boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, October 30, 2009

Huru - hara Politik Malaysia


friday, october 30, 2009

oleh ali :


Salam kepada semua. Politik Malaysia semakin hari semakin ganas. Semakin gila. Meeting khas konon, adun PKR yang ke 4 keluar melompat bebas, Jeffry letak jawatan kat Sabah dan kenkawan lain ikut, Zaid ibrahim gaduh dengan Azmin Ali(Hey Azmin !! tahulah ekau kacak tapi janganlah nak mempertikaikan perut boroi Zaid), Hannah Yeoh gaduh dengan Ronnie Liew, Wee Chee Keong tuduh Ronnie Liew mafia kongsi gelap cina dan lain-lain lah. Isa Samad tenang je kira berapa projek dia boleh sapu bersama-sama dengan abang kandungnya, Dato' Gan.

Rakyat ?? Huh, semua tengah kira hutang bank yang belum bayar. Pagi-pagi keluar kerja bersesak-sesak dalam komuter. Anak-anak pulak makin hari makin kurang ajar. TV setiap hari cerita satu Malaysia makmur. Perogal makin bertambah dikalangan kita. Perompak dan pencuri menunjukkan peningkatan yang cemerlang. Tak pernah berkurang. Perompak dan pencuri ni sayang dengan pemimpin Malaysia tak kira parti. Mana pernah diorang rompak pemimpin Malaysia. Penyangak hanya merompak rakyat Malaysia. Susah nak muncul 
Robin Hood di zaman ini. Mungkin Isa Samad layak dapat title tu. HA HA HA.

Pemimpin tak kira pejuang Melayu atau Islam, pernah tak diorang fikirkan kepayahan rakyat sekarang ni ?? Belah la. Mana pernah diorang fikirkan kita. Semua hanya fikirkan keuntungan politik masing-masing. Malaysia Baru ?? Apo yang baru bai. Hutang baru adolah. Bajet 2010 ?? Eh semalam Najib bagi den rumah dengan kereta Ferari. Kepala ayah kau. Rakyat semakin stress. Makwe kat 7E ?? Mano pornah senyum kat den skrang ni. Walhal den lah paling kacak kat N9 selepas ayah den. Dulu orang belah N9 timur mudah mencarut. Kini N9 barat lagi dahsyat mencarut. Masjid ?? Orang PAS ke Orang UMNO ke, mana pernah nak penuhkan masjid. Padahal nabi cakap solat jemaah bagi orang lelaki tidak kira masjid atau mana-mana tempat. Wajib jemaah sampai nabi nak bakar rumah muslim yang tak datang jemaah kat masjid pada waktu subuh. Ini yang den baca hadis buhari la.

Habis macam mana nak selesaikan semua problem-problem ni ?? Itu belum cerita maksiat lagi. Harapan ?? Makna harapan sampai sekarang den tak faham. Takde harapan langsung la gitu. Semua yang rasa diri itu bertuhan, pergilah mengadu kat tuhan masing-masing. Tanyalah dia kenapa ini semua terjadi. Tuhan den ALLAH. Tuhan orang lain ?? Nafsu pun boleh jadi tuhan. Den pernah tanya ALLAH mengapa den dikurniakan dengan pemimpin yang korup dan penipu. Ini pemimpin tak kira apo parti la bai. Tapi ALLAH tak jawab soalan den. Den bukan nabi Musa. Abih camno ni. ALLAH dah bagi Quran kan. Poie bukak Quran tu kojap.

Dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah petunjuk bagi kaum Bani Israil. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
[as-Sajdah 32:23-24] 


Dalam ayat di atas ALLAH bagitahu kek kito bilo kaum yahudi bersabar mengamalkan perintah dan larangan ALLAH, ikut cakap rasul yang diturunkan pada mereka maka ALLAH kurniakan mereka pemimpin yang adil dan tidak korup kepada kaum itu.

Umat islam boleh mengambil iktibar dari ayat di atas bahawa pemimpin yang memimpin mengikut ke arah petunjuk agama, tidak terhasil semata-mata dari kempen dan kertas undi. Akan tetapi terhasil apabila masyarakat itu sendiri yang sabar mempraktikkan agama secara syumul(keseluruhan) dan beriman sepenuhnya kepada al-Quran iaitu ALLAH.

Pemimpin lahir dari masyarakat. Jadi masyarakatlah yang mendidik pemimpin. Lantas masyarakat yang samalah melantik pemimpin. Walhasil balik asal. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah pemimpin. Masyarakat jahat, maka lahir pemimpin jahat. Masyarakat tak cerdik, pemimpin dua kali tak cerdik. Apabila berlaku kerosakan dalam sesebuah masyarakat dan negara, beban dosa tidak hanya digalas oleh pemimpin. Kito pun kono sekali.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
[ar-Rum 30:41]



Eh ingat bila ada pemimpin zalim dia sorang je tanggung dosa. Kito pun kono sekali. Beban tu rupanya ditanggung bersama-sama sebab pemimpin zalim lahir dari masyarakat yang zalim juga.

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang telah mereka usahakan.
[al-An‘aam 6:129]




Kesimpulan, jika dirasakan negara ini penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman, janganlah disalahkan kepada pemimpin(tidak kira apa parti). Tetapi salahkan pada masyarakat kita. Dah kita berada dalam masyarakat tersebut, maka salah diri kita sendirilah. Mengubah negara ini dari zalim kepada adil, kotor kepada bersih, miskin kepada kaya, kurang islam kepada islam sepenuhnya, maksiat kepada tidak maksiat dan lain-lain tidak didahului dengan mengubah pemimpin. Masyarakat dan diri kita sendirilah yang patut berubah. Selama ini kita bodoh. Berusahalah menjadi cerdik. Jangan taksub kepada pemimpin. Bigotry is an enemy.

Rupa-rupanya kita kena ikut sunnah dakwah nabi. Mula-mula ALLAH betulkan Muhammad S.A.W kemudian selepas nabi sudah benar-benar bersedia baru dia beralih kepada isterinya. Selepas itu kepada sahabat-sahabat dan teman-teman rapat baginda nabi. Kemudian kepada den. Eh silap kepada sepupu nabi iaitu Saidina Ali. Dan seterusnya. Ia membentuk masyarakat bertauhid iaitu masyarakat yang tidak mensyirikkan ALLAH. Dalam hati mereka, hanya ALLAH sahaja yang bermaharajalela. Barulah ALLAH bagi bonus kepada baginda sebuah negara untuk diperintah iaitu Madinah. Ia bermula dari individu iaitu baginda nabi > isteri dan famili > masyarakat > bonus dapat jadi pemimpin negara yang bertakwa kepada ALLAH.. Den ulang balik.

Individu > Famili > Masyarakat > Negara

Agak-agak kita buat tak semua ni. Micheal Jackson pun tahu pasal sunnah nabi.Takkan ekau pun tak tahu. Lagu "Man in the Mirror" tu lagu Micheal Jackson la. Jika mahu berubah mulakan dengan diri yang dihadapan cermin itu. Itu mesej lagu tersebut. Mari dengar dakwah Micheal Jackson ini. Mesej dakwah lagu ini benar. Bagi yang muslim gunalah kefahaman islam anda dalam memahami mesej lagu ini. Berubahlah. Mulakan dengan diri anda sendiri.

Anda sudah berubah ??

Link : baganutama.

1 comment:

  1. YANG KALUT MALUTNYA HANYA PAS DAN PAKATAN RAKYAT..DLM BN PERKARA INI UDAH BIASA PAK

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari