Hari ini aku dapat tiga cepumas.. siang tadi aku pi kuliah Ustaz Tarmizi, Bab Akidah Kitab Al Iman, hangpa nak tau intipati pelajaran dia hari ni hangpa klik kat sini. Dalam masa dok kuliah masuk SMS sorang hamba dari manjung juga.. nak kenal aduhai.. Albanjari dah bagi No H/p.. Albanjari.. please lain kali jgn buat lagi.. aku nak dok belakang tabir...kalau boleh...
Malam ni sepatut ada kuliah magrib, aku memang tak lepas bab "beriman pada hari kiamat", rupanya tukar lain program, pulak aku tak perasan, sebab kuliah pagi tadi aku keluar awai, pengumuman aku tak dengar.. sampai kat surau aku tanya seorang ahli jemaah, jemaah tu tanya aku balik.. "tuan ka penulis blog MM.. aduhh dah dua cepumas aku dapat... nak buat apa lagi.. mengaku sajalah..Rupanya surau buat majlis meraikan Petugas PRK Bukit Gantang.. pulak...
Masuk dalam surau.. majlis dah bermula, sampai lewat dapat tempat pun tercorot la.. pengerusi dah menjemput YDP Lumut memberi ucapan aluan..
Ucapan YDP berkisar kepada kemenangan, memaklumkan dengan tak disedari PAS Lumut dah menyediakan 3 orang wakil daripada Lumut bertanding di Parlimen Bukit Gantang, pertama dulu Ustaz Sidik Nor bertanding pada tahun 95 di DUN Terong, kedua Ust Nur Azli pada 2008 yang lalu DUN Terong juga, dan yang ketiga DS IR Nizar...dlm PRK yang baru lepas..
Kemudian YDP mengimbau balik 20 tahun yang lalu mengenai UMNO ni cuma mengharapkan kemenangan dari 30 persen pengundi buka melayu yang dibaratkan sebagai tongkat.. kalau kita nak kalahkan UMNO kita kena ambik tongkat tu.. dan dah terbukti sekarang bila tongkat yang UMNO guna beralih kepada PR UMNO dah lumpoh...tunggu nak dikafankan sahaja.. hak ini aku yang tambah..
Kemudian sepatutnya ucapan khas DS IR Nizar yang mengambil tempat, tetapi disebabkan hari ni 8 acara meraikan kemenagan di daerah Bukit Gantang, maka yang datang wakil DS IR Nizar iaitu Saudara Amran (Pegawai Khas MB).. Inilah pertama kali aku dengan saudara Amran berucap.. itulah.. kalau dah dok kerja dengan orang yang pandai berucap.. pegawai khasnya pun Ok juga.. mantap yob.. boleh berucap.. kurang sikit aja dari DS IR Nizar...
Beliau mengutarakan kemenangan yang kita nikmati sekarang bukanlah untuk nak relak sekarang, kerana banyak lagi tugas dan cabaran yang perlu kita hadapi.. malah besok 13/4/09 mahkamah tinggi akan bersidang mendengar kes DS IR Nizar VS Zambri Mozambiqe..banyak lagi perkara yang kita tak duga akan berlaku.. disamping itu Saudara Amran memaklumkan semenjak dari 5 Feb 2009 sehingga sekarang satu MB Concern pun tak bersain lagi oleh Zambri, sama ada ia takut atau pun sebaliknya wallah huaklam..
Bila bab PRK Bukit Gantang, saudara Amran tak cerita banyak, tau-tau ia terpandang aku dudok kat belakang, dengan cara tak lansung ia dah highlight bloggers MM pun tau mengenai susana PRK Bukit Gantang.. purhh tiga cepumas aku dapat hari ini.. 5-6 jemaah pakat beralih arah kat aku..habis dah.. pecah lubang..
Habis ceramah Amran mai bersalam kat aku.. gelak ia suka tolong promosi kat aku..aduhai.. dah tak boleh nak tulis yang pedas dan pedih lagi.. dah tak berapa nak seronok.. orang sekampung banyak dah tau..Arggh.. kalau dah tak betuii aku peduli apaaa.. yang penting niat aku nak perbetul apa yang tak betull...Insyaallah.
Buat sahabat yang dok SMS kat aku tadi sila klik kat sini
tuan manjongmari,
ReplyDeleteteman nak tolong perbetulkan sikit, bukan mb concern tapi mb consent. ia satu surat yang ditandatangan oleh mb bagi satu persetujuan dalam pindahmilik hartanah yang berkenaan yang perlu tandatangan mb yang sah. ia mempunyai implikasi guaman dan undang-undang.
mane mb haram berani tandatangan, nanti dia boleh kena tindakan undang-undang. wallahualam.
yobleh.
yobleh...
ReplyDeleteTerimakasih kasih kerana perbetulan ayat.. maklumlah saya sekolah melayu, bahasa orang putih syarat bunyi sama kira oklah tuu.. terima kasih kerana sudi perbetulkan...
Salam yob!
ReplyDeleteIsteri saya orang Sitiawan jugak nak tahu siapa MM ni? Kami semua kagum dgn usaha anta dan para bloggers Perak Network! Walau tak dapat tahu siapa sebenornye, kami doakan antum semua teruskan kerja2 murni ini, semoga mendapat rahmat & ganjaran yg baik dari ALLAH!
Orang Semenyih.