Baru nak tarik nafas lega bagi pejuang-pejuang bahasa Melayu yang mahukan PPSMI dihapuskan, dah keluar pulak satu pertubuhan baru, aku tak pasti berdaftar atau kumpulan haram, kerana sebelum ini tak pula pernah dengar.
Parent Action Group for Education (Page), ha ini dia nama dia, nama pun dalam sebutan orang putih, pengerusinya ha gambar dia, puas aku serch kat google baru nak jumpa, saja nak kenai orang, jangan main dengar nama aja... apa pun aku tak pernah lihat dan dengar sebelum ini, mungkin ahli wanita UMNO juga kut...
Kumpulan Page ni mahukan Kementerian Pendidikan beri pilihan kepada sekolah sama ada nak meneruskan PPSMI atau tidak. Kerana menurutnya ada 7 buah sekolah kebangsaan di Wilayah dan Selangor dari pungutan suara ibu-bapa pelajar 97% mahukan PPSMI diteruskan.
Apakah ini sebagai satu strategi untuk melengahkan lagi penghapusan PPSMI, Mat Sembab sebut dalam Parlimen 2 hari sudah, penghapusan PPSMI akan dilaksanakan pada tahun 2012, 2 tahun 2 bulan lagi, macam-macam boleh berlaku selagi UMNO yang memerintah.
Apakah kumpulan PAGE ini sebagai nak menyelamatkan PPSMI? Wallahuaklam.
Teringat malam tadi sewaktu kuliah magrib, ustaz yang bertugas tu dok sebut, alangkah baiknya jika cuti sekolah akhir tahun yang hampir 2 bulan tu, ditukar tarikhnya, iaitu masuk saja bulan Ramadhan, maka cuti penggal ketiga pun bermula, jadi dapatlah pelajar-pelajar tu diberi didikan ugama dalam puasa tu, cikgu-cikgu pun dapat nak mengerjakan amal ibadat dengan lebih mudah, dan banyak lagi faktor-faktor yang menambaik untuk umat Islam.
Bolehkah perkara ini berlaku, jangan harap selagi UMNO yang memerintah, Ingat tak, Johor dan Perlis sebelum ini cuti mingguannya ialah hari Jumaat, seperti mana Kedah, Kelantan dan Terengganu, disebabkan UMNO yang terlalu sayangkan umat Islam ditukarnya pada hari Ahad. Padan muka orang melayu..
Artikel Berkaitan;
Mamposs UMNO..
No comments:
Post a Comment