Rais setuju Anwar perlu lepas jawatan ketua pembangkang
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.
Beliau berkata, negara sudah banyak melihat kes apabila mereka yang menghadapi pertuduhan di mahkamah meletakkan jawatan seperti Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai menteri beberapa tahun dulu dan juga penjawat awam lain apabila menghadapi tuduhan di mahkamah.
"Daripada segi keluhuran undang-undang atau perimbangan hak asasi, sebaik-baiknya seseorang yang pegang jawatan sama ada sebagai Ahli Parlimen, ketua pembangkang, menteri atau anggota pentadbiran harus meletak jawatan dulu dan menghadapi dakwaan yang dikemukakan padanya.
"Pandangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berbuat demikian bukan sahaja memenuhi tuntutan perimbangan kesejagatan undang-undang, tetapi juga dari segi prinsip perjuangan beliau sendiri sebab beliau banyak berhujah tentang keadilan sosial dan masyarakat madani,” kata Rais ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai perkara itu.
Laporan Utusan Malaysia itu memetik pandangan ahli akademik yang berkata, Anwar perlu melepaskan jawatan itu dan digantikan sama ada oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar mereka boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan Rakyat kerana Anwar perlu banyak masa mempersiapkan diri menjalani prosiding mahkamah. – Bernama
Komen: Tahniah lah buat UMNO Jelebu dapat Menteri tahap bangang melampau.....
Kalau rasi banggang, maka kau sebagai ada stpm je,,, tak tahu lah apa gelaran banggang kau ni, semua ada banggang ++++++++++++ la.. kau ni kan aku sumpah jugak jadi katak macam cerita ibu mertua ku, atau sumpah jadi macam katak ibrahim ali..sebab kau suka sangat sebut ibrahim ali..
ReplyDeletesuda la anon 6.02pm... toksah meroyan kat sini..
ReplyDeleteanon 11.46 apa kurang nya kau, klu setakat cacai nizar dan manjung mari je,, khaik ptuhiiiiiiiiiiii
ReplyDelete