ANDA TAK SUDI MEMBLOG?
Oleh
Mohd Raman Daud
SAYA terima soalan ini daripada satu e-mel baru-baru ini.
Kata penulisnya, blog lebih relevan hari ini berbanding akhbar yang menanti waktu dan sering disunting oleh editor.
'Dengan blog, anda lebih bebas menulis,' katanya.
Benarkah demikian?
Apakah blog?
Tampaknya, soalan ini tidak timbul lagi. Umum mengetahui blog ialah laman peribadi seseorang tetapi boleh dibaca umum. Kecuali jika diperlukan kata laluan, kebanyakan blog terbuka untuk dilungsuri. Jadi, anda sudah menjadi milik dunia.
Kini para pemimpin jagat, termasuk digelar 'negarawan', pun menulis di blog. Di Malaysia, laman Che Det (nama samaran Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri Malaysia) amat popular.
Menurut para pengamat, Dr Mahathir amat berkesan dengan blognya dalam rangka 'mengawal dan mengimbangi' kerajaan pendahulunya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Akhirnya Pak Lah berundur dan Dr Mahathir pula menjadi penasihat kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Apakah blog Dr Mahathir akan berhenti?
Datuk Seri Najib kini pula dikatakan ada blognya sendiri demi mendekati rakyat. Sebabnya jelas: Umno, parti tunjang Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia dan dipimpin Datuk Seri Najib kini berada di persimpangan. Silap hari bulan, kata pengamat, BN boleh alah kepada Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri yang bertekad menjatuhkan BN.
Jadi, persaingan undi akan terbawa-bawa ke dunia siber. Blog menjadi medan pertikaman pena.
Di Singapura pula, kita menyedari kisah Perdana Menteri Lee Hsieng Loong dalam suasana mendebarkan di Pattaya ketika Sidang Puncak Asean ke-14 dibatalkan akibat bantahan gerakan 'baju merah'. Ini kerana blog Menteri Luar, Encik George Yeo, menceriterakannya.
Menurut firma yang meninjau trend siber, Technorati, sehingga Jun 2008, terdapat 209,593,000 blog. Ertinya terdapat sekitar 175,000 blog baru setiap hari. Itu perangkaan hampir setahun lalu.
Dalam setiap dua saat, sebuah blog dicipta. Memang pantas pertumbuhannya kerana dikatakan sekitar 30 peratus blog atau 15 juta memang aktif.
Tetapi bak kehidupan yang ada pasang dan surutnya, begitu juga blog. Sering terdapat keluk lazim (normal curve) yang berbentuk loceng. Ini serupa dengan trend blog. Mula-mula ramai mencubanya kemudian sampai ke puncak, kemudian menurun pula dan terhenti pada bilangan yang mantap.
Pernah saya menulis perihal keberkesanan blog yang dikatakan menjadi sumber penting berita apabila akhbar perdana gagal menyampaikan berita yang tepat, tepat dan tepat. Ini terjadi dalam pilihan raya umum Malaysia pada 2008 sehingga bloger Jeff Ooi diserap menjadi anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan menang.
Anehnya, Menteri Penerangan Malaysia ketika itu, Datuk Zainuddin Maidin, menyifatkan bloger sebagai goblog. Rupa-rupanya beliau sendiri kehilangan kawasan undinya.
Namun apa jua ruang perlulah digunakan dengan tanggungjawab. Apabila kita menulis dengan bohong dan terdedah pula, orang akan menyampah. Kesannya bak 'sekali lancung ke ujian, seumur hidup orang tak percaya'.
Baru-baru ini satu kajian Universiti Ohio State berdasarkan 219 siswa yang menggunakan Facebook. Didapati lebih banyak masa digunakan untuk Facebook, kian kurang masa untuk belajar sehingga markah merosot. Mengapa?
Menurut kajian itu, pengelola Facebook lazimnya amat kemaruk mengemas kini ruangnya dan cuba mendapat sebanyak rakan untuk dikaitkan. Sering kisah biasa seperti keenakan kek, foto parti sehingga ada yang mabuk-mabuk dan pelbagai diuar-uarkan untuk menegaskan kehadiran kerdil seseorang.
Namun kajian itu tidak menyatakan dengan tegas bahawa kegiatan Facebook itu merugikan kerana 79 peratus siswa bertegas ia tiada kesan terhadap pembelajaran mereka.
Entahlah saya belum terpanggil untuk mempunyai blog sendiri. Sebab, bagi saya setelah menjadi 'anggota', perlulah ada komitmen atau kesanggupan untuk meneruskannya. Tiada guna hangat-hangat tahi ayam.
Saya tabik pemblog atau bloger yang gigih dan jujur mengisi ruangnya dengan maklumat berguna. Orang seperti ini memiliki disiplin untuk menulis yang benar walaupun kebenaran ada kalanya bergantung pada keadaan.
Cuma saya harap seperti akhbar syarikat ini, pemblog mesti sanggup mengakui kesilapan dan mengeluarkan ralat jika faktanya dibuktikan salah.
Sumber: BHS
teori mahathir dan kabinet
ReplyDeleteM-Muhyidin yassin(TPM)
A-Ahmad Zahid Hamidi(PERTAHANAN)
H-Hishamudin (KDN)
A-Anifah Aman (KEM LUAR NEGERI)
T-Tee Keat (PENGANGKUTAN)
H-Husni Mohd Hanadzlan (kewangan 2)
I-Ismail Sabri Yaakob (EHWAL PENG)
R-Rais Yatim (KOMUNIKASI)
malam esok jd ka kt pasir panjang? insyaallah nak ke sana gak.
ReplyDeleteInsyaallah, ikut pada poster kat surau tu tak ada apa-apa perubahan...kalau ada nanti saya akan maklumkan..
ReplyDeleteorait, terima kasih MM, kami warga kaki lepak icy scoop manjung akan turun nanti. heheh.. Allahuakbar!
ReplyDelete