Kalau sebelum ini YB Kuala Selangor Dr Zulkifli hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai kekalahan besar PAS di PRK Bagan Pinang, mungkin kerana beliau sendiri Pengarah Operasi PRK Bagan Pinang, maka sentuhannya masih lagi beralas dan berlapik demi wala' kepada pimpinan.
Tetapi bila kelmarin seorang Tokoh Akademik Undang-undang dari UIA Dr Aziz Bari sendiri pun turut sama menyentuh dengan lebih terang dan jelas, maka barulah nak melenting Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmaddengan menjawab balik apa yang diperkatakan oleh Dr Aziz Bari.
Tetapi sayang, jawapan yang diberikan oleh Ust Idris itu sedikit melencong dari apa yang diperkatakan oleh Dr Aziz malah bukan sahaja dipertahannya Presiden PAS tetapi seolah-olah jawapannya semacam nak membodek Presiden.
Jawapan sebegitu tidak akan ada kesudahan dan penamatnya, dan awal-awal lagi lagi dan kena pukulan smash drop yang rasanya tak sanggup aku nak baca di SINI . Bukan di di blog itu itu saja, banyak lagi blog-blog yang pro dan juga ahli PAS turut mempertikaikan jawapan tersebut. Aku sendiri tak paham, kenapa Ust Idris mempertikaikan peranan blog, sedangkan dia pun ada blognya sendiri, apakah blog-blog yang atas kapisiti nama Pemuda PAS, Muslimat atau PAS Kawasan sahaja yang boleh diperakui beritanya....?
Apakah kemelut yang dihadapi ini tiada penamatnya?.. Terus terang aku katakan selepas sahaja Muktamar PAS pada bulan Jun yang lalu, sedikit sebanyak timbul keraguan aku terhadap beberapa orang pimpinan sehingga sekarang, malah disebabkan perkara tersebut aku hampir-hampir nak berperang dengan blogger Albanjari.
Timbul perasaan sedih dan malu bila aku melihat perjalanan Pemilihan Jawatan Tertinggi Parti MIC yang cukup telus, begitu juga dengan EGM MCA baru-baru ini pun sama, ketelusannya yang tak boleh nak dipertikaikan lagi kalau nak dibandingkan dengan Pemilihan Parti PAS di Muktamar yang lalu, Sayang Parti orang Kafir lebih Telus dengan parti aku sendiri....!
Ahli-ahli PAS walau macam mana sekali pun kesetiaan terhadap Parti memang tak perlu dirisaukan, tetapi bagaimana dengan pengundi-pengundi atas pagar dan bangsa asing, kenapa bila Makkal Sakti dah tertubuh maka PAS masih lagi terkial-kial dan tubuh Kelab Penyokong sebagai Sayap, sedangkan perkara ini dah berapa lama ditimbulkan!
Apakah pimpinan PAS yang ada sekarang ini hanya mahukan suasana sebelum PRU12 2008 yang berulang kembali, cuma yang boleh aku sebutkan harapan aku pada Pimpinan buat masa ini hanyalah pada Murshidul Am PAS, 3 orang Naib Presiden dan beberapa orang AJK PAS PUSAT sahaja, selain dari itu harap maaf.
Mohon Sembah Derhaka....
MOHON SEMBAH DERHAKA... kami bersetuju sangat2 dengan tulisan tuan hamba ini. Tepat dan kena pada situasinya...
ReplyDeleteHOI SALAM TAK GUNA AKAI KE HEBAT SNGT KE HANG NIE PEKARA DAH LEPAS JGN DIKENANG JGN JD KACANG LUPE KN KULIT JD BLOGER PUN ADA HALAL DAN DOSE INGAT ALLAH BNYK DAN ZIKIR LE SELALU JGN ASYIK NK MENULIS JER
ReplyDeleteamenda la lu ni.Hentam sana,hentam sini.Lu ni blogger PAS ke apa.Agak-agak la.MIC,MCA lebih telus dari PAS.Mana ko tahu.Percaya orang tu,tak percaya yang ini.Bersangka baik,cerita yang baik2.Dah lah cerita cedok sana,sini.dapat komen ikut sedap.Bijaksana la sikit.PAS hentam PAS,dedahkan keburukan PAS,ko niPAS amenda.Hoi..ngaji lebih sikit cara jadi blogger Islam.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya suka baca blog saudara, coz saya asal Lekir, tapi la ni duduk Ampang. Bila baca celoteh saudara, terkenang kampung dan perjuangan bersama DPP Lumut tahun 1988-90. Masa tu, boleh bilang keahlian kami. Tapi akhir2 ni, ayat saudara terlalu power le. Memang saudara punya blog, tapi takut nanti ada yang baru nak berjinak dengan kita, takut lak dengan bahasa saudara. Teruskan dengan idea terbaik saudara.
amboi n51,
ReplyDeletehebat betui bahasa..tahniah...
tp jgn lupa..yg nak pangkah pas rakyat..bukan kaki bodek pas je..paham kot!!
http://colourluna.blogspot.com/
N51 Pasir Panjang,
ReplyDeleteMengata dulang paku serpih ker?
Ana bukan nak bela manjungmari tetapi jika "kekasaran" manjungmari itu anta anggap sebagai kurang adab, bagaimana pula dengan komen tampa hujah anta tu?
Maksud ana, bukan isi komen tetapi cara memberikan komen tu. Islamik ker?
Semua kita wajib muhasabah dan jangan emosional kerana emosional itu syaitan.
Tak tahulah kot kot N51 Pasir Panjang nih tak "lut" tikaman jarum syaitan.
Salam Manjung Mari,
ReplyDeletePAS menurut perlembagaannya adalah baik. Tapi, pemimpin PAS yang buat banyak hal bodoh.
Islam adalah jelas dan terang. Tak ada yang dirahsiakan. Kalau PAS ada rahsia, itu maknanya ada yang tak betul.
Ahli PAS, NS.
Adakah Ust Idris sudah belajar dengan Roslan SMS? Harap aku tidak le. Takke le orang ada Master nak merendahkan level macam tu sekali!
ReplyDeleteMohon maaf dari N51.N51 dicerobohi tanpa disedari dan gambar En.Hamidun timbul secara kebetulan kerana kesilapan teknik.Untuk makluman dan pembetulan,komen2 itu bukan dari staff di sini.Salam silaturrahim dari N51.Takbir!!!
ReplyDeleteN51..
ReplyDeletePendirian aku tetap seperti apa yang telah aku tuliskan, apa yang hangpa nak komen aku peduli apa.. kalau tak menjejas atau menyakitkan hati aku siarkan, kalau menyakitkan hati aku boleh reject.. tak kan tersiar...
Tapi hairan ya.. aku pun dah bertahun dah berblog, aku tahu yang mana nickname palsu atau benar, jadi kalau bukan tuan empunya N51 atau staf N51, ini beerti adalah tangan-tangan ghaib yang melakukannya.
Terima kasih keran sudi memberi komen, sekurang-kurang memberi lagi aku semangat dan kekuatan.....
PAS skrg lbh kurang sm aje dgn UMNO. Wujudnya aktiviti mencacai dlm PAS. Sikap tidak boleh di tegur dan dikritik mmg meloyakan. Wala' smpai msk longkang!!! Jika PAS tidak berubah dari skrg, mmg PAS akn tersungkur dgn teruk. Sy mintak maaf, tp semakin hari semakin berat utk sy mengundi PAS melihatkan perangai Pemimpin2 dan Pencacai dlm PAS. Igtla, PAS tidak akn ke mana dgn undian ahli2 sdri. Golongan ats pgr spti sy ni slalu menilai n memerhati. Jgn plak timbul undi protes terhdp PAS semsa PRU13 nti.. PAS, TOLONG JANGAN SYOK SENDIRI!!!!
ReplyDelete