boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, February 9, 2010

Rakyat Boleh Bangun Menentang Keputusan Mahkamah..

MB Perak: Rakyat boleh protes dengan cetus kebencian, kata Nik Aziz

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 9 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak salah jika rakyat memprotes keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang berpihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kes pertikaian mengenai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau membuat kenyataan itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kebenaran terhadap penggunaan kalimah Allah bagi penerbitan majalah mingguan The Herald, juga mendapat tentangan secara habis-habisan daripada kalangan pihak tertentu dengan mengadakan bermacam-macam demonstrasi baru-baru ini.

“Situasi itu adalah satu situasi baru dalam Malaysia di mana beberapa pihak tertentu bangkit menentang keputusan mahkamah dalam isu penggunaan kalimah Allah. Berdemonstrasi, lengkap dengan gambar, lengkap dengan kata-kata menentang keputusan mahkamah.

“Orang yang demonstrasi menentang keputusan itu bukan dibuat oleh sebarangan orang, orang kenamaan. Jadi situasi begini boleh ditiru oleh rakyat.

“Oleh yang demikian bila mahkamah berkeputusan memihak pada Zambry pada hari ini, maka rakyat boleh menentang keputusan ini walaupun tidak dengan demonstrasi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Dewan Harian di kediaman rasminya di JKR 10 petang ini.

Sebaliknya kata Nik Aziz (gambar) penentangan itu boleh dibuat dengan cara menimbulkan rasa benci dalam hati rakyat terhadap keputusan tersebut memandangkan keupayaan Zambry menduduki kerusi nombor satu negeri Perak dianggapnya melalui proses kudeta, bukan pilihan raya.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Nizar setelah berpuas hati Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.


Sumber :themalaysianinsider.


Komen : Bagi aku ini baru pemimpin bertaraf MB yang berjiwa kental, bukan macam MB parti aku yang sorang lagi minta menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka..

4 comments:

  1. Babi betul la nik aziz ni, rakyat dok komplen pasal guna kalimah allah di gereja la babi....

    yang nak pertikai tu nape,,, memeng jenis babi betul la ,,,

    nak pertikai pertikai lah babi babi sekeliann

    ReplyDelete
  2. logik-logik why not... kalau penggunaan perkataan Allah boleh takkan yang tak leh kot

    ReplyDelete
  3. salam tuan MM,
    ttg bab ni aku nak komplen hang punya komen ttg MB aku DS Azizan. Dari dulu lg aku dok tengok hang punya perangai mmg pelik...semua pimpinan selain Tok Guru serba tak kena pada hang. Gambaq pimpinan yang hang tak suka hang terbalikkan...memang hang ni tak ada adab berjemaah betul la...apa la malangnya dapat ahli macam hang ni...merosakkan parti saja
    Kenyataan DS Azizan supaya terima hati terbuka itu maksudnya dah kita bawa kes ke Mahkamah, kita kena la terima keputusan yang dibuat...cuba kita tengok bijaknya Tok Guru Nik Aziz, dia dah tahu mahkamah kita sekarang tak boleh diharap, maka dia tak bawa kes itu ke Mahkamah...aku harap walaupun blog ni hang punya dan hang boleh buat apa saja, jaga la nama jemaah Islam...buangkan gambaq2 tebalik tu...orang UMNGOK tengok gelak ja sebab dalam PAS sendiri pun ada manusia yang jenis depa jugak...wassalam...cuba hang ulas sikit bab ni

    kalajengking10

    ReplyDelete
  4. kalajengking10. aku sokong la cara hang tulih ni. Hang ni aku anggap hero la pada hang. Manjung mari,,,, ha jawab la kalau berani dan ada teloq, tak kan asyik kata kat zambri je tak dak teloq

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari