boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PAS-UMNO. Show all posts
Showing posts with label PAS-UMNO. Show all posts

Monday, January 25, 2016

Sunday, January 17, 2016

Inikah tujuan utama Kerjasama PAS - Umno ?..

Kalau boleh aku tak mau nak ambik kisah lagi bab hal politik parti aku ni, tapi bila bersangkut paut dengan umno, aku tak boleh duduk dengn berdiam diri, rasa tak tenang, tiada kepuasan dalam diri...

Tuesday, September 24, 2013

Friday, September 6, 2013

Fitnah orang umno di pagi jumaat..

Kalau orang-orang umno nak buat fitnah pun agak-agakla,,, janganlah buat main dengan hukum Allah, Rukun Islam pun nak dipermainkan...


Saturday, July 13, 2013

PRK Kuala Besut - Calon Bn bukan anak tempatan?

Nampaknya umno awal-awal dah kantoi dalam isu calon... Apakan senario PRK Kuala Terengganu 2008 akan mengulangi sejarah PRK di Malaysia?


Wednesday, June 26, 2013

PRK Kuala Besut di bulan puasa ! Berani ke Umno nak menghadapinya..

Baru jelas dan nyata sekarang,,, memang dah lebih sudu dari kuah mamat mangkok hayun ni... 
Dia dah melebih-lebih dari umno lagi,,, dah tak sabar dah.... 


Monday, March 18, 2013

Adooii.. Di kelantan PAS kena 7 Dosa besar, Di Kedah Pas munafik.

Semakin hampir dengan PRU13, Pas semakin teruk dilabelkan dengan tohmahan dosa, teruk dari kafir, sesat dan berbagai lagi....

Terkini di Kedah Pas kedah di labelkan munafik pulak... 


Tuesday, January 29, 2013

Ketua Dewan Ulama PAS Dr Harun Taib pula akan dipecat?

Nampaknya peluru yang berada di tangan Umno untuk menghentam Pas melimpah ruah, dan mereka mewah menggunakannya tanpa had, tanpa ambik kisah hukum halal dan haram...,,


Tuesday, January 15, 2013

Listen, listen, listen, versi ularmak

Sehari dua ni kecoh dengan kisah isu mamak betina memalukan atau lebih tepat lagi menghina pelajar wanita india UUM....


Saturday, January 5, 2013

Video Isu UMNO Kafir , Debat UMNO - PAS..

Isu Umno Kafir ni dah pun didebatkan antara Umno dengan PAS, dan secara kesimpulannya Umno dah pun kantoi... boleh lihat sendiri....


Wednesday, January 2, 2013

Memalukan..Lagak dan gaya macam hero, tetapi PONDAN..

Jika UMNO di zaman era Dr Mahathir, Ketua Pemudanya yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri, lagak dan gayanya memang sesuai dikategorikan auwww....


Tuesday, January 1, 2013

Jawapan Paling Bodoh buat penulis bernama Yassin Salleh!

Bak kata peribahasa Melayu "Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit", yang dah lama tak diguna pakai...

Begitulah aku, bila dicuit kepada parti atau jamaah yang aku dokongi bersama,, aku turut terasa,, perasaan ego ku memuncak...

Thursday, June 7, 2012

Celaka Malam Jumaat - UMNO Perak dan Zambry punya kerja ....

Memang tidak dinafikan, dalam negara Malaysia ni masing mempunyai hak.... masing-masing boleh bersuara.... tetapi mentang-mentang UMNO di lindungi dan ditatang oleh pihak polis jika sesuatu yang tidak dingini, maka mereka mempunya kuasa ikut suka depa.... Haram jadah... 




Poster ni dah lama dah dirancang... permit polis pun dah ada.... tup-tup... 


UMNO pun nak buat juga,,, hari tak boleh buat ka,, kenapa nak cari pasai...tahulah lah,, hanpa polis ada, Rela pun ada.....









Wednesday, June 6, 2012

Wahai Pejuang Melayu - PAS, Umno pernah muzakarah

Oleh :



Muzarakah adalah perkara baik. Ada masanya ia wajib. Tetapi adakalanya ia harus. Harus bereri boleh diadakan dan boleh juga tidak diadakan.
Ia bergantung dengan siapa kita bermuzakarah dan apa yang hendak dimuzakarahkan?
Pertemujan Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dengan Chin Peng, Setiausaha Parti Komunis Malaya di Baling tahun 1955 dulu itu adalah satu contoh muzakarah. Muzakarah seperti wajib bagi Tunku. Tiada hasil yang mereka perolehi. Maka tiada wajib lagi Tunku untuk mengadakan muzakarah dengannya.
Tunku dan Tun Razak selalu bertemu dengan Dr Burhanuddin al-Hilmy semasa masing-masing menjadi pemimpin parti sendiri. Tetapi ia tidak dinamakan muzakarah PAS dan Umno.
Isu muzakarah PAS dan Umno yang hangat seminggu setengah lalu bukan tidak pernah berlaku. Ia pernah berlaku menjelang PRU 1986 dulu. Ia timbul semula menjelang PRU 13 ini. Mengapa?
Yang minta muzakarah dahulu itu ialah Umno pimpinan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. PAS pula diwakili oleh Mursyidul Amnya merangkap Presiden Haji Yusof Rawa dan timbalannya Ustaz Fadzil Noor. Mereka disertai oleh peguam Syed Ibrahim Abdul Rahman.
Bagaimana suasana memungkinkan muzakarah itu? Pertama kali PAS mengadakan pendekatan terhadap bukan Islam. Ia mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di mana-mana saja. Mereka tertarik dengan dasar dan pendekatan PAS dengan semua isu yang berbangkit.
Ia bukan mencabar Umno dan MCA, malah ia mencemaskan DAP yang mendapat sokongan besar masyarakat Cina masa itu. Rata-rata pemerhati menjangkakan pengundi Cina akan memihak kepada PAS.
Hubungan PAS dan Umno bila-bila masa pun sentiasa tegang. Tidak pernah Umno prihatin atas ketegangan itu. Kali itu ia merasakan hubungan itu penting untuk dibincangkan dan mahu mengendurkan ketegangan itu. Dr Mahathir mahu ia dirahsiakan. Ia mencadangkan pertemuan diadakan di kediamannya supaya tidak diketahui umum.
Pandangan umum PAS menolak pertemuan itu. Haji Yusof dan Ustaz Fadzil berminat kerana ia satu pendekatan dakwah. PAS menyerahkan kepada bijaksanaan kedua pimpinan itu membuat keputusan.
Tiada perkara besar yang mereka bincangkan cuma mengajak dikendurkan ketegangan antara kedua parti.
Kurang dari 24 jam selepas muzakarah kosong itu Umno membocorkan apa yang dijanjikannya rahsia itu. Ia mengeliru sekalian Cina yang berminat kepada PAS. Kurang dari dua minggu ia membubarkan Parlimen. Dalam PRU 1986 itu PAS menang satu kerusi Parlimen saja iaitu di Pengkalan Chepa.
Sekarang masyarakat bukan Islam dan DAP sendiri terasa selesa dengan PAS. Apa jua kerenah Umno/Barisan Nasional untuk menjauhkan PAS dengan DAP dan bukan Islam tidak berkesan.
Dalam suasana inilah Umno hendak sangat mengadakan muzakarah dengan PAS. Setakat ini Najib Razak tidak menunjukkan minat seperti yang Dr Mahathir pernah tunjukkan dulu. Hanya budak-budak Umno saja yang beria-ia.
PAS pernah ada pengalaman bermuzakarah dengan Umno tahun 1986 dulu dan ternyata Umno mengkhianatinya, maka pengalaman itu menjadi sandaran kepada PAS untuk membuat keputusan tentang muzakarah itu.
Muzakarah dengan semua pihak adalah baik dan digalakkan. Tidaklah susah bagi PAS untuk menyambutnya. Jika Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Hadi Awang pernah berbincangan dengan Lee Kuan Yew di Kuala Lumpur dan Singapura, maka PAS boleh bermuzakarah dengan sesiapa yang bermnat.
Tetapi muzakarah dengan Umno, mungkin PAS terpaksa melihat sikap Tunku dan muzakarahnya dengan Chin Peng. Selepas muzakarah di Baling itu Tunku tidak pernah mahu mengulangnya lagi.
Dr Mahathir masih menjadi penasihat penting pemimpin-pemimpin Umno. Mereka boleh tanya dia mengapa dia khianati janjinya hingga PAS payah lupa apa yang dibuatnya.
Mungkin Umno perlu kecam dulu tindakan Dr Mahathir itu sebelum PAS menimbangkan untuk muzakarah dengannya lagi.



Sunday, October 9, 2011

Kebajikan Mazhab Versi Najib dan UMNO...

Salam sejahtera,

Semasa pebentangan bajet jumaat lepas Najib dengan bongkah mengatakab UMNO dah lama mulakan negara kebajikan,,, Bagi aku betui,,, dah lama dah dah,,, buktinya seperti gambar di bawah ni.... .


Inilah kebajikan Versi UMNO...


Najib tidak Faham Erti Negara Kebajikan PAS - Hadi Awang.

09 Oct 2011 8:56AM

Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.

Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan.

Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.

Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa ‘Negara Berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS



,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari