Cerita selanjutnya Di sini
Aku tak mau komen banyak bab ni.. cuma aku punya pendapat masjid yang lama dulu masid lagi elok, tak ada apa-apa kerosakan, sepatutnya tak perlulah diroboh sehingga tinggal struktur bangunan seolah-olah semacam buat masjid baru.. bukan pembesaran..tu yang aku hairan....
Lagi satu, masjid perlukan dana wakaf dari umat Islam... bila masjid siap aktiviti masjid yang utama hanyalah sembahyah 5 waktu, sembahyang Jumaat, sembahyang terawih dan sembahyang 2 hari raya. Kuliah magrib, kuliah subuh kalau Ustaz yang agak politiklah kononnya tak boleh... tok Imam yang khutbah agak lebih pun kena mengadap Tok Sakna Orang Kaya.. Ni apa cerita...Masjid seolah-olah di kawal habis oleh Pengerusi dan AJK-AJKnya...
Dah berapa tahun bila hari Raya Qurban, tak ada penduduk setempat nak buat Qurban kat Masjid.. Penduduk lebih suka buat kart Surau.. apa hall.
Lagi satu bab menara dan Kubah... Ini bukan ciri-ciri Islam... apa yang aku tau Menara dan kubah cuma tradisi masjid di Malaysia.. lepas 5-6 tahun kubah tu mula bocor... dah perlu duit nak baiki semula...sepatutnya carilah pendekatan lain.. pengindahan Masjid Rumah Allah di salah, tetapi biarlah berpada-pada, wang umat Islam banyak tempat-tempat lain lagi yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment