boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 24, 2009

Buat semua Ahli dan penyokong UMNO yang menetang hukum Hudud




Hangpa pakat-pakat baca ni... Yang ini aku cuma sampaikan sahaja... Sumber dari Berita Harian Online..

Hukuman sebat bagi kes takzir elak penjara sesak

HUKUMAN sebat bagi kesalahan takzir, iaitu kesalahan selain hudud, boleh mengurangkan masalah kesesakan dalam penjara jika dilaksanakan di seluruh negara, kata Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad. 

Malah, beliau berkata, keistimewaan hukuman sebat boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan termasuk membiayai makan dan minum tahanan. 

Beliau berkata, antara contoh hukuman takzir ialah kesalahan lalu lintas, mengedar dadah dan membuang sampah.


"Hukuman sebat ini boleh dikenakan untuk kesalahan takzir. Ia hukuman utama bagi kesalahan yang serius untuk memberi pengajaran tepat dan berkesan kepada penjenayah berbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan. 

"Keistimewaan hukuman ini tidak membebankan kerajaan dan tidak menghalang pesalah berusaha menjalankan pekerjaan selepas hukuman. Dia juga tidak pula terpaksa meninggalkan dan membiarkan ahli keluarganya menempuh pelbagai kesusahan hidup mencari nafkah," katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan. 

"Tidak seperti hukuman penjara kerana hukuman sebat dilaksanakan serta merta selepas disabitkan kesalahan dan sesudah itu dibebaskan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan biasa bersama keluarga," katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan.

Beliau berkata, hukuman sebat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebat dalam masalah hudud iaitu seksaan yang ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah, manakala sebat dalam takzir iaitu kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada seksaan takzir, selain daripada seksaan hudud, qisas, diat dan kaffarah. 

"Takzir bererti penderaan yang menjadi pengajaran. Syarak tidak menetapkan sesuatu seksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan takzir dan memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya. Selepas itu diserahkan kepada pemerintah untuk memilih dan menetapkan hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan pesalah itu sendiri," katanya. 

Daud berkata, mengikut peruntukan hukum syarak bagi kesalahan jenayah syariah, seseorang yang melakukan jenayah bukan kes hudud tidak boleh dikenakan hukuman sebat lebih daripada 10 sebatan. 

Selain itu, jika hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah dilakukan di seluruh negara, walaupun hanya enam rotan, ia diharap mencapai kebaikan dan menjaga kepentingan orang ramai kerana Islam mementingkan pengajaran serta memberi rasa gerun dan takut untuk menghampiri jenayah apatah lagi melakukannya.

6 comments:

  1. PAS sokong hudud? Piirah.. Pegi bagitau Anwar dan DAP dulu boleh? Hudud versi PAS = setakat nak raih undi Melayu2 kampong boleh la

    ReplyDelete
  2. Ayooo...Mat . lu tak tau ke apa itu huduh.. wa ingat lu banyak bangap punya kipala otak. Balik sekolah dulu baru tulis sini tempat.

    ReplyDelete
  3. Allo Mat,kurang2 kami sokong dan nak jalankan hudud. Hang langsung tolak terus kalau ikut apa hang cakap kat sini. Belum apa-apa dah kata pasal nak raih undi....lagi la piiraah mabuk. Pastu lagi mau cakap undi Melayu2 kampung..awat hang tu pekan sangat ka?...ntah duk kat mana gamaknya.....poodah.

    ReplyDelete
  4. salam, utk mat sekurang2nye sape yg menyokong ke arah kebaikan dpt gak pahale..tapi kalau menentang hudud serta iktikad dlm hati tak suka hudud maksudnye melawan hukum allah.so jgn mcm tu nanti lari akidah..kalau tak tau jgn cakap...lebih baik...coz bini pemimpin tertinggi umno tak pakai tudung..itu arahan Allah yg palingggg basic,tu pun tak boleh ikut.so mat byk2la mengucap balik..

    ReplyDelete
  5. org salah jea takut hukum hudud ni..mat ada buat salah apa mat???? kah..kah..kah..tau pun takut..kah..kah..kah.. Islam bukan kira parti, bangsa @ kaum la sedara mat, kalau tak tau tu pegi blajar byk2, jgn jd KURANG AJAR!!!

    ReplyDelete
  6. Saya sebenarnya menyokong perlaksanaan undang-undang hudud mengikut perintah Allah sebagaimana tercatat di dalam Alquran. Tetapi perlaksanaannya mestilah secara menyeluruh dan adil terhadap kesemua umat samada insan itu seorang muslim atau bukan muslim. Tetapi apa yang mengecewakan kita adalah perlaksanaan hukum hudud di negara ini hanya tertakluk pada penganut islam sahaja sedangkan penganut agama lain terlepas dari penguatkuasaan & hukuman. Inikah yang dikatakan adil mengikut doktrin islami. Cuba kita semak enakmen jenayah syariah di setiap negeri dalam Malaysia ini kita dapati penguatkuasaan & hukman dikenakan hanya cuma penganut islam sahaja. Baru-baru ini kes khalwat melibatkan seorang artis, Ako Mustafa telah disabitkan salah oleh mahkamah syariah dan dihukum penjara tetapi pasangan khalwat beliau tidak pula didakwa atas alasan wanita pasangan tersebut bukan muslim. Mengapa terjadi sedemikian ? Seolah-olah kita pemimpin islam bersikap standar ganda yang itu boleh yang ini tak boleh pada hal mengikut prinsip islam tetap salah. Adakah Alquran menganjur setiap kesalahan hanya tertakluk kepada sesuatu golongan sedangkan golongan tidak perlu dihukum ? Di sinilah masaalah telah,sedang & akan timbul bila hendak melaksanakan hukum hudud di negara pluralisme seperti Malaysia di mana terdapat pelbagai bangsa,etnik,budaya dan kepercayaan terhadap agama. Maka oleh sebab itulah maka pemerintah muslim negara ini tidak dapat/sanggup melaksanakan hudud terhadap rakyatnya yang begitu pluralistis. Sesuatu perlaksanaan penghakiman mestilah adil,saksama dan penuh kasih sayang sebagaimana yang diperentahkan Allah !

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari