boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, April 8, 2009

Surat Terbuka Buat YAM Tuanku Sultan Perak.




Ampun Tuanku,
Sembah Patik Harap Di Ampun,

Tuanku!
Semalam Rakyat Tuanku di Kawasan Parlimen Bukit Gantang telah membuat keputusan mereka dengan memilih Dato Seri IR Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai Ahli Parlimen mereka dengan majoriti 2789 undi, berbanding PRU12 2008 1566. Ini bererti Rakyat Negeri telah menolak permintaan daripada Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak,  Perdana Menteri Malaysia dan Dato Dr Zambri bin Abd Kadeer, Menteri Besar Perak yang telah memohon restu daripada  rakyat negeri Perak.

Ampun Tuanku..
Kita di Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen memilih yang majoriti, pada 05 Feb 2009  lalu Tuanku sendiri memilih Dato Dr Zambri bin Abd Kadir menjadi Menteri Besar setelah 3 orang ADUN dari Pakaran Rakyat menyokong Barisan Nasional. Dan semalam pula rakyat Negeri Perak telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dengan majoriti seperti di atas.

Ampun Tuanku,
Sehubungan dengan itu patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak untuk memberikan kepada Rakyat memilih siapakah yang akan memikul tanggungjawab bersama ke bawah Duli Tuanku untuk mentadbir Negeri Perak.

Wassalam.

5 comments:

  1. Ampun Tuanku,
    patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak

    ReplyDelete
  2. Ampun Tuanku beribu ribu ampun
    Mohon patik harap diampun...

    Ada sahayanya ingin patik memohon agar segera lah tuanku bangun dari peraduan tuanku. Udah cukup ler tuanku beradu selama ni. Bangun ler tuanku... Bangunlah! Dengarlah rintihan rakyat tuanku...

    Hamba rakyat sayangkan tuanku tapi tolonglah jangan siksa hamba rakyat tuanku sebegini...

    ReplyDelete
  3. Agak-agaknya dgn keputusan PRK yg baru berlalu apa rakyat boleh menerima ke pemerintahan yg sedia ada ini. Masa bersidang bukan main berkobar2, masa nak memancing undi macam2 janji dila keputusan keluar senyap membisu. Nak buat post mortem bebas. Mana dia pemuda, puteri dan wanita yg menikus. Kalau rakyat dah tak suka janjilah macamana pun TETAP rakyat tidak akan sokong.

    ReplyDelete
  4. Takdenya Sultan Perak berkenan baca blok kamu ni. Blog Perak Bangkit ye le juge..

    ReplyDelete
  5. Kita kena berkempen pula bersama DS Nizar untuk membuatkan DUN Perak dibubarkan. Kata2 sprt rakyat Perak bersama DS Nizar, bubarkan DUN Perak.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari