Salam Sejahtera...
Maka sesudah kapal ini separuh karam, dah dikirakan arwah dalam perkhidmatan TLDM, maka keluar pula kenyataan dari Pemangku Penolong Penguasa Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Nadzri Zakaria mengatakan kebakaran berpunca dari tank deck, (geladak kereta kebal), pulak dah... yang mana satu betul. Berita penuh ada di SINI.
Memang, kalau diikut dari cerita yang aku dok dengar pun dari kekawan yang aku kenal, berita yang sebenarnya seperti yang diceritakan oleh pegawai Bomba itu, bukan dari Menteri Pertahanan yang belum apa-apa dah keluar kenyataan.
Cuma ada lagi berita yang tak dimaklumkan.... Apa yang aku alami dalam TLDM ni ada 3 perkara yang paling tak digemari oleh anggota bawahan termasuk dengan aku sekali lah dulu.. depa panggil 3D.. Bukan 3 Digit oii.. Duty, Division dan Debit..., Duty maksud dia bertugas, tengok kepada keanggotaan, kalau ramai tugasannya 4 hari sekali, 3 hari atau 2 hari.. itu yang fed up tu.., Division ni pulak ialah kena pi padang kawad, beratur pakai uniform putih, nanti adalah pegawai atasan buat pemeriksaan, tetapi ini jarang sekali belaku, paling banyak pun sekali sebulan...., paling kurang setahun sekali.., dan yang ketiganya debit,, debit sekarang mungkin dah tak banyak lagi berlaku...iaitu potong gaji, waktu aku dulu, system gali zaman tepuk (iaitu beratut pi kat pegawai sain(T/T) baru dapat gaji, selalunya banyak sangat kena debit, tak tau apa benda yang didebitnya...
Sekarang ini yang masih berjalan ialah duty, ini yang aggota fedup, kalau dah duty ini makan tidur kat tempat bertugaslah sehari semalam, tak kira kapal atau pengkalan.., dan salah satu acara wajib dalam duty ni ialah latihan pencegahan kebakaran (fire fighting), ini mesti dilakukan..
Dari cerita yang aku dengar, sebelum kejadian kebakaran di KD Inderapura, pada malam itu telah diadakan sampai 4 kali latihan kebakaran, terakhir berlaku latihan ialah pada jam 5 pagi....
Ini semua terletak kepada pegawai yang bertugas (OOD) Officer On Duty.. kalau sampai 4 kali ni kira pegawai yang sickening lani,,, salah guna kuasa..., jadi apakah kerana para petugas-petugas dah terlampau letih disebabkan latihan kebakaran maka kebakaran betul dah tidak diambil pedulu lagi bila kebakaran sebenar berlaku..., dan ada juga yang mengatakan ada yang terlampau marah sakit hati diatas latihan tersebut, maka berlakulah kebakaran itu.. wallahuaklam, hak itu aku tak pasti, tetapi ada juga dengar cerita sebegitu...
Yang teraniya anggota-anggota kapal selam yang akan berpindah ke Kota Kinabalu, kerana habis barangan mereka yang telah diloading ke kapal habis terbakar, buat masa ini mereka cuma dibayar saguhati sebanyak RM200.00 seorang, ...dan sebuah kereka Kia Naza yang baru dua hari keluar kedai ada bersama dalam tank deck turut terbakar...lain dari itu enjin kapal, alat-alat ganti turut hangus... nasib baik tak sempat lain-lain kereta yang banyak lagi tak sempat diloading ke dalam tank deck.
Sekarang yang seronoknya ialah sebuah syarikat yang mana ada hubungan dengan seorang kerabat diraja yang dapat kontrak untuk menimbulkan kembali kapal itu dan akan ditarik ke perairan Pulau Sembilan untk dijadikan tukun, entah berapa banyak lagi wang rakyat yang terpaksa dikorbankan untuk kerja-kerja tersebut.
Mampos UMNO.... Ameen.
dah 4 kali buat rehearsal sehingga anggota penat. bila emergwncy alarm berbunyi dah letih, ingatkan rehearsal lagi... jangan2 4 kali rehearsal tu sengaja dibuat supaya anggota letih dan tal alert... macam sabo je... sabo-menyabo bawak bahagia...
ReplyDelete