PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin meramalkan beberapa kemungkinan menjelang sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bulan depan, sejak tercetusnya krisis politik, dengan menasihatkan Speaker V. Sivakumat mengambil langkah berjaga-jaga.
"Dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sejak seminggu dua berkaitan isu DUN Perak, nampaknya status dua ADUN PKR yang meletakkan jawatan dan tujuh ADUN BN (Barisan Nasional) yang digantung telah selesai.
"Ini bermakna kesemua ADUN BN seramai 28 orang dan tiga wakil rakyat yang melompat parti boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.
Juster, kata beliau, sidang DUN kali ini akan menyaksikan BN mempunyai majoriti 31 ADUN berbanding Pakatan Rakyat yang mempunyai 27 ADUN setelah ditolak Sivakumar sebagai Speaker.
"Bermakna bila dewan bersidang, dia akan jadi macam cowboy-draw, siapa tembak dulu," katanya.
Zulkifli yang juga seorang peguam menambah, beliau menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya titah Sultan Perak, Speaker akan mengumumkan sembilan ADUN BN digantung kedudukan.
"Ini akan menyebabkan BN tinggal 22 ADUN sahaja.
"Maka sudah pasti BN akan mencari jalan untuk Speaker tidak bertindak sedemikian," katanya sambil menambah, "saya tidak nampak BN boleh halang Speaker daripada memasuki Dewan."
Bagaimanapun sesuatu perlu dibuat untuk menghalang Speaker daripada mempengerusikan mesyuarat, katanya lagi.
"Pertama dengan cara memohon perintah mahkamah untuk injunksi menghalang Speaker menjalankan tugas.
"Kedua ialah dengan usul tergempar dibuat memecat Speaker.
"Saya juga tidak akan terkejut kalau Speaker ditahan reman beberapa hari sebelum sidang berdasarkan laporan polis yang dibuat baru-baru ini bahawa Speaker menderhaka kepada Sultan," katanya.
Jika kejadian itu berlaku, jelasnya, Timbalan Speaker akan mengambil alih.
"Dan Timbalan Speaker adalah Hee (Yit Fong, ADUN Jelapang) yang sudah melompat keluar DAP dan menyokong BN.
"Apa hal pun, nasihat saya kepada Sivakumar... jagalah keselamatan diri baik-baik sehingga sidang dewan. Lebih elok kalau Sivakumar duduk tinggal di tempat yang selamat. Saya cukup pasti unit amal dan sekuriti PAS sentiasa bersedia memberi perlindungan kepada saudara 24 jam," katanya lagi.
Sumber Mstar...
Memang banyak kemungkinan boleh berlaku... jadi awas permainan UMNO dan pembantu-pembantunya...
No comments:
Post a Comment