boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 16, 2009

Cadangan Buat Pakatan Rakyat Perak!!!



Keputusan Mahkamah dah keluar.. keputusan memihak kepada BN yang sah dan terang merompak kerajaan negeri Perak di siang hari, aku tak tau bagaimana kelima-lima Hakim tu menilai undang-undang yang ada.. ATAUPUN.....!!(hANGPA SENDIRI nILAILAH!!!!)

Apa pun kita rakyat Perak masih ada lagi tempat mengadu yang satu, hanya pada Dia kita memohon segala-galanya. Insyaallah, kalau dah ditetapkan di azali yang kita hanya merasa 11 bulan kita kena terimalah, tetapi usaha terus dijalankan sehinggalah keputusan terakhir..

Apa pun bila mendengar ucapan ketua panel peguam Haji Sulaiman Abdullah, terasa masih ada lagi peluang dan kelegaan, jalan dan peluang yang boleh dilakukan, nampak tenang beliau memberi penjelasan, itulah orang yang beriman dan mengamalkan sunnah Nabi, moga-moga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada beliau untuk meneruskan kerja-kerjanya untk membantu kerajaan PR Perak.

Apa pun aku ada satu cadangan, tak tau boleh ke tidak..sebab aku pun bukannya tau undang-undang pun, cuma sekarang ni semua pihak menggunakan saluran kepada mahkamah untuk mengesah atau membatalkan undang... Kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh mencuba lagi satu peluang kepada mahkamah untuk disemak semula, iaitu keputusan dari persidangan bawah pokok pada 3.3.09 yang lalu, iatu keputusan membubarkan DUN, sekarang keputusan tersebut di diamkan oleh pihak Istana.. apakata kes ini bawa kemahkamah minta semakan semula, sah atau tidak, Sidang tersebut.... disamping itu minta mahkamah menghalang Sidang DUN yang dicadangkan oleh Zambri pada 7-9 Mei depan. 

Mana tau Sidang tersebut SAH maka secara tidak langsung DUN dah terbubar... Pilihanraya kita..

5 comments:

  1. rakyat dh agak ..keputusan akan menyebelahi umno..perlembagaan artikel 72 hanya tinggal perlembagaan..boleh dicabar le plak..mane peginya rukun negara "keluhuran perlembagaan.."

    umno dh kian parah..

    ReplyDelete
  2. tak kesian ka kat alglokal tu..?

    letih la dia nak nguruih hal lokal (lingkup 1-4 [1 tu menang tipu dengaq ceghita] + kekatunan DUN terengganu + tuntutan mca+mic + etcs) dan global (ekonomi & altanboya)-nya.

    adui.. lagi 2 bulan nak kena laboq dan taboq lagi di penanti pulak.. adui la.. lagi lughuh la ghambut yang seconet tot tu.

    ReplyDelete
  3. Kalau dah kata tak reti undang2 dok diam diam la bro.Awat bila mahkamah beri menag pada BN maka hakim itu la ini la. Tapi kalau mahkamah beri kemenangan kepada PR... mahkamah dan hakim adil.
    kalau speaker gantung dalam pejabat yang elok pun kalah dimahkamah apatah lagi nak bawa usul bawah pokok...
    Kita orang Islam ,,, sabo je la yop .. tumpukan perhatian kepada penanti la pula,, moh kita pakat pergi ke BM la pula.

    ReplyDelete
  4. anon 12.24,
    ini negara kite, bukan negara umno punye. kalau ada yang tak mengikut undang-undang , kite kene tegor. hakim yang zalim akan memporakperandakan undang-undang yang ade. kite tak boleh leka bila dikotak-katikan. dayus le namenye. janganlah kite rele dengan oghang yang buat keroje yang haram.

    matbodo.

    ReplyDelete
  5. matbodo,
    bukan masalah negara umno. undang-undang tak kira umno ke pas ke..salah tetap salah.menang tetap menang la. mungkin kalah kerana fakta yang tak kukuh.menang dipihak perdakwa adalah mempunyai bukti kukuh. kalau negara ni mahkamah umno, dah konfom puak umno je yang menang. tapi mahkamah ikut prosedur yang betul.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari