boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, June 5, 2012

Alahai Zambry, tolong hentikan operasi kilang’

Operasi kilang selama 24 jam yang mencemarkan kawasan perumahan membimbangkan penduduk Taman Bukit Merah di Ipoh, Perak.



Penduduk Taman Bukit Merah, Ipoh mahu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghentikan operasi kilang PMW yang terletak 50 meter dari taman perumahan tersebut.
Ini kerana kilang tersebut yang beroperasi selama 24 jam menyumbang kepada peningkatan penyakit, pencemaran bunyi, habuk dan bau asid.
“Kami mahu operasi kilang ini dihentikan selagi ia tidak mematuhi arahan Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk memastikan kesihatan penduduk tidak terjejas,” kata Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), M Sarasvathy di dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata sedemikian setelah bermesyuarat dengan setiausaha politik Zambry, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan meminta pihak kerajaan negeri mengambil tindakan segera dalam perkara ini.
Selain itu para penduduk taman tersebut mahu tindakan diambil terhadap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana meluluskan pembinaan bangunan tambahan yang merumitkan lagi keadaan.
“Kami mahu Zambry menyiasat dan mengambil tindakan terhadap MBI yang meluluskan pembinaan bangunan tambahan kilang PMW setelah sedar jarak kawasan perumahan dengan kilang itu cuma 30 meter yang jelas membahayakan penduduk kawasan ini.
“Kami juga mahu tahu bagaimana MBI memberi kelulusan tahun lepas untuk pembinaan bangunan baru sedangkan Jabatan Kesihatan sudahpun menyatakan risiko kesihatan dan pencemaran di kawasan ini,” kata Sarasvathy.
Seramai 12 wakil ahli jawatan kuasa penduduk turut serta dalam mesyuarat tersebut yang berlangsung di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh semalam.
Menurut laporan Jabatan Kesihatan seawal tahun 2009, jarak kilang yang hanya terletak 50 meter dari kilang menyumbang kepada masalah psikososial seperti tekanan jiwa.
Selain itu laporan tersebut turut menyatakan kebimbangan penduduk terhadap penularan kanser paru-paru dan risiko letupan.
Masalah pencemaran ini bermula sejak pertengahan tahun 2008.





Komen : Selepas ini nanti akan keluarlah suara-suara yang mana Nizarlah yang meluluskannya juga...kih kih kih...








No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari