boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, November 15, 2015

Ke Manakan halatuju Parti PAS seterusnya..

Pas Pusat akan panggil Dato' Husam Musa! Itulah tajuk sensasi sehari dua ni... 

Tindakan ke 2 Dato' Husam dalam pemyampaian Ceramahnya "Demo Tanya Hamba Jawab" telah membuat aku teringat nak memblog kembali setelah begitu lama aku tinggal...

Satu kata-kata DHM dalam ceramah tersebut iaitu beliau lebih menyayangi Parti Pas dari segala-galanya hatta melebihi dari Presiden parti adalah bagi aku itu adalah satu password untuk beliau membongkar seterusnya apa yang berlaku dalam parti sebelum ini..

Bermula dari burok kelaku Mursyidul Am Pas yang membela Najib dalam isu 1MDB, aku dah mula merasakan cukop kecewa dah, cuma menahan persasaan sedih dgn apa yang berlaku, kemudian Presiden pun tumpang sekali membela Najib, adoi...., sehinggalah keluar kenyataan satu demi satu, isu bajet 2016, dan yang terakhir nak jadi penasihat,, buatlah apa yang patut, ikut suka hampalah.. buat masa ini aku hanya sekadar melihat apa yang akan berlaku dan terus berlaku...

Pada dasarnya aku ingat kut selesai sudah masaalah dalaman Pas apabila keluarnya beberapa pimpinan yang diketuai oleh Bang Mat Sabu dgn menubohkan parti baru PAN, maka pakat riuh rendahlah pimpinan Pas menghentam salah seorang Ahli parlimen Pas yang menukar ke PAN dalam isu tertalak isteri, tak terjawab mereka, nasib baik ada golongan ulama tak berparti menidakkan apa situasi yang berlaku dengan keluar Kenyataan secara adil...

Apa yang berlaku pada Pas dua hari lepas merupakan satu petaka yang tak disangka-sangka,, kalau pimpinan PAN yang buat cerita mungkin ada pihak akan membuat andaian atau persepsi yang boleh menimbulkan keraguan,, tetapi apa yang menyedihkan adalah ahli Pas sendiri dan mantan Naib Presiden parti sebelum ini, malah bukan beliau keseorangan, ada lagi pimpinan Pas Kelantan yang lain di belakang beliau turut bersama,,, jadi adakah kita nak kata Dato Husam tak betul?... 

Bila DHM keluar kenyataan PAS nak bergabung dalam BN sejak tahun 2008 selepas PRU12 yang lalu, kenyataan beliau turut disokong dalam satu ceramah pimpinan Umno Kelantan iaitu Ketua Pembangkan DUN Kelantan mencerita apa kisah tersebut.. 

video

Apa nak dikatakan lagi.... sedih hati aku mengingati apa yang berlaku, kita sebagai ahli bawahan tungging terbalik mempertahankan Pas , alih-alih ini yang berlaku.. 
 
Cukopkah sekadar PAS Pusat memanggil Husam untuk memberi kenyataan ?... 

Ingat tak lagi apa yang berlaku bila Nasharuddin, Hasan Ali dan Mustaffa Ali dalam isu PAs Umno, yang mana Almarhum TGNA mengarahkan ada satu muktamar khas, tetapi Presiden parti tak ikut pun arahan tersebut,, 

Dan dalam isu Husam ni pun, sepatutnya Pas Pusat laksanakan satu muktamar Khas, biar Husam menerangkan hal yang sebenar di hadapan semua perwakilan,, biar perwakilan yang membuat keputusan secara adil tanpa ganggu gugat dari tangan-tangan ghaib dan cai-cai tertentu.

Jikalau sekadar PAS Pusat sahaja yang buat keputusan, dan keputusannya memang dah dijangkan dengan kenyataan dari Dewan Ulama Pas, sebelum ini, percayalah akan keluar lagi kenyataan lain yang serupa Husam akan menimpa lagi parti Pas, kenapa boleh berlaku begini, kerana mereka semua sayangkan Pas sebagaimana Husam yang sayangkan parti sampai mati..   


21 comments:

  1. Selagi hj hadi jadi kepala..PAS akan hanyut tidak ada tujuan dan matlamat..

    ReplyDelete
  2. Macamana nak buat " muktamar khas"...kepala BARUA nya yg jadi dalang.

    Ha...ha...ha...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..mm dh sedar..selama hari ni bkn kami tentang ulamak..
    Yg kami tentang adalah ulamak2 jahat..ulamak korup..
    Syabas mm,bangun la kembali kita pertahan kn ulamak2 jujur..

    ReplyDelete
  4. kah kah kah
    Tajuk "Pimpinan PAS semasa telah terpesong dari PAS TGNA", yang dibawa oleh Husam Musa telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penyokong dan pendokong PAS di Kelantan.
    Walaupun Husam Musa telah dilihat sebagai seorang yang kecewa dalam rangka politik PAS Kelantan. Namun beliau telah menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya sebagai seorang ahli politik yang didakwa sebagai " anak didik TGNA". Segala dakwaan dengan hujah dan bukti yang mantap yang beliau kemukakan untuk mengaitkan pimpinan PAS pusat dan negeri sebagai rangkaian pimpinan yang lemah telah berjaya memberi pencerahan kepada penyokong PAS.
    Bagi politik Kelantan, pendedahan Husam mengenai penyelewengan dalam beberapa isu pembalakan di Kelantan telah membuat penyokong PAS tersentak. Adakah politik balak 1978 yang telah berjaya menggulingkan PAS akan kembali berulang?.
    Penyokong PAS kelantan sedar, mereka akan memperolehi kepayahan dan akan dianak tirikan oleh kerajaan pusat bila mereka memilih PAS. Namun mereka begitu bersemangat dan bangga bila pimpinan PAS dibawah TGNA telah menunjukkan model kepimpinan ulamak yang diidamkan. Namun keadaan yang tenteram dan kenteteraman itu telah mematah semangat mereka dengan setiap pendedahan yang tidak terjawab.
    Mungkin pendedahan dan cabaran Husam Musa boleh mengugat PAS, namun penyokong melihat "lebih baik membuang anggota berpenyakit dari kehilangan nyawa".
    Mungkin cabaran Husam Musa sedikit sebanyak telah menyedarkan pimpinan PAS pusat dari bersikap takabur dan menidakkan pandangan ahli dan penyokong bawahan PAS. Bahkan inilah peluang terbaik untuk pimpinan PAS bermuhasabah dan mengingsafi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
    Walaupun sedikit terlambat, kenyataan TITM untuk memanggil Husam Musa mengadap dan berdepan dengan AJK PAS pusat agak terlambat. Namun sekurang-kurangannya TITM telah menampakkan beliau juga pandai untuk membuat sesuatu kerja yang sepatutnya beliau buat.
    Kita mengharapkan isu Husam Musa tidak dikendalikan oleh TIMT seperti isu "kerat setandan" dan isu AMANAH. Dimana kedua isu inilah yang telah banyak menyerlahkan kelemahan TITM sebagai seorang pemimpin berwibawa. Inilah masa dan peluang pimpinan PAS membuang jauh sikap "telinga kuali" dan meremehkan suara hati penyokong bawahan PAS.
    Mungkin pimpinan PAS boleh tidur lena dengan apa yang dialami parti sekarang ini, namun penyokong bawahan PAS lebih merasa bahan panasnya. Dimana mereka inilah yang terpaksa menghadapi masyarakat dan bertungkus lumus mempertahankan PAS walaupun mereka tidak diberi sesen pun elaun, apa lagi untuk memperolehi kenaikan elaun yang berganda.

    ReplyDelete
  5. Bangang la hang bhai MM. Org lain lama dah celik. Hang yg buta hati. Takkan baru celik kot? Semua org sayang parti. Tapi pak lebai mcm hampa lebih sayangkan pemimpin. Hadi bukan nabi bro. Pemimpin datang dan pergi laa.

    Tolong pi habaq kat hj hadi, PAS ni bukan dia punya, bukan HAK dia sorang, dia diangkat jadi presiden untuk jaga amanah jaa.

    ReplyDelete
  6. Errr sat.. sattt... bhai MM, posting hang ni bunyi mcm tak wala'. Tak takut kaa nanti tak masuk sorgaaaa.

    ReplyDelete
  7. Sokong GHB amanah menderitalah melayu islam dalam beberapa tahun lagi.. kerana dap lebih penting dari syariat. Utamalah kan hidup yang singkat ini untuk orang yang menolak islam..seronoknya depa syok kat dap yang anti ulama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni lebih tahu dari allah.berat ni ,sebab kenyataan kau ni hampir menyalahi takdir dan kehendak allah ,jangan cepat menuduh walaupun kau benci pada peminpin GHB. mereka tu bukahkan melayu islam ? kawan seperjugan Pas dulu .tetapi disebabkan pemikiran jumud dan bodoh macam kau ni lah yang menjadikan peminpin ualamk kau betambah tinggi diri.kau menghina DAP seolah2 kau mengihian ualamk kau yang bancul tidak bertindak keluar dari kerajaan Selangor yang ada DAP ,kan bodoh namanya ,IBARAT kau ni makan ikan aje tetapi telah dimasak dalam sebuah periuk yang diadalam ada ikan ,ada ayam dan ada babi,faham tak .?tak faham ,iu bodoh namanya.

      Delete
    2. Kena tengok juga ulamak jenis apa? Kalau ulamak jenis uturn....tak sah la bro. Dah lama dah melayu merana, lebih merana melayu apabila tuang presideng becakap macam apco......kah kah kah, ulaumak dia!

      Delete
  8. Assalamualaikum Manjung mari .semoga sihat dan semoga kembali menulis demi kebaikan Pas dan rakyat.Tak terfikir kita apa yang akan berlaku di depan ini,dan kita bolih lagi menjagkakan apa yang akan terjadi pada Pas,aku harap tuan berdirilah ditengah2 sebagai pengadil yang adil ,sebagai penasihat yang bijak dan sebagai penulis yang tidak memihak sebelah pihak ,kalau bolih tuan usahakan agar pas kembali kukuh dan tidak bercempiar begini ,dan kembalikan ukhwah sesama pejuang yang telah lama berada didalam Pas .bersatulah Pas dan Amanah demi kami diperingkat bawah ni.Manjung Mari bila kembali ini biarlah dalam kekuatan semanagt yang tinggi demi menyatukan ahli2 dan juga peminpinya.terimasih MM.

    ReplyDelete
  9. Aku amat bersetuju Tok Hadi berundur dan memberi laluan kepada kepimpinan yang lebih berkarisna. Selagi Tok Hadi memimpin, keyakinan dan kepercayaan ahli kepada PAS semakin terhakis.

    ReplyDelete
  10. Hadi dan cai cainya adalah liabiliti kpd PAS dan please mustapha ali van c20 spender pakar putar alam dan memang 2 alam perosak PAS.

    ReplyDelete
  11. Selamat kembali MANJONG MARI ..2% dah nak menang Peminpin PAS wire pulak putus .

    ReplyDelete
  12. Oooiiii manjung mari hidup lagi blog ko rupanya ......... utk jawapan persoalan ajukan sila rujuk kat blog omakkau ......... tghh dah jawab husam ....... mudah2an kau tak terpengaruh dgn komen dan blog walaun sbb aku nengok kau pun dah semacam je ! Akhir zaman ni mmg banyak fitnah bib ....... jgn termakan dek fitnah ....... kang nyosal !

    ReplyDelete
  13. Akhirnya, x semua masalah punca dr Anwar Ibrahim.... hehe

    ReplyDelete
  14. Akhirnya, x semua masalah punca dr Anwar Ibrahim.... hehe

    ReplyDelete
  15. Bukan ke husam musa baru kalah hari tu.. takkan kita perlu melayan setiap kehendak dia.. penyokong pas telah berjaya membuat pilihan tepat dgn menolak husam.. cuba bygkan kalau dia menang dulu.. lagilah naik kepala..

    Kalau ada bukti tunjukkanlah tak payah nak bermain politik ala pan..

    ReplyDelete
  16. Ooooiiiii manjung mali ........ bukalah pemikiran kau ke hadapan, jgn dok kat takat lama dgn masih dok layan fitnah2 dpd barua dan balaci Dap spt PAN dsbnya .......... kau tahu apa sebenarnya gagasan pemikiran ttg konsep UG dan kerajaan teknokrat yg cuba dibawa oleh tghh ....... kalau kau tak faham baik kau pi jengok kat blog mountdweller, TKO atau mana2 blog yg memperkatakan ttgnya secara telus dan adil tanpa prejudis dan dendam kesumat ........ kau akan tahu betapa terkehadapannya pemikiran tghh ...... jgn kau dok terpengaruh dgn fitnah dan putar belir PAN dan barua2 Dap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng orang panggil barua ni boleh join dengan geng panggil orang bangsat. Pas sebijik Umno.

      Delete
  17. "betapa kehadapannya pemikiran TGHH.".kahkahkah..lawak paling win dari walaun

    ReplyDelete
  18. tghh dh jwb tuduhan husam dlm blog omak kau? takkan isu panas mcm tu sekadar jwb dlm blog omak kau je...sape dia omak kau tu? lidah rasmi pas yg baru ke? kenapa aku tak pernah tgk pun jawapan tu dlm media lain?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari