boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 6, 2012

Wahai Pejuang Melayu - PAS, Umno pernah muzakarah

Oleh :



Muzarakah adalah perkara baik. Ada masanya ia wajib. Tetapi adakalanya ia harus. Harus bereri boleh diadakan dan boleh juga tidak diadakan.
Ia bergantung dengan siapa kita bermuzakarah dan apa yang hendak dimuzakarahkan?
Pertemujan Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dengan Chin Peng, Setiausaha Parti Komunis Malaya di Baling tahun 1955 dulu itu adalah satu contoh muzakarah. Muzakarah seperti wajib bagi Tunku. Tiada hasil yang mereka perolehi. Maka tiada wajib lagi Tunku untuk mengadakan muzakarah dengannya.
Tunku dan Tun Razak selalu bertemu dengan Dr Burhanuddin al-Hilmy semasa masing-masing menjadi pemimpin parti sendiri. Tetapi ia tidak dinamakan muzakarah PAS dan Umno.
Isu muzakarah PAS dan Umno yang hangat seminggu setengah lalu bukan tidak pernah berlaku. Ia pernah berlaku menjelang PRU 1986 dulu. Ia timbul semula menjelang PRU 13 ini. Mengapa?
Yang minta muzakarah dahulu itu ialah Umno pimpinan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. PAS pula diwakili oleh Mursyidul Amnya merangkap Presiden Haji Yusof Rawa dan timbalannya Ustaz Fadzil Noor. Mereka disertai oleh peguam Syed Ibrahim Abdul Rahman.
Bagaimana suasana memungkinkan muzakarah itu? Pertama kali PAS mengadakan pendekatan terhadap bukan Islam. Ia mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di mana-mana saja. Mereka tertarik dengan dasar dan pendekatan PAS dengan semua isu yang berbangkit.
Ia bukan mencabar Umno dan MCA, malah ia mencemaskan DAP yang mendapat sokongan besar masyarakat Cina masa itu. Rata-rata pemerhati menjangkakan pengundi Cina akan memihak kepada PAS.
Hubungan PAS dan Umno bila-bila masa pun sentiasa tegang. Tidak pernah Umno prihatin atas ketegangan itu. Kali itu ia merasakan hubungan itu penting untuk dibincangkan dan mahu mengendurkan ketegangan itu. Dr Mahathir mahu ia dirahsiakan. Ia mencadangkan pertemuan diadakan di kediamannya supaya tidak diketahui umum.
Pandangan umum PAS menolak pertemuan itu. Haji Yusof dan Ustaz Fadzil berminat kerana ia satu pendekatan dakwah. PAS menyerahkan kepada bijaksanaan kedua pimpinan itu membuat keputusan.
Tiada perkara besar yang mereka bincangkan cuma mengajak dikendurkan ketegangan antara kedua parti.
Kurang dari 24 jam selepas muzakarah kosong itu Umno membocorkan apa yang dijanjikannya rahsia itu. Ia mengeliru sekalian Cina yang berminat kepada PAS. Kurang dari dua minggu ia membubarkan Parlimen. Dalam PRU 1986 itu PAS menang satu kerusi Parlimen saja iaitu di Pengkalan Chepa.
Sekarang masyarakat bukan Islam dan DAP sendiri terasa selesa dengan PAS. Apa jua kerenah Umno/Barisan Nasional untuk menjauhkan PAS dengan DAP dan bukan Islam tidak berkesan.
Dalam suasana inilah Umno hendak sangat mengadakan muzakarah dengan PAS. Setakat ini Najib Razak tidak menunjukkan minat seperti yang Dr Mahathir pernah tunjukkan dulu. Hanya budak-budak Umno saja yang beria-ia.
PAS pernah ada pengalaman bermuzakarah dengan Umno tahun 1986 dulu dan ternyata Umno mengkhianatinya, maka pengalaman itu menjadi sandaran kepada PAS untuk membuat keputusan tentang muzakarah itu.
Muzakarah dengan semua pihak adalah baik dan digalakkan. Tidaklah susah bagi PAS untuk menyambutnya. Jika Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Hadi Awang pernah berbincangan dengan Lee Kuan Yew di Kuala Lumpur dan Singapura, maka PAS boleh bermuzakarah dengan sesiapa yang bermnat.
Tetapi muzakarah dengan Umno, mungkin PAS terpaksa melihat sikap Tunku dan muzakarahnya dengan Chin Peng. Selepas muzakarah di Baling itu Tunku tidak pernah mahu mengulangnya lagi.
Dr Mahathir masih menjadi penasihat penting pemimpin-pemimpin Umno. Mereka boleh tanya dia mengapa dia khianati janjinya hingga PAS payah lupa apa yang dibuatnya.
Mungkin Umno perlu kecam dulu tindakan Dr Mahathir itu sebelum PAS menimbangkan untuk muzakarah dengannya lagi.



No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari