Malam tadi sewaktu kat surau, aku dihujani soalan yang aku sendiri tak tau nak jawab, mula-mula soalan pakai isyarat tangan, aku tak faham lagi, pi dekat rupanya ... malas aku nak tulis.., kemudian mai sorang lagi dok bisik kat aku, " Hasan Ali dah keluar PAS masuk bebas", secara spontan mulut aku pun terus bersuara Alhamdulillah, bukan apa.. aku dok ingat dengan tindakan ini selesailah sedikit kemelut yang PAS dok alami sekarang.
Balik dari surau, on PC, ceeiiss, tak ada apa pun berita itu, apakah aku tertipu atau mendapat maklumat salah? Wallahuaklam.
Kemudian dalam masa nak tidok, terfikir dibenak kepala, kenapa pimpinan boleh jadi begini, masing-masing tak nak beralah, tak bolehkah nak berlapang dada buat jamaah Islam. Dalam pada itu teringat aku dalam satu kuliah dua tiga lepas, kata ustas nak tegak negara Islam cuma ada tiga cara, pilihanraya (politik), perang dan juga revolusi.
Suasana iklim rakyat Malaysia, perang memang tak mungkin berlaku lagi buat masa ini, revolusi pula, rakyat Malaysia yang sentiasa kekenyangan sehingga Dr Mahathir pun tegur ramai yang obesiti, pasti tak akan berlaku, revolusi hanya boleh berlaku seperti di Indonesia sehingga turunnya Suharto dari tahkta, kenapa? rakyatnya bangun kerana makanan dah tak ada, manusia bila dah lapar semua boleh berlaku.
Jadi yang ada dan sesuai hanyalah pilihanraya, walaupun ada sesetengah kumpulan Islam mengatakan pilihanraya dan politik tidak syarie, lantak pilah kat depa.. bagi aku politik dan pilihanrayalah yang boleh dipraktikkan untuk menegakkan negara Islam.
Dalam kontek Malaysia sekarang, Insyaallah, kemenangan buat Islam sudah semakin hampir, musuh utama dah hampir-hampir dapat ditewaskan. Dalam strategi peperangan kadang kala arahan dari pimpinan tertinggi amat mengelirukankan, seumpama kisah sahabat di zaman pemerintahan Khalifah Uthman ibnu Affan (RA) yang memerintahkan jawatan Panglima Perang dilucutkan dari Khalid Ibnu Walid dalam peperangan Yarmouk. Alhamdulillah, Khalid Ibnu Walid dengan rela hati menurut arahan khalifah tanpa sebarang bantahan walaupun pada zahirnya Khalid tiada apa-apa pun melakukan sebarang kesalahan.
Kenapakah pimpinan-pimpinan sensasi yang ada didalam PAS sekarang ini tak boleh nak berlapang dada seperti Khalid Ibnu Walid, aku nak tanya sikit, kita ni berjuang dalam PAS ni kerana Islam atau kerana nak cari makan, kalau nak cari makan pi dok kat UMNO, kat dalam PAS tak ada semua tu, dalam PAS yang ada adalah pengorbanan, itulah realitinya. Kalau untuk ahli dan penyokong yang diwar-warkan ialah pengorban masa, wang ringgit dan berbagai-bagai lagi, tetapi bila pimpinan baru diarahkan buat EGM sahaja dah berbagai helah yang kita dengar, kalau tidak bersalah dan yakin dengan kebenaran kenapa nak bagi bermacam alasan, dimanakah yang dikatakan wala' tu..
Inilah yang dikata 3 ta.. tapi dalam PAS mungkin 2 ta sahaja kut, iaitu takta dan harta, itulah yang sangat-sangat dipertahankan. Biasalah lah tu, katakan jika yang dituduh itu jawatannya setakat Pesuruhjaya negeri sahaja, tiada jawatan ADUN atau Ahli Parlimen, tiada jawatan EXCO dan kepentingan lain, agak-agaknya boleh jadi tak seperti sekarang? Cubalah contohi bekas pimpinan PAS seorang ini Wallahu aklam.
tgna mahu ahli pas menyingkirkan mustafa ali, hasan ali dan nasharuddin isa dari kepimpinan pas demi kredibliti pas.
ReplyDeletebro
ReplyDeletemohon dpt bersama dlm kempen Mari Berdoa Untuk perubahan PAS.Harap dpt up kan logo di widget tanda sokongan
Boleh ambik code disini
http://xenanhu.blogspot.com/2009/10/berdoa-utk-perubahan-pas.html
korang dah baca ka utusan hari nie.aku setuju apa yg diungkapkan oleh menteri pertahanan..inilah petunjuk besar drp ALLAH..doa agar UMNO hancur dan berpecah sedang melanda PAS..alhamdullillah
ReplyDeleteBhai...
ReplyDeleteGua maleh la nak citer apa... cuma itulah tanda-tanda kebesaran Allah untu membersihkan PAS dari saki-baki cinta dunia....
Geng cinta dunia dah makin ramai dah kat dalam PAS nih... tue yang makin jadi tue idea diorang nakkan UG tue..
minta presiden dan majlis syura pecat mursyidul am.
ReplyDeleteagak2 bolehke nik aziz dan pencacai2nya jadi kalid al walid???
haluuuuuuuuuuuu....
ReplyDeleteSebagai ikhtibar dan pengajaran, itulah hakikat yang terpaksa diterima apabila ada di kalangan Pemimpin PAS yang cuba terjun ke dalam lubang taik apabila melihat ada kilauan emas di dalam lubangnya. Biarpun itu belum pasti emas tetapi akibat perjuanganya itu lebih kepada perjuangan perut dan nafsu, maka mereka sanggup untuk bergelumang dengan najis dan rumah syaitan itu. Akibatnya orang lain yang tidak bersalah juga akan terpercik sisanya.
Mereka sama sekali tidak mempedulikan nilai perjuangan saf di bawah. Yang penting mereka hanya tahu bila bersatu, mereka akan dapat kedudukan utama dalam kerajaan. Peduli apa mereka tentang nilai perjuangan saf Islam.
Aku amat bersetuju dan menyanjung tinggi pandangan TGNA. Lihatlah selama hampir 20 tahun beliau memerintah Kelantan dengan diskriminasi daripada UMNO. Betapa tersiksanya minda dan fizikal didera oleh UMNO yang ingin dijadikan sahabat seperjuangan oleh 3 Abdul ini. Pada aku, bukan 3 Abdul ini sahaja yang sepatutnya di tarbiah, tetapi PAS haruslah melihat sama peranan Harun Taib, Nasharuddin Tantawi, Dr.Harun Din dan Ust Mat Iraq.
Secara peribadi, aku cukup terkilan dengan budaya PAS Terengganu. Rata- rata masalah ini lahir daripada pimpinan PAS negeri tersebut. Aku harap ini budaya masyarakat Terengganu walaupun aku cukup arif dan mengerti dengan perangai dan sosio kelakuan orang-orang Terengganu.
TGNA telah berkali-kali memberi peringatan tanpa ada apa-apa kepentingan betapa peri jahatnya UMNO ini. Namun seakan-akan pesanan, nasihat dan teguran TGNA ini dikesampingkan oleh individu tertentu untuk kepentingan agenda peribadi. Memang betul lumrah dunia pada hari ini, apabila perjuangan itu bukan lahir atas kesedaran ISLAM yang maha suci, seseorang ustaz boleh berpaling tadah, seseorang yang bergelan TG juga boleh terpengaruh dengan bisikan dunia jika selalu berdampingan dengan orang sebegini.
Natijahnya, PAS yang aku sayang dan dokong sepertimana aku menatang anak pertama yang lahir ke dunia ini semakin bergelok. Inilah akibatnya apabila menyimpan MANUSIA yang gagal bergelar INSAN dalam perjuangan. Jika menghidap kencing manis, kita terpaksa rela memotong jari atau bahagian anggota lain demi menyelamatkan seluruh tubuh. Kita sayang pada jari tersebut, namun jika kita tetap simpan dan belai ia, kudis di jari tersebut akan menyerang anggota lain. Apatah lagi jika kita sudah tahu dengan jelas, sudah terang lagi bersuluh bahawa jari tersebut memang mengundang padah.
Malangya kita, apabila berada hampir di ambang bulan bersinar di Putra Jaya, pembawa panji dan panglima di hadapan mula tamak haloba. Indahnya perjuangan kita selama 50 tahun yang penuh derita itu hanya di mangkuk hayunkan oleh 3 Abdul dalam PAS.
Kesian aku pada generasi yang akan datang yang pastinya akan terus menderita hasil tangan-tangan mangkuk hayun bertiga ini di samping konco-konconya yang menyembunyikan diri di sebalik kain serban masing-masing.
Ingatlah, masa depan kita sebenarnya bukan bersama UMNO tetapi bersama wadah PAKATAN RAKYAT !!!!!!
KHAK TUIH!!!!!!!!!!!!!!!
Kesiannya org UMNO mcm anon 5.40 ni.. Tk sbr sgt2 nk TGNA berundur dari PAS. NK wt cmne coz hy TGNA sj yg UMNO tk dpt nk kalahkan selama ini.. Yg lain2 tu tkde mslh bg UMNO. TGNA di lihat sbgai penghalang utama UMNO skrg..
ReplyDeleteKiter sebenarnyer dah kehilangan Khalid Al walid dalam PAS semenjak muktamar lalu. Semenjak itu bila dimedan Perang Manek Urai, Perang Permatang Pasir dan Perang Bagan Pinang kita banyak terluka. Sebelum ini biler Khalid jadi Panglima Perang kiter memperolehi kemenangan yg amat membanggakan seperti di Bukit2 dan batu buruk. Fikirkanlah sampai bila PAS nak mengharapkan kekuatan DAP dan PKR jer(Cina dan India) bila PAS nak mencuri undi melayu?
ReplyDeleteKembalikan Khalid buanglah golongan Abdullah Bin Ubai
ReplyDeleteJaga mulut di dalam bercakap tentang pemimpin kita. TGNA merupakan mursyidul am PAS.Siapa kita nak halang beliau daripada mengemukakan pandangan?
ReplyDeleteCuba tanya,berapa banyak tahajud kita,istikharah kita berbanding tgna? Beradablah sikit.
Benda ni masih belum tamat.Jangan cepat-cepat buat kesimpulan TGNA tak betul,diperalatkan oleh orang lain. TGNA sebagai pemimpin tertinggi PAS yang wajib diberikan wala oleh ahli telah mendengar banyak pandangan dan aduan daripada ahli bawahan.Beliau mengetahui perkara yang kita tidak tahu.
TGNA sedang memberitahu ada bahaya dalam PAS yang terdiri daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri. Sejarah PAS sendiri membuktikan berapa ramai pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendri yang belot daripada perjuangan. Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad, kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Mereka adalah Presiden dan Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang?Adakah mustahil Timb Presiden PAS sekarang untuk mengambil langkah yang sama? Inilah bahaya yang hendak dikhabarkan oleh TGNA.
Kita sebagai ahli seharusnya mendengar dan meneliti pandangan TGNA, bukannya melompat dan menuduh beliau bukan-bukan.Siapakah yang mengajar ahli PAS berlaku biadap kepada Mursyidul Am/Pemimpin Tertinggi mereka sendri. Sehinggakan membakul sampahkan semua pandangan beliau bila sahaja PANDANGAN BELIAU BERTENTANGAN DENGAN PANDANGAN HASAN ALI DAN ROSLAN SMS. Mulia sangat ke Hasan Ali dan Roslan SMS sehinggakan kita membuang pemimpin tertinggi kita sendiri yang berjuang bersama-sama kita berpuluh tahun semata-mata untuk membela Hasan Ali. Siapa Hasan Ali tu? Tidak lebih bekas Timb Pengarah INTAN/BTN/PTD yang tugas mereka membrainwash orang lain agar mennyokong UMNO di atas nama Perpaduan Melayu.
Kalau Hasan Ali boleh bagi pandangan di Media tanpa melalui mesyuarat, kenapa pula Mursyidul Am kita sendiri, kita halang daripada memberikan pandangan di media.Adakah Hasan ALi lebih tinggi kedudukan dalam PAS dari TGNA? Adakah sudah sampai tahap biadap begitu ahli PAS sekarang semata-mata untuk mempertahankan orang (Hasan Ali dan Roslan SMS) yang mereka sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.
Begitu teruk kekeliruan dan kebiadapan ahli PAS sekarang, sehingga ada yang mengatakan bahawa Mursyidul Am tidak layak untuk membuat komen tentang perkara-perkara tertentu. Tinggalkan kepada Presiden. Harus diingat,kedudukan Mursyidul Am dalam parti lebih tinggi daripada Presiden.PAS mewujudkan jawatan mursyidul ama adalah untuk mengawal kuasa Presiden sekiranya presiden yang dilantik menyeleweng daripada tugasnya. Nah, sekarang ini TGNA telah menjalankan amanahnya sebagai seorang Mursyidul Am.Kenapa kita harus melenting?
Dengar dan patuh kepada arahan pimpinan tertinggi, kerana di situ ada keberkatan perjuangan.
Gambar nik aziz tu pun dah macam sedang pakai kain kapan dah. mampos la cepat manjung mari dan nik ajiz ni... khaik ptuhi... oi manjung mari celaka,, nape dah tak letak dah gambor mampos umno... dah kena batang hidung sendiri ke,,, khaik ptuhi,,,,,,,,, cissssssssssss
ReplyDeletePAS itu TGNA..TGNA itu benteng PAS..yg tak dapat terima hakikat,boleh belah,boleh berambus ke rumah OMNO
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteKhalifah dan kepimpinan Islam melucutkan jawatan panglima perang, daripada Khalid Al Walid pada ketika itu kerana di dapati para sahabat yang pergi berperang ada yang tergugat keimanannya dengan menyatakan secara tidak langsung bahawa kemenangan ialah kerana pimpinan Khalid tanpa menyedari anggapan tersebut akan menggugat keyakinan bahawa kemenangan adalah anugerah dari Allah.
Renungkanlah ketika ini, ada kalangan ahli dan penyokong PAS mengandaikan kemenangan Islam ketika ini kerana adanya TGNA. Kepada mereka yang berfikran sedemikian kembali kepada sejarah Khalid Al Walid, Katalah Khalid Al Walid itu, TGNA. Apa tindakan tuan/tuan.
Wallahuaklam
hoi hjWalid..sejak bila PAS jadi hak milik TGNA...aku rasa PAS akan lebih aman sentosa tanpa kelibat TGNA yg jelas sudah diambang kenyanyukan..Buat ust Nasha dan cikgu Pa..pemimpin yg perlu disanjung ialah pemimpin yg sentiasa menjaga aib kita
ReplyDelete