Salam Sejahtera...
Aku tak ada niat nak membicarakan apa yang berlaku di bawah ini, cuma sebagai iktibar buat kekawan-kekawan lelaki yang mempunyai kelebihan wang ringgit dan tenaga kelakian, kalau nak pasang dua, tiga atau empat sekali pun, janganlah buat sembunyi-sembunyi...masaalah akan timbul dibelakang hari, tanpa disangka-sangka.
Banyak kita dengar sampai ke mahkamah kes sebegini, bila berlaku .. bila si suami dah meninggal dunia. baru pecah tembelang, oii kita yang dalam kubur tu tak senang jadinya, bila yang hidup, waris-waris yang kita tinggal hidup bertempiaran tak sepakat sekata..., sepatutnya yang hidup pepakat mendoakan kita kat dalam kubur, ni asyik bertelagah, mana maunya setakat nak panggil jemaah surau mai rumah baca tahlil arwah,,
Bab poligami ni, kalau sesiapa yang ada keinginan, pergilah belajar ambik ilmu dari sahabat-sahabat kita ahli Al-Arqam, bab poligamilah,, memang aku respek habis... kekadang tu sang suami tak kisah pun nak pasang dua, tetapi si bini yang sibuk dok cari nak hadiah kat suami..., macam mana dia punya tarbiah, aku tak tau,,, aku pun teringin juga, tetapi apa nak buat..., serba serbi tak mengizinkan, tak mampu Yob... cukuplah sorang,,, aku nak ikut cara TGNA, ia takut bila dibangunkan kat akhirat nanti kebanyakan lelaki poligami berjalan senget...
No comments:
Post a Comment