boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mahkamah Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah Persekutuan. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Senyuman Kemenangan...

He he belum apa-apa lagi dah senyum meleret,, dah tahu keputusan ka....

Pandai ia berlakon,,, ya,,, sembahyang hajat dah buat, atau saja buat-buat....


Sunday, February 7, 2010

Keputusan Mahkamah Persekutuan - Selasa 9 Feb 10, Zambri akan Menang..

Salam Sejahtera...

Kalau ahli jemaah dan penyokong PAS mengadakan program sembahyang hajat di seluruh Malaysia pada malam Jumaat lepas, dan ramai lagi ahli-ahli dan penyokong PAS berterusan mengadakan sembahyang hajat, memohon pada Allah memberika kepada yang hak jawatan MB Perak.

Maka sekonyong-konyong disebelah UMNO pun mereka juga bersembahyang hajat, dengan kuasa yang ada maka dikerah semua Pegawai Masjid Seluruh negeri Perak dengan melalui arahan daripada JAIP datang ke kediaman MB Perak meramaikan jemaah untuk bersembahyang hajat.

Apakah program itu bermakna Zambri pun takut dengan keputusan pada 9 Feb nanti, Tidak.. Itu hanyalah lakonan semata-mata, kononya mereka pun bermohon pada Allah untuk kemenangan tersebut.

Bagi aku keputusan mereka dah tahu sudah, program sembahyang hajat hanyalah ingin memberi tahu, merekalah yang benar, sembahyang hajat mereka yang diterima Allah, merekalah yang Islam sebenar.. itulah yang akan dimainkan selepas ini, sama-sama kita tunggu..

Sedangkan kita jangan lupa, bagaimana dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Sivakumar atas pergantungan Zambri dengan 6 Exconya, dengan seberapa segera keputusan keluar arahan menghalang segala tindakannya.

Berita TV3 jam 8 malam tadi pun ada menyiarkan keputusan tersebut pada 9 Feb , kenapa TV3 sibuk nak mewar-warkan kalau tak bersebab, siap bagi nasihat kepada sesiapa yang kalah terimalah keputusan dengan hati terbuka.

Apa pun kita sama-sama tunggu keputusan yang tinggal beberapa jam sahaja lagi..jika ditakdir Allah kita menang, Alhamdulillah, dan jika sebaliknya pun kita terimalah, ada hikmah disebalik tersebut.. bersedialah kita dari sekarang untuk PRU13 nanti, lawan tetap lawan..

Saturday, February 6, 2010

Keputusan 9 Feb 2010 - UMNO dah mula kempen...


Salam Sejahtera...

Hari ini 6 Feb 2010, kurang dari 50 jam dari sekarang, satu lagi detik bersejarah akan berlaku, pusingan pertama di mahkamah tinggi Nizar Menang, Sorang saja hakim nya, pusingan kedua di mahkamah rayuan Zamri Mamak (menang) 3 orang hakim , 3 - 0, apakah keputusan 9 Feb nanti, hari Selasa..,


Cuba perhatikan gambar ini, budak kecil yang didokong ibunya
itu nampaknya terlalu takut, dengan siapakah yang ia takut tu..

Nampaknya, Zambri Mamak pun dah gelabah puyuh, hari ini saja dibuatnya program sembahyang hajat di kediaman menteri besar, habis semua pegawai Masjid dari negeri Perak di kerah hadir untuk sembahyang hajat, siap guna JAIP lagi tu..., oii salah guna kuasa dah tu,, itu program peribadi,,,,

Hari ini juga satu program bersama bekas tentera akan di adakan di Ipoh, oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi, apakah ini pun sebagai strategi nak membantu UMNO, sama-sama kita tunggu, dari Manjung sahaja 4 buah Bas dari TLDM disediakan kepada sesiapa yang berminta nak pegi, terbentang banner dihadapan masjid Daerah Manjung menjemput bekas tentera...

Dan lagi satu terkejut aku bila buka BH Online, ada 7 berita semua hal UMNO & Zambri, ini umpama package 3 dalam 1, satu daripadanya nak bagi tau dah setahun mereka merampas kuasa dan memerintah secara haram, oii haram, bila haram sama aja dengan makan babi, sebab babi tu pun haram...,

Ini berita pertama, oii panjang berjela ceritanya, berita kedua bab ni ampu bodek sang mamak, berita ketiga cerita dari Exco dan penasihat 25 persen, berita keempat ni ia cilok dari idea kerajaan PR yang lalu, berita kelima hal ehwal ekonomi lagi, berita keenam tunaikan janji kononya, berita ketujuh hai mengenai orang asli,, ini di berita harian.

Di Utusan hanya satu sahaja, Di SINI, hairan pulak aku, kenapa satu sahaja, tak ada kerjasama ka antara BH dengan UM.

Jadi nampaknya apakah UMNO pun sedikit sebanyak cuak juga atau sengaja berbuat demikian sebagai satu lakonan supaya perbuatan mereka tidaklah ketara sangat, seolah-olah mereka pun takut sama, sedangan keputusan dah ada dalam kepala otak, cuma nak diistiharkan sahaja.

Apa pun keputusan 9 Feb selasa ini, hanyalah dengan kuasa Allah yang maha besar jua, kita hanya berserah kepada nya dan masih ada peluang dengan berbanyaklah berdoa dan sembahyang hajat, moga-moga kemenangan diberikan kepada yang haq.

Monday, February 1, 2010

Saya Bukan Takut...

Salam sejahtera...

"Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini,". Seterusnya.

Nampaknya MB Mahkamah Rayuan semakin hari semakin bongkak sambil nak memperbodohkan Ds IR Nizar dengan mencabar 28 ADUN PR letak jawatan dan mengadakan PRK semula....

Apakah si MB Haram ni buat-buat tak tahu atau memang bodoh piang aku tak pasti, Kalau dah letak jawatan macam mana nak bertanding balik, kena tunggu 5 tahun selepas tu baru boleh bertanding..., oii pandai nak mengenakan orang ya..., memang dasar mamak betuii...

Dari segi gaya cakapnya, seolah-olah keputusan mahkamah persekutuan 9 Feb ini akan berpihak kepadanya, teringat kembali komen Ustaz Wan Tarmizi dalam kuliah magribnya minggu lepas, belum ada lagi dalam sejarah institusi kerajaan termasuk badan kehakiman yang memalukan Istana. Jika mahkamah Persekutuan berpihak kepada Zambri ini beerti Undang-undang yang termaktub dalam negara menghalalkan rampasan kuasa dalam negara Malaysia.

Apa pun semuanya ini dengan Izin Allah jua, jadi marilah kita sama-sama memohon kepada Allah, supaya dikembalikan Jawatan MB Perak itu kepada yang hak..Amin.

Friday, January 29, 2010

Virus Sindrom Gesa Letak Jawatan Menular Kepada UMNO.

Salam Sejahtera..

Kesian...., Kesian..., Kesiannn...., kenapa kesian?,,, kesian .., kesian sungguh kat mamat sekoq ni,,,,

Apa tidaknya, ia dok sibuk mensasarkan mencari ahli baru golongan muda untuk parti UMNOngok, kononnya dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pucuk pimpinan parti itu.
Berita Selanjutnya

Tetapi itulah budaya UMNOngok, adakah anak buahnya tak reti bahasa, atau pun sengaja buat-buat ngok entahlah,

Apa tak Ngoknya, barisan Exco mahukan si mamat ni sebagai Ketua pemuda meletak jawatan ... apa tak percaya?.... Betui ma... Lu boleh baca SINI


Fui yooo... selupa MCA maa,,,,. PPP pun itu macam juga,....

Ha ha inilah salah sorang blogger yang menjadi musuh nombor wahid menentang Khairy sebagai Ketua Pemuda....

Aku tak kenal siapa dia ni,, tapi inilah mangkok yang selalu dok maki hamun kat Nizar dan pimpinan PAS, dia nilah....

Hangpa perati betui-betui.., ada rupa melayu ka dia ni... tu pun jangan dok apa-apa, dia dok perasaan yang UMNO parti dia..., masaalah betui kalau manusia yang dah gila kemudian tak kenai asal usul diri sendiri,,,.

Pasai apa dia ni jadi macam ni,,,, ha ha.. dia dok nampak dah, geng spesis dia pun dah jadi MBH Perak, ...

Oii Orang Melayu UMNO... tolong celik mata sikit, yang hangpa dok jerit melolong siang malam macam nak rak dengan ketuanan Melayu, melayu, melayu.., MB Haram Perak tu apa cerita....., jadi kalau hang nak orang Melayu, sama-samalah pakat doakan keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan agar DS IR Nizar sebagai MB Perak pada 9 Feb 10 nanti....




Tuesday, January 26, 2010

Keputusan 9 Feb 2010 - Siapa yang ...?

Salam Sejahtera..

Pada 9 Feb 2010 nanti, rakyat Perak dan rakyat Malaysia yang mencintai keadilan mungkin tertunggu-tunggu apakah keputusan dari panel 5 orang hakim mahkamah persekutuan tentang siapa MB Perak.

Setelah setahun 4 hari UMNO merompak dari PR tampok pemerintahan Negeri Perak, apakah masih ada peluang buat IR Nizar?

Kalau pada pemikiran bodoh aku, hanya 15% sahaja berpihak pada Nizar, 85% lagu ghuyup...., sebab apa! Jawapan paling mudah dan senang... Kalau Hukum Al-Quran yang terang dan nyata pun UMNO secara terang dia tolak mentah-mentah, inikan undang-undang perlembagaan yang manusia sendiri buat, tak ada hal punya...

Sifat manusia yang bekerja dengan kerajaan di Malaysia, sewaktu pangkat rendah, OK , telus dan ada intergriti, bila aja dah diberi kedudukan pangkat tertinggi, apa akan jadi telus lagi atau tidak, di mana kiblatnya selepas kenaikan pangkat tertinggi, begitu jugalah dengan hakim-hakim kat Malasyia ni pun, setakat mahkamah stesyen dan mahkamah tinggi, OK...., bila pi kat mahkamah rayuan, dan persekutuan dah jadi lain,

Ingat lagi tak bagaimana keputusan mahkamah persekutuan menghalang arahan Speker Sivakumar menggantung Zambri dan 6 EXCOnya, sedangkan secara terang keputusan Speaker tak ada mana-mana mahkamah pun boleh menghalangnya.

Bermacam-macam risiko yang bakal menunggu jika Nizar memenangi semula Jawatan MB. segala kerja-kerja dan kelulusan yang dilakukan oleh Zambri dan EXCOnya bagaimana, Valid atau tidak, Tunggakan gaji dan Elaun NIZAR dah tentu, silap-silap jawatan 8 orang EXCO lagi, dan yang paling tak tahannya bagaimana dengan air muka bekas Ketua Hakim Negara....

Kemudian satu hal yang besar lagi, jika Nizar memenangi MB semula ialah janji Nizar mahu bubarkan DUN Perak, ini salah satu membuat UMNO kecut teloq, suasana keadaan politik dan ekonomi semasa yang tidak berpihak kepada UMNO, kemenangan Isa samad di DUN Bagan Pinang tempohari pun entah berapa puluh juta RM mereka taburkan, inikan pula satu negeri Perak yang mempunyai 51 kerusi, oii banyak tu..., mana nak cari enjin jet pejuang TUDM lagi nak curi jual,, Nak jual pasir, pun dah pecah lubang dah... kalau yang ada pun hanyalah syarikat-syarikat 4D, Magnum, Genting dan TOTO yang setia membantu UMNO.

Itu semua hanyalah imiginasi ku sahaja, dari sekarang kita masih ada lebih kurang 13 hari untuk ke tarikh tersebut, sama-samalah kita berdoa, bermunajat memohon pada Allah S.W.T memberi kekuatan kepada 5 orang Hakim untuk membuat keputusan yang tepat. Apa pun keputusan dari hakim-hakim itu, kita terimalah ini sebagai ketentuan Allah, DS IR Nizar dan teman-temannya dah pun berusaha sedaya upaya, Apa pun keputusan ada hikmah disebaliknya.



Saturday, January 16, 2010

Yang Mana satu - Ngigau, Nyanyok, Lupa, Merapu dan lain-lain lagi..

Salam sejahtera..

Sebagai oarang No 1 dalam perundangan negara, aku hairan kenapa ia boleh bercakap sebegitu rupa...

Padanlah dalam parlimen Karpal Singih tak habis-habis mahukan orang no 1 ini dipecat sahaja...

Pelantikannya pun kira lain dari yang lain..., tu yang dok keluar kenyataan dalam keadaan sedar atau pun tidak.. wallah hu aklam. Baca di Di SINI.

Apakah ia tak tahu atau tak diberitahu atau sengaja buat-buat tak tahu atau tak mau nak mengambil tahu sampai bila kes MB Perak nak diberi keputusan oleh Mahkamah Persekutuan... Oii mahkamah Persekutuan..

Apakah kenyataan yang dikeluarkan itu hanya membaca skrip....








Wednesday, September 30, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kes Nizar.. Tangguh lagi...

Rayuan Mohammad Nizar 5 November.

30/09/2009 3:01pm

PUTRAJAYA 30 Sept. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 November ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perisytiharan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pada tarikh itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff akan mendengar tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh peguam bela Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.-Utusan

Komen: kalau semalam kes Speaker Sivakumar yang ditangguh, tetapi hari kes Nizar pula... apakah dengan keputusan kes akan mempengaruhi PRK Bagan Pinang..nampaknya kes krisis Negeri Perak ini dipermain-mainkan oleh pihak tertentu dengan menggunakan mahkamah... tangguh punya tangguh sampai PRU13,, segala hasil mahsul negeri Perak dah habis di rompak oleh UMNO dan suku sakatnya....apa yang tinggal lagi untuk rakyat.....gigit jari.....

MAMPOS UMNO!!! Ameen..

Thursday, April 16, 2009

Cadangan Buat Pakatan Rakyat Perak!!!



Keputusan Mahkamah dah keluar.. keputusan memihak kepada BN yang sah dan terang merompak kerajaan negeri Perak di siang hari, aku tak tau bagaimana kelima-lima Hakim tu menilai undang-undang yang ada.. ATAUPUN.....!!(hANGPA SENDIRI nILAILAH!!!!)

Apa pun kita rakyat Perak masih ada lagi tempat mengadu yang satu, hanya pada Dia kita memohon segala-galanya. Insyaallah, kalau dah ditetapkan di azali yang kita hanya merasa 11 bulan kita kena terimalah, tetapi usaha terus dijalankan sehinggalah keputusan terakhir..

Apa pun bila mendengar ucapan ketua panel peguam Haji Sulaiman Abdullah, terasa masih ada lagi peluang dan kelegaan, jalan dan peluang yang boleh dilakukan, nampak tenang beliau memberi penjelasan, itulah orang yang beriman dan mengamalkan sunnah Nabi, moga-moga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada beliau untuk meneruskan kerja-kerjanya untk membantu kerajaan PR Perak.

Apa pun aku ada satu cadangan, tak tau boleh ke tidak..sebab aku pun bukannya tau undang-undang pun, cuma sekarang ni semua pihak menggunakan saluran kepada mahkamah untuk mengesah atau membatalkan undang... Kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh mencuba lagi satu peluang kepada mahkamah untuk disemak semula, iaitu keputusan dari persidangan bawah pokok pada 3.3.09 yang lalu, iatu keputusan membubarkan DUN, sekarang keputusan tersebut di diamkan oleh pihak Istana.. apakata kes ini bawa kemahkamah minta semakan semula, sah atau tidak, Sidang tersebut.... disamping itu minta mahkamah menghalang Sidang DUN yang dicadangkan oleh Zambri pada 7-9 Mei depan. 

Mana tau Sidang tersebut SAH maka secara tidak langsung DUN dah terbubar... Pilihanraya kita..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari