boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 21, 2012

Apa sudah jadi PKR?.....Rafizi Ramli letak jawatan CEO penasihat ekonomi S'gor.

Ini baru betoi profesional.... tak ada masaalah dengan kerja... bulan puasa rasa nak buat ibadat dengan sepenuh hati, letak jawatan dulu.... anda ada berani ka.... 




Rafizi letak jawatan CEO penasihat ekonomi S'gor

Harakahdaily,21 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sbarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk Kerajaan Negeri," katanya.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.

"Letak jwtn proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.

Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramahan ini.





Komen Manjungmari.... Moga-moga mendapat pahala Ibadah yang mabrur dan mendapat petunjuk bagaimana nak jatuh/gulingkan UMNO pada PRU13 nanti......


11 comments:

  1. mmm, tahun lepas ramadhan x pulak rasa nak letak jawatan n tumpukan ibadah ramadhan keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro anon, jgn jadi hina sebab selalu buruk sangka.

      Delete
  2. tahun lepas tak terlibat secara aktif dlm parti bro..

    ReplyDelete
  3. Ibnu Umar RA mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda

    لا تُكْثِرُوا الكَلاَمَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ؛ فَإنَّ كَثْرَةَ الكَلاَمِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ ! وإنَّ أبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ القَلْبُ القَاسِي

    “Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah, karena banyak bicara selain dzikrullah dapat menyebabkan seseorang berhati keras, dan sejauh-jauhnya manusia dari Allah adalah orang yang berhati keras”. (HR. At-Tirmidzi)

    Ibadah itu banyak cabangnya...
    Sebaik2 ibadah tu bersertan lilahitaAllah..

    ReplyDelete
  4. Salam
    Saudara rafizi adalah contoh kontemporari yang baik

    ReplyDelete
  5. buat baik jgn bgtau org....kalu nak wat ibadah cuti tanpa gaji pun bole....jgn jdikan alasan....wat ibadah biar kiter sorg jer yg tau

    ReplyDelete
  6. Dari diam tak bagitahu tujuan & bg peluang org lain dosa kering dgn andaian yg karut marut...lebih baik dia bgtahu.

    ReplyDelete
  7. Bagus Rafizi ni....yang lelain dalam PR tu taknak letak jawatan ke? Bawak-bawaklah beribadat mcm bro Rafizi..

    ReplyDelete
  8. Knp suruh pr je yg letak jawatan, knp tak suruh org islam dlm bn pun letak jawatan, he he...

    ReplyDelete
  9. alahai....kene terajang dsai la tu....kurang jambu katenye.....

    ReplyDelete
  10. bukan fitnah lagi da...da kuar parti da pon...PR supporters cakap ape plak kali ni?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari