boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, February 7, 2010

Keputusan Mahkamah Persekutuan - Selasa 9 Feb 10, Zambri akan Menang..

Salam Sejahtera...

Kalau ahli jemaah dan penyokong PAS mengadakan program sembahyang hajat di seluruh Malaysia pada malam Jumaat lepas, dan ramai lagi ahli-ahli dan penyokong PAS berterusan mengadakan sembahyang hajat, memohon pada Allah memberika kepada yang hak jawatan MB Perak.

Maka sekonyong-konyong disebelah UMNO pun mereka juga bersembahyang hajat, dengan kuasa yang ada maka dikerah semua Pegawai Masjid Seluruh negeri Perak dengan melalui arahan daripada JAIP datang ke kediaman MB Perak meramaikan jemaah untuk bersembahyang hajat.

Apakah program itu bermakna Zambri pun takut dengan keputusan pada 9 Feb nanti, Tidak.. Itu hanyalah lakonan semata-mata, kononya mereka pun bermohon pada Allah untuk kemenangan tersebut.

Bagi aku keputusan mereka dah tahu sudah, program sembahyang hajat hanyalah ingin memberi tahu, merekalah yang benar, sembahyang hajat mereka yang diterima Allah, merekalah yang Islam sebenar.. itulah yang akan dimainkan selepas ini, sama-sama kita tunggu..

Sedangkan kita jangan lupa, bagaimana dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Sivakumar atas pergantungan Zambri dengan 6 Exconya, dengan seberapa segera keputusan keluar arahan menghalang segala tindakannya.

Berita TV3 jam 8 malam tadi pun ada menyiarkan keputusan tersebut pada 9 Feb , kenapa TV3 sibuk nak mewar-warkan kalau tak bersebab, siap bagi nasihat kepada sesiapa yang kalah terimalah keputusan dengan hati terbuka.

Apa pun kita sama-sama tunggu keputusan yang tinggal beberapa jam sahaja lagi..jika ditakdir Allah kita menang, Alhamdulillah, dan jika sebaliknya pun kita terimalah, ada hikmah disebalik tersebut.. bersedialah kita dari sekarang untuk PRU13 nanti, lawan tetap lawan..

4 comments:

  1. Lawan tetap lawan, dalam pru 12 yang lalu rumah aku 4 orang undi PAS bagi pabad nizar. Tapi next pilihanraya , tak kira la masa terdekat ke, pru 13 ke, yang konform dah bertambah sorang lagi yang boleh mengundi.. maka akan jadi lima oranglah yang dapat mengundi. Maka kesimpulan nya dapat lah meramaikan lagi undi tersebut kepada calon BN akan datang. Calon BN tau, tak kira la keling ke cina kapir ke, aku tetap dengan BN. Amin

    ReplyDelete
  2. keputusan yang akan diketahui padaaka selasa ini sangat menggusarkan najib. jika pr menang akan diadakan pilihanraya dun,jika sebaliknya bermakna rampasan kuasa yang dipersetujui oleh raja atau agong adalah sah disisi undang-undang. diberitakan ada sekumpulan pemimpin umno yang mahu menyingkirkan najib melalui cara ini akan mengadap agong pada bulan ini!

    ReplyDelete
  3. Kadang2 Allah menduga umatNya lebih dpd apa yg terdaya mereka,betul kata komer,redha lah dgn apa yg berlaku,percayalah kpd Qada' & Qadar,orang Islam wajib percayakan?...alangkah baiknya kalu brader Anwar pun sehaluan dgn komer terima apa yg terjadi sbg kehendak Allah yg mempunyai hikmahnya yg tersendiri.Tak lah negara ni jadi huru hara sekarang.Dalam hal ini komer nampak ceredek sikit dpd si Anwar tu.Tapi teman heran jugak,sebelum ni komer bukan main lagi berdedor-degor nak tegakkan Kerajaan Cina DAP kat Perak,tapi akhir2 ni nampak asyik mengalah jer...udah penat bebenor ke? Hehehe...

    ReplyDelete
  4. kepada ampatuan, mahu tak mengalah sekarang ni, daging babi yang dap kasi makan pada deme deme ni dah meresap dalam tubuh badan deme. tu yang dok dengar sangat cakap pemimpin dap tu.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari