boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, October 31, 2009

Aku Sokong Saranan Ni....

Salam Sejahtera..

Aku terbaca dalam laporan akhbar hari ini mengenai Ketua Wanita MCA mengkritik saranan Exco Kelantan YB Wan Ubaidullah yang mencadangkan lelaki Islam mengambil ibu tunggal sebagai isteri.

Yang depa pergi tanya orang kafir yang tak faham Islam itulah jawapannya, kenapa tak tanya wanita UMNO Shahrizat Jalil, tentu tak berani dan aku dapat agak Shahrizat pun terkedu nak jawab, jadi nak mengelak dari itu suruh wanita MCA yang kritik, bangang punya UMNO..

Kat Malaysia ni serba serbinya hebat, janda atau ibu tunggal pun hebat-hebat belaka, kesian aku dok tengok, apa boleh buat aku nak sambut saranan YB Ubaidullah tu tak mampu dah, hanya boleh bagi sokongan sajalah...

Cuba hangpa tengok hak yang ini, rupa paras ada, ada akhlaq wanita Islam, tu pun lakinya tinggal, itu satu hal, lelaki kalau satakat standard aku ni tak sapa nak berani pi rapat aih... pakai boleh dok tengok gambar telan ayak liok aja laa...

Kalau ada lelaki yang agak berada sikit, cita rasa lain bang, nak hak yang muda..., tak sedaq diri dia tu dah tunggu masa aja, tu pun satu hal....

Ini lagi satu masaalah yang timbul kat Malaysia mengenai ibu tunggal, kahwin bari berapa hari dah cerai, apa masaalah yang mereka kedua hadapi hanay mereka yang tahu, hak yang bapa tunggal tak ada masalah sangat, hari ini tinggal lepa stu juga boleh cari lain, tetapi hak ibu tunggal ni, mak bapaknyalah yang terima habuan...

malu jangan cerita, ialah mulut manusia yang tak berinsuran lain, kalau yang hak popular sikit media pun sibuk, apa yang aku nampak masaalah cerai dah jadi satu perkara biasa aja...
Malah boleh menambah lagi kepopularity sesorang itu, terutamanya artis....

Jadi saranan Exco YB Wan Ubaidullah tu, sesapa yang ada kemampuan baik tenaga zahir dan batin, mampu bertindak adil, maka silakan lah, buat kerja amal kebajikan juga ni, pakat-pakat perati tengok mana yang sesuai dengan diri tu....

Haaa,, yang ini pun status ibu tunggal juga, tetapi yang ini jangan dok berangan atau perasan, sorry, c pi main jauh-jauh, kalau takat nak tengok gambar aja boleh, tu pun tengok sorok-sorok, kang nampak dek bini kang tidok kat luar sorang-sorang...
Yang ini, hangpa semua kalau standard macam aku, ... ermmm memang tak layak dari segala apa segi pun. Ustaz-ustaz, Tok Alim boleh, ikut stail jemaah Arqam dulu, ambil buat bini paling kurang setahun kena tarbiah dulu, tu pun kalau sanggup....
Kalau berasa nak juga teringin sesangat, hangpa pi Kuala Kangsar, hangpa pi cari blogger MSK editor Perak Express, dia ada ilmu penunduk wanita, Kitab Tajul Muluk dia dah berapa kali khatam ...tetapi kena pi la sorang-sorang, ajak dia pi minum kat kedai janda bakar dulu, baru buka cerita.

Kalau semua saranan tu hangpa tak mau ikut, tetapi nak juga aku ingat isi borang UMNO masuk jadi ahli dulu.. lepas tu baru buat rancancgan ......................................!!!!

Mamposs UMNO .... Ameen!

Harakah cuba berusaha nak jatuhkan integriti TG Nik Aziz ??

oleh ali :


Agak mengejutkan bila penulis membaca Harakah cetak Edisi Jumaat yang bertarikh 30 Oktober - 1 November 2009. Seperti yang tuan-tuan tahu, harakah cetak ini terbahagi kepada 2. Satu section Fokus dan lagi satu section Fikrah. Penulis hanya mahu tuan-tuan tumpu pada sectionfokus yang Headline dia bertajuk RM20 BILION HANGUS. Mari baca mukasurat N15.
Double klik pada imej untuk lebih jelas.


Tumpukan pada highlighter kaler kuning itu. TG Nik Aziz mengatakan bahawa ada rombongan daripada Sabah dan Sarawak datang ke rumah beliau dan mengatakan bahawa rakyat tidak akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dalam PAS ada pemimpin yang mahu bersama UMNO. Tup tup pada mukasurat N28 lain pulak ceritanya.




Tumpukan pada yang penulis highlightkan. Ha yang kaler kuning tu. Nampak ?? Pesuruhjaya PAS Sabah menafikan wujudnya rombongan PAS dari Sabah dan Sarawak yang datang ke Semenanjung untuk mempersoalkan pemimpin yang PAS yang condang kepada UMNO.

Aik, kenapa 2 berita itu saling kontardik antara satu sama lain ?? Mana satu yang betul ?? Untuk pengetahuan tuan-tuan,
 section Fokus dicoveroleh seorang editor. Manakala section Fikrah dicover oleh seorang editor yang berlainan. Kedua-dua berita diatas berada dalam satu section iatusection fokus. Nampak macam sengaja editor itu melepaskan kedua-dua berita itu.

Mari kita bayangkan 
or let us try to imagine, kita membaca Harakah dari kulit ke kulit. Kita mulakan dengan section Fokus, mukasurat pertama, ooo TG Hadi kata TG Nik Aziz tak perlu letak jawatan. Mukasurat kedua, ishh hampeh bajet aparteid. Mukasurat 7, derih cakap ahli PAS kena bijak tapis fitnah media. Belah la. Mukasurat 9, iklan tokguru.net. Mukasurat 15, ooo tok guru cakap ada rombongan Sabah Sarawak datang jumpa. Ooo mengadu pasal pemimpin PAS nak join UMNO. Bla bla bla. Mukasurat 28, Pesuruhjaya PAS Sabah nafi bawak rombongan, eh biar benar. Tok Guru menipu ke ?? Lihat, pandai tak editor tu memainkan minda pembaca Harakah. Dia berjaya menjatuhkan integriti TG Nik Aziz. Dalam pada yang sama menjatuhkan air muka TG Nik Aziz pada mata pembaca Harakah. Oh my god. Apa sudah jadi ?? Salah seorang ahli lembaga pengarah Harakah ialah Mustafa Ali. Adakah Mustafa Ali telah mengarahkan editornya untuk menjatuhkan integriti dan kredibiliti TG Nik Aziz sebab tidak puas hati dengan mesyuarat khas pada Rabu malam Khamis yang lalu ??

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia berjangkit kepada 
paper Siasah. Tuan-tuan sedia maklum yang paper Siasah ini juga bawah kawalan Parti PAS. Lihat paper Siasah yang terbaru iaitu yang bertarikh 1 November 2009. Lihat tulisan Suhaimi Embong mengenai TG Nik Aziz.

Tidak semena-semena Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantanmelemparkan bom jangka dengan meminta PAS Pusat mengadakan Muktamar Khas untuk menggantikan pemimpin yang TIDAK DISUKAINYA dengan mengikut kaedah yang dilakukan oleh MCAbaru-baru ini?… dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri.

Tindakan Mursyidul Am PAS kebelakangan ini JELAS MEMENINGKANramai pemerhati politik dan juga ahli PAS sendiri bila beliau menganggap Muktamar Khas (EGM) dengan Mesyuarat Khas PAS Pusat itu sama sahaja, ia dapat DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MENYAMPAIKAN HASRATNYA kepada pemimpin parti…” dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri. 


Nampaknya masih ada lagi golongan yang tidak berpuas hati. Bukan hendak tuduh tetapi tuan-tuan sendiri boleh lihat bukti yang penulis paparkan. Agenda Task force 2010 masih berjalan. Maleh den nak cito pasal Suhaimi Embong ni. Yang boleh penulis simpulkan pasal Suhaimi Embong ini ialah dia ini pro "Unity Government" dan sangat anti Erdogan. Untuk analisis lanjut boleh baca analisis Zainulfaqar disini. Ada isu pasal plagiat dalam analisis tu. Haa ha ha. Brader Mat Saman Kati pun tengah ketawa besar bersama den bilo baca entry ni. Ha Ha Ha.



Link : baganutama.

Misteri cuti pegawai penyiasat




Oleh TURMADZI Madun
berita@kosmo.com.my



SHAH ALAM - Polis Selangor terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki membebaskan tanpa melepaskan tiga orang tertuduh yang didakwa dalam kes dadah selepas dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu tidak dapat hadir perbicaraan di sini kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sebelum perbicaraan semua saksi di kalangan anggota polis, kecuali pegawai penyiasat Inspektor Chong Voon Loong, hadir di mahkamah menunggu giliran untuk memberi keterangan.
Malah, katanya, semua bahan bukti iaitu dadah yang dirampas telah dibawa ke mahkamah.
"Barang bukti yang gagal dibawa hanyalah sebuah beg yang digunakan ketiga-tiga suspek untuk menyimpan dadah yang dirampas.
"Beg tersebut disimpan oleh Voon Loong di dalam peti besi di pejabatnya," jelas beliau.
Dalam perbicaraan di mahkamah Tinggi di sini kelmarin, menurut beliau, pegawai dari Jabatan kimia telah memberikan keterangan sebelum diikuti keterangan saksi-saksi polis.
"Bagaimanapun, saksi-saksi polis terpinga-pinga apabila melihat ketiga-tiga suspek bertempiaran melarikan diri dari kamar mahkamah sebelum mereka dapat memberi keterangan," katanya.
Melihat ketiga-tiga tertuduh melarikan diri ekoran keputusan Mohtarudin, saksi-saksi yang menunggu di luar kamar mahkamah mengejar dan dapat menahan seorang daripada tertuduh.
Komen: hangpa dah baca cerita diatas tu, Dari apa yang aku faham pihak Polis tak puas hati kat hakim,,, tapi polis sendiri yang melantung hangit, dah tau nak bicara kenapa pegawai penyiasat tak hadhir, boleh pi cuti, lepas tu bahan saksi kes beg pun tak ada...sendiri punya silap, hakim pulak yang kena...Sama perangai dengan tuan pecacai dia UMNO.
Mamposs UMNO... Amen
Source:kosmo. 



Friday, October 30, 2009

Huru - hara Politik Malaysia


friday, october 30, 2009

oleh ali :


Salam kepada semua. Politik Malaysia semakin hari semakin ganas. Semakin gila. Meeting khas konon, adun PKR yang ke 4 keluar melompat bebas, Jeffry letak jawatan kat Sabah dan kenkawan lain ikut, Zaid ibrahim gaduh dengan Azmin Ali(Hey Azmin !! tahulah ekau kacak tapi janganlah nak mempertikaikan perut boroi Zaid), Hannah Yeoh gaduh dengan Ronnie Liew, Wee Chee Keong tuduh Ronnie Liew mafia kongsi gelap cina dan lain-lain lah. Isa Samad tenang je kira berapa projek dia boleh sapu bersama-sama dengan abang kandungnya, Dato' Gan.

Rakyat ?? Huh, semua tengah kira hutang bank yang belum bayar. Pagi-pagi keluar kerja bersesak-sesak dalam komuter. Anak-anak pulak makin hari makin kurang ajar. TV setiap hari cerita satu Malaysia makmur. Perogal makin bertambah dikalangan kita. Perompak dan pencuri menunjukkan peningkatan yang cemerlang. Tak pernah berkurang. Perompak dan pencuri ni sayang dengan pemimpin Malaysia tak kira parti. Mana pernah diorang rompak pemimpin Malaysia. Penyangak hanya merompak rakyat Malaysia. Susah nak muncul 
Robin Hood di zaman ini. Mungkin Isa Samad layak dapat title tu. HA HA HA.

Pemimpin tak kira pejuang Melayu atau Islam, pernah tak diorang fikirkan kepayahan rakyat sekarang ni ?? Belah la. Mana pernah diorang fikirkan kita. Semua hanya fikirkan keuntungan politik masing-masing. Malaysia Baru ?? Apo yang baru bai. Hutang baru adolah. Bajet 2010 ?? Eh semalam Najib bagi den rumah dengan kereta Ferari. Kepala ayah kau. Rakyat semakin stress. Makwe kat 7E ?? Mano pornah senyum kat den skrang ni. Walhal den lah paling kacak kat N9 selepas ayah den. Dulu orang belah N9 timur mudah mencarut. Kini N9 barat lagi dahsyat mencarut. Masjid ?? Orang PAS ke Orang UMNO ke, mana pernah nak penuhkan masjid. Padahal nabi cakap solat jemaah bagi orang lelaki tidak kira masjid atau mana-mana tempat. Wajib jemaah sampai nabi nak bakar rumah muslim yang tak datang jemaah kat masjid pada waktu subuh. Ini yang den baca hadis buhari la.

Habis macam mana nak selesaikan semua problem-problem ni ?? Itu belum cerita maksiat lagi. Harapan ?? Makna harapan sampai sekarang den tak faham. Takde harapan langsung la gitu. Semua yang rasa diri itu bertuhan, pergilah mengadu kat tuhan masing-masing. Tanyalah dia kenapa ini semua terjadi. Tuhan den ALLAH. Tuhan orang lain ?? Nafsu pun boleh jadi tuhan. Den pernah tanya ALLAH mengapa den dikurniakan dengan pemimpin yang korup dan penipu. Ini pemimpin tak kira apo parti la bai. Tapi ALLAH tak jawab soalan den. Den bukan nabi Musa. Abih camno ni. ALLAH dah bagi Quran kan. Poie bukak Quran tu kojap.

Dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah petunjuk bagi kaum Bani Israil. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
[as-Sajdah 32:23-24] 


Dalam ayat di atas ALLAH bagitahu kek kito bilo kaum yahudi bersabar mengamalkan perintah dan larangan ALLAH, ikut cakap rasul yang diturunkan pada mereka maka ALLAH kurniakan mereka pemimpin yang adil dan tidak korup kepada kaum itu.

Umat islam boleh mengambil iktibar dari ayat di atas bahawa pemimpin yang memimpin mengikut ke arah petunjuk agama, tidak terhasil semata-mata dari kempen dan kertas undi. Akan tetapi terhasil apabila masyarakat itu sendiri yang sabar mempraktikkan agama secara syumul(keseluruhan) dan beriman sepenuhnya kepada al-Quran iaitu ALLAH.

Pemimpin lahir dari masyarakat. Jadi masyarakatlah yang mendidik pemimpin. Lantas masyarakat yang samalah melantik pemimpin. Walhasil balik asal. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah pemimpin. Masyarakat jahat, maka lahir pemimpin jahat. Masyarakat tak cerdik, pemimpin dua kali tak cerdik. Apabila berlaku kerosakan dalam sesebuah masyarakat dan negara, beban dosa tidak hanya digalas oleh pemimpin. Kito pun kono sekali.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
[ar-Rum 30:41]



Eh ingat bila ada pemimpin zalim dia sorang je tanggung dosa. Kito pun kono sekali. Beban tu rupanya ditanggung bersama-sama sebab pemimpin zalim lahir dari masyarakat yang zalim juga.

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang telah mereka usahakan.
[al-An‘aam 6:129]




Kesimpulan, jika dirasakan negara ini penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman, janganlah disalahkan kepada pemimpin(tidak kira apa parti). Tetapi salahkan pada masyarakat kita. Dah kita berada dalam masyarakat tersebut, maka salah diri kita sendirilah. Mengubah negara ini dari zalim kepada adil, kotor kepada bersih, miskin kepada kaya, kurang islam kepada islam sepenuhnya, maksiat kepada tidak maksiat dan lain-lain tidak didahului dengan mengubah pemimpin. Masyarakat dan diri kita sendirilah yang patut berubah. Selama ini kita bodoh. Berusahalah menjadi cerdik. Jangan taksub kepada pemimpin. Bigotry is an enemy.

Rupa-rupanya kita kena ikut sunnah dakwah nabi. Mula-mula ALLAH betulkan Muhammad S.A.W kemudian selepas nabi sudah benar-benar bersedia baru dia beralih kepada isterinya. Selepas itu kepada sahabat-sahabat dan teman-teman rapat baginda nabi. Kemudian kepada den. Eh silap kepada sepupu nabi iaitu Saidina Ali. Dan seterusnya. Ia membentuk masyarakat bertauhid iaitu masyarakat yang tidak mensyirikkan ALLAH. Dalam hati mereka, hanya ALLAH sahaja yang bermaharajalela. Barulah ALLAH bagi bonus kepada baginda sebuah negara untuk diperintah iaitu Madinah. Ia bermula dari individu iaitu baginda nabi > isteri dan famili > masyarakat > bonus dapat jadi pemimpin negara yang bertakwa kepada ALLAH.. Den ulang balik.

Individu > Famili > Masyarakat > Negara

Agak-agak kita buat tak semua ni. Micheal Jackson pun tahu pasal sunnah nabi.Takkan ekau pun tak tahu. Lagu "Man in the Mirror" tu lagu Micheal Jackson la. Jika mahu berubah mulakan dengan diri yang dihadapan cermin itu. Itu mesej lagu tersebut. Mari dengar dakwah Micheal Jackson ini. Mesej dakwah lagu ini benar. Bagi yang muslim gunalah kefahaman islam anda dalam memahami mesej lagu ini. Berubahlah. Mulakan dengan diri anda sendiri.

Anda sudah berubah ??

Link : baganutama.

Dr Asri Nak Menyertai PAS!!.

Salam Sejahtera...

Sebelum ini aku cuma membaca dari blog Dr Asri sendiri Minda Tajdid, beliau menceritakan mengenai Ketua Dewan Ulamak PAS pi ziarah dia, siap pelawa dia masuk PAS. Tetapi beliau menolaknya..

Apa yang aku ketahui Dr Asri mula popular dalam tahun 95-96 kalau tak silap bila dia berdebat dengan Astora Jabat.

Kemudian dalam Mstar pula mengatakan dengan jelas DR Asri akan menyertai politik. Ceritanya DI SINI. Orang yang berilmu tinggi semacam Dr Asri bagi aku memang sepatutnya duduk dalam PAS, itulah yang sebaiknya, dalam Islam tak ada yang tak berpihak atau berkecuali dalam sesuatu, kalau ia berkecuali ini beerti ia masih kurang waras, kerana tak dapat mengenali yang mana satu haq atau yang batil..

Kalau ikut dari saranan Dr Mahathir seperti yang diceritakan dalam Mstar tu, memanglah Mahathir tak bersetuju kalau Dr Asri nak masuk politik, tak kan orang yang berilmu macam beliau nak masuk UMNO, mana nak taruk muka..... tak taulah kut-kut Najib offer jadi TPM, mungkin ia boleh terima kut... Kalau Dr Asri masuk PAS samalah zaman tahun 82 dulu bila Dato Asri jemput Anwar masuk PAS, sebelum terlepas Mahathir dah cilok dulu, maka sekarang ni Mahathir dah risau, umat Melayu dah dapat mengenali PAS, bahkan Cina dan India pun sama-sama turut mengenalinya, kalau DR Asri menyertai memang UMNo akan terjejas teruk lagi dari pandangan umat melayu.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah membukakan hati beliau untuk menyertai PAS, moga-moga dengan kemasukannya dapat merungkai apa yang berlaku sekarang ini..Ahlan Wah Sahlan..
Mampos UMNO ... Ameen



OH Aduka Taruna..

Aku terbaca satu posting dari AT di SINI . Nak tergelak pun ada, aduhai.. dua-dua yang disebutkan kekawan belaka, dua-dua aku kenai, cuma aku lebih kenal dan rapat dengan MSK, dan aku pun tak mau komen apa-apa bab ni, sebab kekadang pun aku pun plagiat juga, tetapi aku copy untuk memudahkan orang turut membacanya apa yang disampaikan.

Mengenai blogger Aduka Teruna ni dahn 4-5 orang pembaca blog dok mai tanya kat aku, siap telefon pun ada, tanya aku siapa AT, Aduka jadi popular bila kecohan dalam PAS selepas PRK Bagan Pinang, kebanyakannya semua dok marah kat Aduka kerana dia dok kutuk semua orang, biasalah oranglah PAS....., aku jawab balik, aku tak kenal Aduka, cuma aku dapat tau dari beberapa kekawan blogger yang Aduka ni stailnya macam Mat Rempit, itu pasai cara penulisannya pun begitu, orang muda,.

Apa pun bagi aku kalau nak baca blog Aduka, jangan baca apa yang ia tulis, tetapi fahami makna keseluruhan yang ia tulis itu, itu saja... sebab itu stail masing-masing, sendiri buat, sendiri tanggung...

Aku tulis pun bukan nak bodek ADuka atau nak kutuknya, kalau aku kutuk dia pun, dia tak kisah, sebab dia jenis suka kutuk orang, cuma aku tertarik satu komen dalam posting ni... satu analisa yang baik buat aku...... Aduka ... permission to copy...& paste, hang bagi ka tak aku ambik juga...

Anonymous said...

Bhai,
Gua bagi lagi lu satu teori. Teori ni gua bebas bagi lu pilih nama. Semua pasal "three stoges".

Punca masalah.
- Hasan Ali nak jadi MB (UG)tapi disekat oleh TGNA.
- Stopha Ali anti Anwar dan ditegur oleh TGNA.
- Nasha Isa (baca Ali) nampak perpaduan Melayu Islam tapi ditempelak oleh TGNA.

Strategi
- Hasan Ali timbulkan masalah dalam negeri yang DAP meminta perkara yang bukan-bukan. Contohnya; DAP minta Shah Alam sebagai Bandar Pelbagai Budaya. Hasan Ali counter dengan isu arak.

- Stopha Ali gagalkan puak "erdogan" semasa pemilihan PAS. Peranan dan tugas beliau sebelum SU adalah besar dalam politik dan Muktamar.

- Nasha Ali bergayut di bawah janggut ulamak iaitu Majlis Syura. Majoriti Ahli MS terpengaruh dengan kertas kerja Haron Din pasal Melayu Islam.

- Setelah PRK Bagan Pinang (sebelum itu Manek Urai). Pengundi non-muslim sudah jauh dari PR. Strategi Hasan Ali nampak berjaya. Stopa Ali mengawal Presiden lembik. Nasha Ali selamba badak.
- Muncul surat Prof. Aziz Bari. TGNA yang sudah lama hidu ambil peluang daripada surat itu dan cadangkan EGM.
- Kelam kabut seantero PAS dengan cadangan EGM. Mesyuarat khas bincang pasal EGM.

Taktik
- Hasan Ali panggil bloggers (PAS UG & UMNO) cerita semua masalah dalam Selangor yang berpunca dari DAP dan PKR tentang halangan menjalankan syariat Islam.

- Stopha Ali merangka agenda untuk mesyuarat khas. Maklum balas diterima mensasarkan Hasan Ali.

- Nasha Ali gagal memujuk MS. Bersekongkol dengan Hasan Ali panggil blogers dedahkan Selangor sebagai "kad laporan".

- Kad laporan ini sebagai bukti bahawa UG perlu untuk menyelamatkan Islam daripada diganyang "Malaysian Malaysia" DAP. Andainya pemimpin PAS memecat Hasan Ali bermakna PAS telah membuat kesilapan besar kerana Hasan Ali memang berjuang Islam dan rakan PR telah mengambil peluang ke arah Malaysian Malaysia". Inilah slogan yang akan digunakan untuk meraih sokongan.

Apa terjadi?
- UG di Selangor sedang marak. Kalau tidak jadi sekalipun PAS akan dilihat tunduk kepada rakan PR dan BN akan kembali berkuasa.
- UG juga sedang marak di Trengganu dengan diketuai "ular" Haron Taib (baca Ali).

Penutup
- Melayu PAS (baca geng GANU) tidak confident memerintah negara kerana halangan "Malaysian Malaysia".
- Lebih baik dalam UG kerana dapat memberi "nasihat" berkaitan Islam.

Apa mesti buat
- Gerakkan pemimpin PAS aliran profesional melingkupkan geng GANU.
- Pertahankan TGNA dan "erdogan".
- Sebarkan pada blogers.

Gua tak sihatlah, kalau lu rasa nak tambah mana-mana bahagian lu bikin sendirilah.

OK Aduka, aku dah tolong sebar apa yang diminta oleh tukang komen tu, biar pembaca yang berfikir apa yang kita sama-sama sampaikan, syarat nawaitu kita nak buang mana yang tak baik yang ada dalam PAS... Wallahuaklam.

Mampos UMNO - Ameen.

Nasib Pemilik Kenderaan Lama..

Salam Sejahtera..

Dua hari sudah, selepas pergi membayar bil Telefon di kedai TM, aku cuba telefon syarikat insuran di Ipoh, kerana sebelum ini pada bulan Jun yang lalu kereta pertama aku tak ada masaalah dengannya bila nak perbaharui insuran, cuma kena RM64.00 sahaja, walaupun lain-lain insuran dah mula mahal, tetapi jawapannya mereka tak jual lagi insuran 3rd party kecuali renew!!...

Selepas itu aku mencuba nasib, terus ke Pejabat Sykt Takaful Malaysia, bawa geran dan slip lama insuran, sebelum ini kereta lama aku pakai insuran STM, tetapi aku beli melalui ejen, bila nak renew ejen hantar surat suruh beli insuran kurnia, aku dah faham, kalau aku pi kat ejen tentu kena sembelih punya, sebab kebanyakan ejen-ejen insuranlah yang tukang sembelih tuan empunya kenderaan, alhamdulillah aku bernasib baik, kerani yang bertugas di Sykt STM tu kata boleh sambung, tapi kena bayar lebih sikit, aku pun OK lah, selepas dikira aku kena bayar RM139.60 naik 100% katanya, sebab kereta tu dah lebih 20 tahun, tahun 1977.

Bagi aku tak apalah, kalau nak dibandingkan dengan kekawan yang lain, mereka kena sembelih lagi mahal, ada yang hampir RM300.oo, last-last ambik 1st party, lagi puas hati...

Ingatkut lepas tu OKlah, kerana roadtax pun terus aku pi renew walaupun tarikh tamat 3 Nov nanti, tup-tup keluar berita semalam lagi satu bala yang akan ditanggung oleh pemilik kereta lama... Haram jadah punya menteri yang mencadangkan cadangan nak memajibkan setiap kenderaan lama kena masuk puspakom.

Pengalaman lama ku dengan Puspakom masih dalam ingatan, dalam tahun 2002 yang lalu, waktu itu aku pakai kereta honda accord 1.8 tahun 85.. oleh kerana enjin kereta aku terbakar disebabkan hose radiator bocor, aku terpaksa tukar enjin lain, bila tukar enjin lain terpaksalah pergi ke Puspakom untuk pengesahan semula.

Pak penakan bini aku bawa teksi kat johor Bahru, ia menceritakan kat aku masaalah yang dihadapinya ialah bila nak buat pemeriksaan pupakom setiap 6 bulan, cukup leceh bila pergi sendiri, kalau melalui ejen OK, kereta yang masaalah pun boleh lulus, tapi kalau pergi sendiri kereta walau macam mana tip-top pun selalunya kantoi, ada saja yang tak kena... Kemudian seorang dari kawan setempat kerja dengan aku pun cerita macam tu juga, bini dia buat usaha bus sekolah, pun ada masaalah dengan puspakom...

Berbalik dengan kisah aku, Puspakom Teluk Intan yang aku pergi berurusan, awal pagi aku dah pegi, hantar segala borang keperluan, bayar RM40.00 kalau tak silap kemudian aturkan kereta kat suatu tempat hadapan dengan pejabat Puspapakom, kemudia buka bonet enjin tunggu, lama juga tunggunya dekat jam 10.00 lebih baru seorang technician Puspakom, muda lagi orangnya mai check, rupanya ia cuma tengok no chasis kat enjin tu aja, sama atau tidak dengan borang declare custom tu, tu aja... lepas tu ia pun tandatangan kat borang pupakom tu, dan kemudian bosnya pula tandatangan, habis tu selesai, aku pun balik terus pergi ke Ipoh selesai pulak dengan JPJ, setelah isi borang serah semua, kerani kat kaunter JPJ tu cakap tunggu dua minggu baru boleh siap...

Nak sampai dua minggu, aku dihubungi telefon minta datang ke JPJ kerana ada masaalah katanya, terpaksa terkam pi ke JPJ Ipoh, jumpa terus pegawai besarnya pakai uniform, tiga paku atas bahu, dengan baik dia layan aku pelawa suruh aku duduk depan meja dia, dia pun terang kat aku masalah yang aku hadapi ialah borang puspakom aku tu tandatangan pegawainya tak dicop, jadi tak boleh nak proses, aku dikehendaki pergi semula ke puspakom Teluk Intan ambik cop tersebut, aku cuba merayu, tapi sayang dan sesia saja, tak dilayannya, walaupun sebelum ini dia layan aku dengan baik, terpaksalah aku ambik dengan berat hati bawa balik dari Ipoh terus ke Teluk Intan.

Sampai kat pintu masuk Puspakom Teluk Intan, aku maklumkan kat jaga di pintu masuk, seorang India, awai-awai lagi jaga ni bagi tau kat "selalu ini macam juga jadi, lu masuk pergi hantam itu orang!", oii jaga tu dah perapi kat aku, siap hangpa...detik dalam hati aku.

Sampai kat pejabat, aku pi tanya kat kerani bahagian pendaftaran, ia macam layan tak layan aja aku, aku diam lagi, nak buat macam mana, kemudian aku pi jumpa technician yang buat pemeriksaan kereta aku dulu tu, waktu tu ia sedang dok tengah buat pemeriksaan lori, pemeriksaan brek, aku ketuk pintu lori tu, aku bagi tau kat dia,, buka dia nak kata sorry atau minta maaf, dia boleh jawab dengan bangganya iaitu sekejap tadi pun ada seorang macam aku juga masaalahnya, haram jadah betui..

Lagi bengang merekam dalam hati, tetapi itulah. ia buat macam tak layan naik balik atas lori, aku malas nak bising balik, mungkin ia nak siapkan kerja dia kut, tapi dalam pada tu aku pi balik kat kerani pendaftaran tu, terus aku cakap, tak kan susah sangat kut nak cop ni, tak ada ke cop pegawai ni, ia dah sain, cuma nak cop aja, dengan muka boring aja ia bangun dari kerusinya masuk bilik pegawai yang berkenaan, ambik cop terus cop kat borang aku, dah selesai ia bagi balik borang kat aku.

Tanpa ucapan terima kasih dari aku, depan pemandu-pemandu lori yang dok beratur tunggu giliran, aku cakap dengan suara kekuatan yang aku ada, memang betui apa kekawan aku dok kata, kalau mari pakai ejen senang, kalau mai sendiri macam inilah, kerja serupa taikk.. diam tunduk aja kerani tu tak kata apa, yang pemandu lori habis semua pakat tumpu kat aku....lantak pilah.. yang penting aku dah lepas geram.

Itu baru masalah bila nak tukar enjin sahaja, dah bermacam kerenah pihak puspakom kenakan kat kita, kalau check seluruh kereta, kaki-kaki rasuah kat sana seronok sakan la, bila keluar arahan macam ni, sudahlah tuan-tuan empunya syer Puspakom dapat keuntungan dari akta baru ini, yang kaki-kaki rasuah, ejen-ejen yang jadi orang tengah, memang seronok sakan depa... tambah lagi rezeki depa dengan mengcekik rezeki orang-orang yang berpendapatan rendah.

Pagi tadi sebelum waktu MHI TV3 jam 6.30 tu selebriti TV tu sapa tu yang botak rancangan 360 tu.. (aaa.... Mazidul Akmar Sidek) dok sebut mengenai rintihan pengguna kereta lama kat akhbar BH, ia berkata tetapi suaranya pun rendah volumenya nak sebut macam takut-takut,, katanya " kalau dan agenda kerajaan rakyat diutamakan, jadi kehendak rakyat seperti ini kenalah diambik perhatian".. apakah menteriu berkenaan akan ambik perhatian.... entahlah... bagi aku ini adalah satu lagi hadiah sempena tahun baru 2010 nanti. Sama-samalah kita menerimanya walaupun dalam keadaan " eeii aku tak relaaaa..."
MAMPOS UMNO...... Ameen.

Berkaitan: Tak Setuju


Thursday, October 29, 2009

Apakah ini salah satu isi kandungan Rakaman Misteri di Rumah Hasan Ali yang lalu!!

Salam sejahtera...

Sebelum ini aku cuma mengenali hamba Allah dalam gambar ni dalam satu acara temuramah TV1 bersama blogger semasa Saberi Chik menjadi Menteri Penerangan yang lalu. Hebat juga dia ni bercakap dalam TV bila disoal oleh pengacara, tapi aku tau dia ni dok belah mana, UMNO ka PAS, tapi PAS bukan, tak biasa nampak dan dengar pun... dan pernah juga aku ternampak dalam Yourtube dalam satu demontrasi ia bertekak dengan salah seorang jemaah PAS... dan yang terakhir dalam gambar kat rumah Hasan Ali malam tu, terkejut juga tengok gambar dia ni...

OKlah cukup takat dulu bab pengenalan diri dia, cuma aku nak kepastian kepada kawan-kawan yang tahu akan isi rakaman yang dikatankan misteri oleh beberapa orang blogger sekarang ni...
apa yang dia tulis ialah...

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tigaSEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.
Cerita penuh DISINI


Kalau benar seperti perkara yang tertulis di atas tak ada apa yang rahsia pun, semua ini kebanyakan ahli PAS dah tahu pun.. tak ada apa pun yang gempaq sangat ...

Aktiviti Selepas Magrib Depan Masjid

Salam Sejahtera...

Berita ni bukan Harakah yang siar, tetapi Harian Metro hari ini ... Muka hadapan gambar ni....

Kisahnya di hadapan masjid Putra, Putrajaya..
hairan juga kenapa boleh jadi begini..

Aku pun tak tau masjid Putra ni kat mana, Putrajaya pun aku tak biasa sampai lagi...

Apa pun sedih jugalah bila kejadian sebegini berlaku, Tak sepatutnya kejadian sebegini diletakkan keatas anggota penguatkuasa Jawi sahaja, apakah AKJ masjid tiada apa-apa cadangan yang terbaik untuk mengatasi kejadian sebegini...

Apakah masjid ini ditadbir oleh AJK-AJK yang dilantik oleh UMNO!!!... Tiadakah program pengajian kuliah magrib di masjid ini!!!

Cerita sepenuhnya hmetro.

Mampos UMNO .... Ameen.



Dakwaan Mursyidul AM - Ada Prime Facie.

Salam Sejahtera...

Malam tadi jam 8.30 lebih adikku blogger PT call, menceritakan dia ada bersama MB TGNA pergi ke Stadium Kota Bharu memberi kata semangat kepada pasukan bola Kelantan, manakala aku pula masih risau apakah keputusan malam semalam apa yang akan berlaku, namun si PT menasihati aku, jangan risau dengan kewibawaan TGNA...

Seperti biasa aku tidok awal, paling lewat 11.00 mlm, tapi mlm tadi jam 10.00 aku dah mula baring, lena aku tak tau jam berapa, cuma tersedar kembali jam 11,30 bangun buang air kecil, suboh tadi aku bangun terus on komputer, nak tau apa keputusannya,... Alhamdulillah, ada kes juga rupanya... tetapi yang aku rasa tak sedap ialah tajuk beritanya, kenapa PAS Selangor yang dipersalahkan, bagi aku itu kesalahan individu 2-3 orang yang terlibat, kenapa dikaitkan PAS Selangor.. INI TIDAK ADIL...

OK!!! aku terpaksa ungkit balik, kenapa sebelum ini ada beberapa individu pimpinan PAS tak boleh menerima apa yang TGNA cadangkan, ada yang kata komputer TGNA telah diceroboh passwordnya, ada yang kata ada dalang dibelakang TGNA dan macam-macam lagi... Oiii ini pimpinan yang kata!!! Kalau nasib blogger tak payah cerita, macam-macam tuduhan yang kena, aaa gatai lagi nak jadi blogger, kalau dah ada segelintir pimpinan PAS yang menunjukkan sikap sedemikian kepada TGNA sebelum ini, maka bagaimanalah aku nak hormati mereka...

MOHON SEMBAH DERHAKA..



Wednesday, October 28, 2009

Wang Rasuah DiGuna Bayar Zakat

Salam Sejahtera....
Hari ini sehari suntuk aku tak dapat nak update blog, bukan tak ada modai.. tetapi keadaan dam masa tak mengizinkan.. Cuma disini aku sempat ambik sikit dari Mstar untuk kita berfikir sejenak.....

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Abdul Hanan Alang Endut mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah yang melibatkan nilai suapan berjumlah RM59,390.60 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Abdul Hanan, 57, dituduh menerima suapan-suapan itu di alamat No 25 Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1 hingga 15 Disember 2008 dalam bentuk cek-cek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan TechnoFund daripada Global Goodway (M) Sdn Bhd.-Foto BERNAMA

Ada sesiapa kenai Datuk mangkok hayun ni, kut-kut orang kampong sesama sekolah dulu ka, pak penakan ka apa sekali pun aku ucap tahniah ke atas Datuk ni kerana !!! Satu dari 10 pertuduhannya ialah wang rasuah ni digunakan untuk membayar ZAKAT PENDAPATAN...., Ini beerti bagi Datuk mangkok ni halallah rasuah... sebab u tolong I, jadi I tolong u...., apakah ilmu yang dipakai ni dia ambik dari parti UMNO!!!
Tapi jangan bimbang, kes-kes VIP macam ni, mana ada lagi kesnya sangkut sebelum ini, yang agak terbaharu kes bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, lepas...Peguam tersohor UMNO Datuk Shafiee Abdulah boleh settle punya....

Mampos UMNO.... Ameen.

Tuesday, October 27, 2009

Kisah dari Gambar.

Sila Perhatikan betul-betul....
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee (kanan) menenangkan seorang murid Mohammad Ammar yang terselamat semasa melawat tapak jambatan gantung yang menghubungkan Sungai Kampar runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini, hari ini. Sehingga kini, seorang murid lemas yang dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala 19 lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang telah selamat - foto BERNAMA

Betui ka tu nak menenangkan pelajar atau nak bergambar buat rakyat 1Malaysia nak bagi tau yang " aku ni prihatin dan berjiwa rakyat"... Tapi kesian kat sorang lagi tu kat belakang tu..., yang kepala merelit tu...tak dapat posing sama, tu yang moyok aja tu....esok nak sidang DUN, apa idea untuk esok!!!.....

Eloklah Tan Sri Khalid Ibrahim Pecat Hassan Ali..

PAS tak akan berpecah.

Oleh: Dr Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.
Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi
saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah.
Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz.
Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak.
Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating.
Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya
fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu.
Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas.
Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan.
Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi? -Abdul Aziz Bari.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari