boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Nizar VS Zambri. Show all posts
Showing posts with label Nizar VS Zambri. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Muktamar PAS - Berita terkejut pagi minggu...

Salam sejahtera...




Kenapa simalaon tu nak terkejut pulak..... terkejut atau terkedu ketakutan....

Lagi sekali tahniah buat perwakilan PAS, kerana bijak mempergunakan hak anda sebagai pemilih,,,

Memang sepatutnya Nizar tidak boleh diberikan jawatan tertinggi PAS Pusat, sebab beliau ada tugas atau misi yang lebih besar, iaitu mengambil balik negeri Perak ke pangkuan Pakatan Rakyat...

Jadi mamak pedukang ni dah dapat rasa, dah mula terketar-ketar jadi terkejut.... tunggu saja PRU13.....


Tuesday, February 9, 2010

Rakyat Boleh Bangun Menentang Keputusan Mahkamah..

MB Perak: Rakyat boleh protes dengan cetus kebencian, kata Nik Aziz

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 9 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak salah jika rakyat memprotes keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang berpihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kes pertikaian mengenai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau membuat kenyataan itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kebenaran terhadap penggunaan kalimah Allah bagi penerbitan majalah mingguan The Herald, juga mendapat tentangan secara habis-habisan daripada kalangan pihak tertentu dengan mengadakan bermacam-macam demonstrasi baru-baru ini.

“Situasi itu adalah satu situasi baru dalam Malaysia di mana beberapa pihak tertentu bangkit menentang keputusan mahkamah dalam isu penggunaan kalimah Allah. Berdemonstrasi, lengkap dengan gambar, lengkap dengan kata-kata menentang keputusan mahkamah.

“Orang yang demonstrasi menentang keputusan itu bukan dibuat oleh sebarangan orang, orang kenamaan. Jadi situasi begini boleh ditiru oleh rakyat.

“Oleh yang demikian bila mahkamah berkeputusan memihak pada Zambry pada hari ini, maka rakyat boleh menentang keputusan ini walaupun tidak dengan demonstrasi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Dewan Harian di kediaman rasminya di JKR 10 petang ini.

Sebaliknya kata Nik Aziz (gambar) penentangan itu boleh dibuat dengan cara menimbulkan rasa benci dalam hati rakyat terhadap keputusan tersebut memandangkan keupayaan Zambry menduduki kerusi nombor satu negeri Perak dianggapnya melalui proses kudeta, bukan pilihan raya.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Nizar setelah berpuas hati Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.


Sumber :themalaysianinsider.


Komen : Bagi aku ini baru pemimpin bertaraf MB yang berjiwa kental, bukan macam MB parti aku yang sorang lagi minta menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka..

Senyuman Kemenangan...Betui Punya..Bukan Lakonan..

Salam..... Jangan tak salam ...., senyum ....jangan tak senyum, sengih lama-lama sikit, ..., tak sujud syukur kalau Allah dah bagi kemenangan tu....



Buat Pengkomen haji jamaludin, komen tuan haji...

1 Comment

Close this windowJump to comment form
Anonymous hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Allah SWT telah penuhi hajat MB Zambry dengan juak juaknya ,ini bermakna DS Nizar wajib hormati keputusan Mahkamah dunia.Saya ulangi Allah SWT telah kabulkan doa MB Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak .
DS Nizar tolong lah jangan buat perkara yang bodoh , DS Nizar wajib terima kehendak Allah SWT . Buat kerja yang di amanahkan oleh rakyat baik di ADUN mahu pun di Parlimen .DS Nizar hentikanlah impian untuk menjadi Menteri Besar Perak . Buat kerja menjadi wakil rakyat di ADUN dan Parlimen kawasan yang dimenangi DS Nizar .DS Nizar tolonglah buang jauh jauh impian untuk menjadi Menteri Besar Perak .Allah SWT telah pilih Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak . Jangan lawan keputusan Allah SWT . Allah SWT lah yang mencipta alam semesta dan seisinya . Jangan melawan kehendak Allah SWT . DS NIzar wajib terima hakikat ini . Jangan dok layan lagi kerenah atau batu api DAP . DS Nizar katakanlah kepada pihak DAP bahawasanya Allah SWT telah penuhi hajat Zambry menjadi Menteri Besar Perak . So DS Nizar turun padang dan buat kerja yang diamanahkan kawasan DS Nizar . Dan jangan lupa DS Nizar buat sholat taubat kalau boleh. Dan dambinglah isteri dan anak anak DS Nizar mulai sekarang , hentikanlah impian untuk Menjadi Menteri Besar Perak. hj jamaludin

February 9, 2010 3:58 PM

Aku nak tanya satu saja soalan bodo buat Al Fadil Tuan Haji Jamaludin? Apakah Kerajaan Haram Israel di Palestine itu benar kerana mereka sentiasa Allah memberi kemenangan berbanding dengan Hamas sehingga kini Hamas belum lagi mencapai kemenangan..



Monday, February 8, 2010

Senyuman Kemenangan...

He he belum apa-apa lagi dah senyum meleret,, dah tahu keputusan ka....

Pandai ia berlakon,,, ya,,, sembahyang hajat dah buat, atau saja buat-buat....


Buat Ampatuan Jr dan Pencacai UMNO..

Salam Sejahtera...


Semalam hari minggu semenjak dua tiga bulan yang lepas aku berada dalam sedikit kesibukan dunia..., jadi tak dapat nak bagi tumpuan pada blog ketika hari cuti...



Masing-masing kusyuk berdoa, Tok Mufti pun kusyuk,
Sang Mamak pelikat merah pun juga kusyuk,
benarkah mereka kusyuk, Wallah huaklam,,,

Jadi semalam aku cuma buat isu MB Haram Zambri buat sembahyang hajat, bila aku selitkan dua ayat Al-Quran yang ada hubung kait dengan manusia di Malaysia ini, sorang pun wakil pencacai UMNO tak ada nak komen.... kenapa diam, senyap sunyi seketika..., begitu dulu juga ada sekali selepas saja isu krisis MB Perak, aku syorkan Nizar dengan Zambri sama-sama adakan sembahyang hajat di satu tempat seperti di Stadium attau sebagainya, minta petunjuk dari Allah kepada sesiapa yang dia kehendaki, seperti mana zaman Rasullulah mencabar puak kafir melakukan perkara tersebut, samalah juga, pakat diam tanpa apa-apa komen dari pencacai UMNO..

Bila malam tadi sengaja aku buat posting lebih kurang cerita yang sama, mengatakan Zambri akan menang besok,,, puhh, terus aja masuk komen pencacai UMNO,,

Anonymous said...

Lawan tetap lawan, dalam pru 12 yang lalu rumah aku 4 orang undi PAS bagi pabad nizar. Tapi next pilihanraya , tak kira la masa terdekat ke, pru 13 ke, yang konform dah bertambah sorang lagi yang boleh mengundi.. maka akan jadi lima oranglah yang dapat mengundi. Maka kesimpulan nya dapat lah meramaikan lagi undi tersebut kepada calon BN akan datang. Calon BN tau, tak kira la keling ke cina kapir ke, aku tetap dengan BN. Amin

February 8, 2010 12:25 AM

Delete
Anonymous matkambing said...

keputusan yang akan diketahui padaaka selasa ini sangat menggusarkan najib. jika pr menang akan diadakan pilihanraya dun,jika sebaliknya bermakna rampasan kuasa yang dipersetujui oleh raja atau agong adalah sah disisi undang-undang. diberitakan ada sekumpulan pemimpin umno yang mahu menyingkirkan najib melalui cara ini akan mengadap agong pada bulan ini!

February 8, 2010 12:33 AM

Delete
Anonymous Ampatuan Jr said...

Kadang2 Allah menduga umatNya lebih dpd apa yg terdaya mereka,betul kata komer,redha lah dgn apa yg berlaku,percayalah kpd Qada' & Qadar,orang Islam wajib percayakan?...alangkah baiknya kalu brader Anwar pun sehaluan dgn komer terima apa yg terjadi sbg kehendak Allah yg mempunyai hikmahnya yg tersendiri.Tak lah negara ni jadi huru hara sekarang.Dalam hal ini komer nampak ceredek sikit dpd si Anwar tu.Tapi teman heran jugak,sebelum ni komer bukan main lagi berdedor-degor nak tegakkan Kerajaan Cina DAP kat Perak,tapi akhir2 ni nampak asyik mengalah jer...udah penat bebenor ke? Hehehe...

February 8, 2010 3:17 AM

Delete
Anonymous Anonymous said...

kepada ampatuan, mahu tak mengalah sekarang ni, daging babi yang dap kasi makan pada deme deme ni dah meresap dalam tubuh badan deme. tu yang dok dengar sangat cakap pemimpin dap tu.

February 8, 2010 10:57 AM

Delete

nampak atau tidak...inilah budaya melayu UMNO, malas aku nak lebel apa-apa kepada mereka, moga-moga harapan aku biarlah Allah memberikan mereka ini hidayah dan petunjuk mana satu yang haq dan mana satul yang batil.

Sunday, February 7, 2010

Keputusan Mahkamah Persekutuan - Selasa 9 Feb 10, Zambri akan Menang..

Salam Sejahtera...

Kalau ahli jemaah dan penyokong PAS mengadakan program sembahyang hajat di seluruh Malaysia pada malam Jumaat lepas, dan ramai lagi ahli-ahli dan penyokong PAS berterusan mengadakan sembahyang hajat, memohon pada Allah memberika kepada yang hak jawatan MB Perak.

Maka sekonyong-konyong disebelah UMNO pun mereka juga bersembahyang hajat, dengan kuasa yang ada maka dikerah semua Pegawai Masjid Seluruh negeri Perak dengan melalui arahan daripada JAIP datang ke kediaman MB Perak meramaikan jemaah untuk bersembahyang hajat.

Apakah program itu bermakna Zambri pun takut dengan keputusan pada 9 Feb nanti, Tidak.. Itu hanyalah lakonan semata-mata, kononya mereka pun bermohon pada Allah untuk kemenangan tersebut.

Bagi aku keputusan mereka dah tahu sudah, program sembahyang hajat hanyalah ingin memberi tahu, merekalah yang benar, sembahyang hajat mereka yang diterima Allah, merekalah yang Islam sebenar.. itulah yang akan dimainkan selepas ini, sama-sama kita tunggu..

Sedangkan kita jangan lupa, bagaimana dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Sivakumar atas pergantungan Zambri dengan 6 Exconya, dengan seberapa segera keputusan keluar arahan menghalang segala tindakannya.

Berita TV3 jam 8 malam tadi pun ada menyiarkan keputusan tersebut pada 9 Feb , kenapa TV3 sibuk nak mewar-warkan kalau tak bersebab, siap bagi nasihat kepada sesiapa yang kalah terimalah keputusan dengan hati terbuka.

Apa pun kita sama-sama tunggu keputusan yang tinggal beberapa jam sahaja lagi..jika ditakdir Allah kita menang, Alhamdulillah, dan jika sebaliknya pun kita terimalah, ada hikmah disebalik tersebut.. bersedialah kita dari sekarang untuk PRU13 nanti, lawan tetap lawan..

Monday, February 1, 2010

Saya Bukan Takut...

Salam sejahtera...

"Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini,". Seterusnya.

Nampaknya MB Mahkamah Rayuan semakin hari semakin bongkak sambil nak memperbodohkan Ds IR Nizar dengan mencabar 28 ADUN PR letak jawatan dan mengadakan PRK semula....

Apakah si MB Haram ni buat-buat tak tahu atau memang bodoh piang aku tak pasti, Kalau dah letak jawatan macam mana nak bertanding balik, kena tunggu 5 tahun selepas tu baru boleh bertanding..., oii pandai nak mengenakan orang ya..., memang dasar mamak betuii...

Dari segi gaya cakapnya, seolah-olah keputusan mahkamah persekutuan 9 Feb ini akan berpihak kepadanya, teringat kembali komen Ustaz Wan Tarmizi dalam kuliah magribnya minggu lepas, belum ada lagi dalam sejarah institusi kerajaan termasuk badan kehakiman yang memalukan Istana. Jika mahkamah Persekutuan berpihak kepada Zambri ini beerti Undang-undang yang termaktub dalam negara menghalalkan rampasan kuasa dalam negara Malaysia.

Apa pun semuanya ini dengan Izin Allah jua, jadi marilah kita sama-sama memohon kepada Allah, supaya dikembalikan Jawatan MB Perak itu kepada yang hak..Amin.

Sunday, August 9, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Haram ,,, Halal..

Salam Sejahtera....

Pagi minggu ni macam ni apa kata kita relax-relax minda..
Kechoh seketika bila MB Aku memegang lilin sewaktu acara menghormati mendiang Teoh, sehinggalah keluar fatwa dari SS Mufti haram katangnya... sikit-sikit haram, sikit haram.. pasalnya bukan orang UMNO....Kena macam mamat sorang ni... pakat diam belaka.. Haruss.........sani...

Waktu replika DSAI diBatu Cave... oiiii kechon se Malaya... haram juga........

Replika mamat ni macam mana?!!!... OOOO harusss... pemimpin no1 Negara.... 1Malaysia.

Monday, May 11, 2009

Apakah Akan Jadi selepas Ini...


Salam Sejahtera!!

Syukur Alhamdullillah...

Pada jam 3.40 ptg tadi.. Allah telah memberi sedikit kekuatan kepada kita semua setelah kita diperlakukan dengan sikap kebintangan UMNO selama ini... 

Cuma aku nak tengok APA KATA ZAMBRI mb haram... kalau ada maruah hari ini juga hang letak jawatan... Jangan nak berdalih apa-apa lagi......
Jangan kata Mahkamah Tak Adil pulak....Sila letak Jawatan...

Buat Tuanku Sultan... Janganlah nak difikirkan apa-apa lagi buat parti UMNO... Bubarkan DUN untuk memberi peluang kepada rakyat Perak membuat keputusan.....

Alhamdullillah..

Takbir....Allah Huakbar..

Takbir....Allah Huakbar..

Takbir....Allah Huakbar..

Mahkamah Dah Istihar DS IR Haji NIzar MB yang Sah...

Terima kasih Hj Amin...Terima Kasih Mat Comot yang sudi melaporkan pada aku dari Mahkamah.

Tuesday, April 28, 2009

Nizar VS Zambri.. Peluang masih ada buat DS IR Nizar

Salam Semua.. 
Insyallah, sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T memberi kekuatan dan hidayah kepada 5 orang hakim yang mengadili kes Nizar VS Zambri yang mana telah mengarahkan kes tersebut dibawa ke mahkamah tinggi semula.
Terima kasih juga buat Tuan Haji Sulaiman Abdullah selaku ketua Peguam dan pembantu-pembantunya yang sedaya upaya memastikan kemenangan berada di pihak PR.
Senyuman di wajah DS IR Nizar masih ada.. apakah senyuman ini akan berterusan sehingga hakim memutuskan MB Perak yang sah ialah Dato Seri IR Mohammad Nizar bin Jamaluddin. Insyaallah.

Wednesday, April 22, 2009

NIZAR VS ZAMBRI



Besok Insyaallah, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan kes NIzar menyaman Zambri mengenai kesahihannya sebagai Mb Perak yang dilantik oleh Sultan Azlan...
Nampaknya Zambri dah dapat bayangkan akan kekalahannya.. itu pasal dia dah memfailkan notis kepada Mahkamah Persekutuan mengenai kesahihannya sebagai MB..
Cerita lanjut ada Di Sini dan juga Di sini. Ha ha ha kan dah susah.. terpaksa turun naik mahkamah, sampai bila nak selesai..tau-tau PRU13... yang letih dan susah kami rakyat Perak..
ADALAH LEBIH BAIK BUBARKAN SAJA DUN PERAK... KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT.. BIAR RAKYAT MEMBERI RESTU SIAPA YANG AKAN MENJADI KETUA NEGERI PERAK..!!!!!!!!.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari