boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, February 25, 2010

Episod Ekonomi 1Malaysia.

Salam Sejahtera...

Mula-mula nak penyedap cerita ekonomi, Tabung Haji bagi Dividen 5%, oii banyaknya,,, rupa-rupanya campur sekali hak bulan Sep 2 1/2% tahun lepas, entahlah, ekonomi baguih..., kemudian tak lama selepas tu, rakyat dihidangkan ramai jutawan Melayu di Malaysia yang terdiri salah seorangnya ialah Mokzani Mahathir dan Nazir Tun Razak, hebat ekonomi Malaysia, bertambah ramai orang Melayu yang kaya, walau pun yang No1 kaya ialah Taukeh Gula, sebab gula naik 20 sen baru-baru ini.

Kemudian minggu lepas, Bank Rakyat mengumumkan keuntungan berbilion-billion, keuntungan yang tertinggi dalam sejarah,,, tetapi yang hairannya bayaran dividen kepada ahli-ahli macam biasa juga 15 %, hebat ekonomi Malaysia....Kemudian banyak lagi syarikat-syarikat GLC, gergasi mengumumkan semuanya untung, untung, untung, tak ada yang rugi...

Semalam pula, semua channel TV berita jam 8.00 berita utama pertama sekali siar ucapan PM 1MaLaysia menyatakan ekonomi Malaysia telah pulih,, oii EKONOMI TELAH PULIH...,

Disebabkan ekonomi telah pulih semalam kabinet telah menangguh dahulu taarif elektrik kerana memerlukan maklumat tambahan, utusan.

Perlukah taarif semula sedangkan TNB juga untung berbilillion juga..tak cukupkah taarif yangada sekarang, yang sudah pun mencekik rakyat....

Oiii, rakyat bawahan termasuk dengan aku sekali tak perlulah tahu, dan sememangnya tak mau tahu bab-bab ekonomi, rakyat bawahan termasuk aku hanya mahu minyak petrol dan disel jangan lagi ada kenaikan, sebab ekonomi dah pulih, harga gula kena turun balik 20 sen, paling kurang pun 10 sen sebab ekonomi dah pulih, harga beras pun tak perlulah subsidi lagi kepada rakyat miskin, turunkan semula harga beras, sebab beras makanan utama rakyat malaysia,,,

Harga barang-barang keperluan utama rakyat perlu diturunkan sebab ekonomi dah pulih, dan lagi satu cadangan kerajaan 1Malaysia nak adakan cukai GST bulan hadapan perlulah dibatalkan, sebab ekonomi dah pulih.

BETULKAH EKONOMI DAH PULIH..., Kalau minyak tak naik, harga barang-barang banyak yang turun semula betullah ekonomi dah pulih, tetapi kalau bulan depan minyak naik, harga barang keperluan makin naik, gula tak turun, ini beerti rakyat Malaysia kena kencing....

1 comment:

  1. woi bodoh lembu, ekonomi pulih, maka kena turunkan balik harga yang dah di naikkan, kalau macam tu turunkanlah juga gaji ko tu wahai lembu nizar

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari