKOL DENGAN UMNO... SIANG MALAM AKU DOK BERDOA SUPAYA UMNO CEPAT MAMPUS....

TAU-TAU RUPANYA ADA LAGI PIMPINAN YANG DOK NAK TOLONG SELAMAT HAYAT UMNO... CISSSSS.... KWAAKH PTHUIIHH...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari