Haram Jadah 1Malaysia- Haram Jadah 1Malaysia

Saturday, June 2, 2012

Penyanyi wanita era 70 han berhasrat jadi AP untuk perjuangkan akidah Islam

Kalau generasi peringkat anak-anak aku mungkin tak mengenali penyanyi popular ni, waktu aku sekolah menengah suara lunak lemak merdunya sentiasa ada dicorong radio...... 


He he ,, hangpa jangan ingat dia ni Penyanyi dan pelakon iklan Adibah Noor,,, agak-agak serupakan...


Berita kisahnya aku petik dari Berita Harian Singapura...

Emilia berhasrat jadi AP untuk perjuangkan akidah Islam

JAKARTA: Penyanyi tahun '70-an dari Indonesia, Emilia Contessa (gambar), berkata penglibatannya dalam arena politik akan membuka ruang untuk beliau bergelar Ahli Parlimen pada pilihan raya Indonesia, yang dijadualkan pada 2014.
Beliau berkata, hasratnya adalah bagi memperjuangkan hak dan akidah Islam di negara itu agar tidak terus tercemar dan berharap usahanya akan mencapai kejayaan.
"Saya sudah 13 tahun berjuang dalam politik. Malah, saya pernah kalah ketika pengundian tetapi saya tidak pernah patah semangat.
"Hasrat saya memang tinggi menggunung untuk memperjuangkan akidah umat Islam di Indonesia," kata Emilia, 55 tahun, lapor mStar Online.
Emilia, yang mewakili parti Persatuan Pembangunan iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak masyarakat Islam Indonesia, berkata penglibatannya dalam politik telah membataskan kerjayanya dalam bidang seni.
Ujarnya, ia disebabkan beliau perlu berkempen ke serata tempat mencari pengaruh yang memaksanya menolak banyak undangan persembahan pentas.
"Saya amat bersyukur pada ketika ini saya masih mendapat banyak undangan menyanyi tetapi saya tidak dapat memenuhi semuanya kerana saya aktif berpolitik.
"Saya juga meninggalkan terus dunia lakonan," jelasnya yang pernah popular dengan lagu Penasaran, Bunga Mawar, Rindu, Mungkinkandan Kehancuran.
Walaupun tidak terlalu aktif dalam bidang seni, beliau sentiasa memperuntukkan masa satu jam sehari untuk mengasah vokalnya dengan menyanyi sambil diiringi piano.
Menurutnya, latihan tersebut mampu membuatkan seseorang itu mengekalkan kelunakan suara masing-masing walaupun ketika usia sudah lanjut.
Menyentuh mengenai kisah peribadi, Emilia yang pernah tiga kali berumah tangga berkata suami ketiganya adalah seorang duda, yang juga ahli politik berketurunan Arab iaitu Encik Ussama Muhammad Al Hadar.
Hasil keseluruhan perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat anak.
Salah seorang daripada anaknya iaitu Denada Elizabeth Anggia Ayu, yang merupakan penyanyi rap di Indonesia.


Bersangka baik dan berlapang dadalah kita dengan niat murninya..lagi pun kisah ni berlaku di Indonesia... Kalau di Malaysia macam bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Jati... tobat lahum aku tak percaya dengan apa yang dia sebutkan.... 

Mungkin kisah lama penyanyi ini timbul kesedaran,,, ikut sejarah, perkahwinan kali pertamanya dengan lelaki Kristian, dan dia ikut sama jadi kristian seketika... 

Teringat kembali satu lagu yang ia sampaikan, senikata lagu cukup baik, dan mungkin ada kena mengena dengan dirinya sendiri...


Blogger Yong suka kuning agak-agak ingat ka lagu ini.... 







Ini dia seorang lagi pengkhianat negara.. ditemui malam tadi..

Rasanya apa yang berlaku dalam suasana politik PAS terkini sudah cukup baik,, sebelum ini era permulaan PAS diterima selain dari golongan agama adalah terdiri dari golongan profesional, diikut dengan artis, kemudian pegawai kanan angkatan tentera, ketua penjawat awam, pegawai kanan Polis dan terkini malam tadi ditambah seorang lagi.... 

Mantan KSU Kementerian Tanah & Galian Prof. Datuk Dr. Nik Zain Nik Yusof

UMNO kononnya tak kisah semua ini, tetapi dalam tak kisah, sembang-sembang kepada mereka yang berhijrah ini dituduh pengkhianat.... pulak dah....

Insyaallah, jika impian semua pendokong Pakatan Rakyat nak menawan Putrajaya menjadi kenyataan, rasanya dah tak ada masaalah,,,, dah cukup lengkap dah, ini tak termasuk penjawat-penjawat awan dan pembuat dasar kerajaan yang inginkan ketelusan sedia menunggu...

Jadi segala tohmahan Najib dan sekutu pencacainya yang dok berkokok mengatakan jika PR memerintah negara akan huru hara,,,, masyaallah, jangkauan pemikiran mereka melebihi ketetapan Allah, 

Teringat balik apa ungkapan kata-kata mantan TPM Tun Ghafar Baba, selepas PRU 1990, Kelantan hanya bertahan 3 bulan sahaja... namun Kuasa dan keizinan Allah, Negeri Kelantan walaupun ditindas oleh BN dan UMNO, tetapi masih mampu bertahan hingga sekarang... Alhamdulillah....








Friday, June 1, 2012

Lagi gambar-gambar terkini Gelombang Hijau...














Gambar-gambar sekitar Gelombang Hijau ke Putrajaya..
































Senator Amerika Keturunan Yahudi Kunjungai DS Anwar..






SEKARANG DAH JELAS SIAPA SEBENARNYA PENYOKONG YAHUDI!! 

INI FAKTA BUKAN AUTA SIAP BERGAMBAR LAGI TAU!!! TAPI APA PASAL TAK KELUAR DALAM TV3 ATAU UTUSAN FRONT PAGE.? PELIKKAN?

OK KORANG TAHU TAK SIAPA JOHN MC CAIN DAN JOSEPH LIBERMAN? 

MEREKA BERDUA NI SENATOR AS BERDARAH YAHUDI YG PALING PEKAT DN PENYOKONG KUAT ISRAEL LAKNATULLAH.

HARI NI DALAM SEJARAH MEREKA BERKUNJUNG KE PEJABAT NAJIB DAN MENJADI TETAMU VVIP.

DENGAN PERANAN SEBAGAI PELOBI YAHUDI BOLEH BUAT APA SAJA DI DUNIA INI

BAGI AKU TAK KESAH LAH BILA UMNO MEMANG ADA KERJASAMA DENGAN YAHUDI TAPI BAGITAHU LAH PADA RAKYAT CERITA SEBENAR .JANGAN MENIPU.JANGAN TUDUH PIHAK LAIN PULAK.JADI LAH MANUSIA YG NAGKU BERAK TENGAH JALAN, TAIK TU DIA YANG PUNYA.JANGAN MALU..

TAPI YG PELIK NYA LEMBU2 UMNO TERMASUK LIDAH BIAWAK UMNO MATI MATIAN TUDUH DSAI PENYOKONG YAHUDI..

KALAU BENAR MENGAPA 2 SENATOR TU TAK BUAT KUJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DSAI?

UMNO Lumut Keluar dari kejahilan... wakaka...

Tak tau macam mana aku nak kata....  bulan lepas 5 Mei mari dah... 


Hari Ahad ni mai lagi.... tak ceredik lagi orang UMNO Lumut... kesian... 

Klik pada imej untuk besar..



OKlah... kali ini nak keluar dari kejahilan...., Zambry yang sebelum ini terkenal dengan kehebatan ilmunya tak dapat nak ceredikan ahli-ahli UMNO Lumut,, Terpaksa guna penceramah yang dah naik taraf..... Dah dapat gelaran Tuan Guru..... Kesian anak-anak muda.... tak dapat nak main futsal malam tu.....


 




Thursday, May 31, 2012

Menteri sibuk projek lembu NFC - 1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat..

Bagi aku perkara sungguh menyedihkan,, terbayang kalau diri aku sendiri berada ditempatnya..... 




Cerita selanjutnya boleh baca di bekas-penghuni-rumah-kebajikan-hidup-merempat


Mana menteri kebajikan masyarakat.... asyik dok kira lembu berapa ekoq hidup dalam kondo..sekarang menteri tersebut dah bersara... ia boleh lepas tangan...... 


Kalau rasa tak puas hati lagi, dengar pengakuan dari saudara (mangsa) anak pungut yang diberikan kepada keluarga Cina lalu ditukar agama dan nama kepada nama Cina.... masyaallah.. Ini yang berlaku dalam negara kita..... 




Apa ni.....Inikah UMNO yang mengaku pembela bangsa, agama dan negara.... 









Iklan Manjungmari