Hari ini aku cadang nak rehat sikit.. nak realease tensioonn.. hari Sabtu.. tapi tak boleh ada satu perkara yang aku rasa aku kena tulis.. kalau tak rasa tak puas hati aku...
Pada 8 Apr 09 lalu selepas PRK BG ada satu posting ceritanya ada di sini. Dalam posting tu.. ramai ahli-ahli PAS yang komen tak setuju dengan apa yang diluahkan oleh blogger Perisik Rakyat. Apa tak dapat nak komen-komen apa-apa, sebab apa yang dihadapi oleh geng Blogger Network @ Perak, memang aku ketahui masaalah mereka, buka aku nak bela mereka sebab aku dalam group tu, aku pun ahli PAS.. cuma kita kena terima segala teguran yang membina untuk jamaah kita.. sekurang-kurang kita tau kita ada kelemahan, dan nak tunggu apa lagi.. cubalah perbetulkan apa yang tak betul.. bukan untuk yang dituju sahaja.. tetapi ni semua untuk kita ahli PAS, jangan kita rasa kita dok dalam PAS kita dah lengkap Islam kita... belum lagi.. banyak lagi perkara yang kita kena perbetulkan.. termasuk dengan diri aku sekali...
Kemudia pagi tadi bila aku terbaca satu posting kena lagi... cerita dia kat sini. Ha ambik hangpa.. apa pun tak apalah.. kita kena pun dah lepas PRK.. dan dah menang pun.. Tapi kita kena harus ingat kemenangan ini perlu di kekalkan.. panjang umur 2013 kita kena lawan lagi..
Apa perancangan kita seterusnya.. Bagaimana dengan pengundi Melayu yang masih lagi fobia dengan PAS.. Pengundi Cina dan India kita tak boleh selama-lamanya mengharap dari mereka.. lainlah kalau mereka semua pakat-pakat masuk Islam.. itu boleh lah harap sikit... Ni ada lagi satu sambungan dari siri 1, ada di sini
Kita kena kena ingat UBN masih banyak idea mereka untuk menarik hati pengundi bukan melayu, PRK itu hari kita bernasib baik sebab tempoh dan singkat bila Najib jadi PM.. masa mereka dah suntuk, lagi pun mereka baru lepas PAU... itu kita kena ingat..dalam pada tu kita boleh lihat bagaimana trend pengundi melayu berbanding dengan pengundi Cina..
Dalam masa seminggu dua lagi kita semua ahli PAS masing akan mengadakan mesyuarat dan pemilihan Ketua dan AJK Kawasan.. Cuba hangpa lihat tempat yang menjadi perhatian kita semua pun kacau..cerita nya di sini. Itu kat Kelantan, kat tempat kita tak tau macam mana, sekarang ni PAS dah jadi idaman semua yang minat pada politik, sebab PAS ada harapan untuk menang, bukan macam 20 tahun yang lalu, ahli boleh kira dengan jari, semua kenal satu sama lain dalam kawasan tersebut.
Alhamdulillah kawasan aku Lumut tahun ni YDP tak ada pertandingan, dulu ada ura-ura juga, tak puas hati kat YDP, tapi buat masa ni aku selidik tengok tak ada pulak..dengar cerita ada cawangan nak lantik DS IR Nizar jadi YDP sini, ish.. ishh punya la semangat, Nizar tu YDP Kampar.. cuma ADUN saja Pasir Panjang, tambah lagi AP Bukit Gantang, kena ada rezeki, menang kes, bubar DUN Perak, menang balik.. jadi MB balik.. banyak dah jawatan dia.. tak payahlah nak lantik lagi jadi YDP Lumut.
Apa pun aku punya pendapat kut mana pun ni ada yang tak puas hati dengan YDP yang dok ada.. ada dua tiga orang mangkok-mangkok hayun, ustaz belaka.. semua pakat tak puas hati kat YDP Lumut.. itu tak kena.. ini tak kena.. depa saja yang kena,, depa saja yang betui.. dok dalam satu kawasan, cakap hentam kut belakang, hentam dalam shoutbox blog.. Kalau tak puas hati, rasa ada yang tak kena berjumpa.. muzakarahlah.. jangan duk hentam caci dalam kuliah, dalam usrah..macam tu jamaah Islam...tak kan itu pun tak reti kut.. hangpa ustaz-ustaz belaka..
Ingatlah Kemenangan DUN Pasir Panjang kita perlu pertahankan..sepatutnya kita kena cari jalan bagaimana nak tarik ramai lagi pengundi atas pagar menjadi ahli PAS, ramai lagi anak muda yang terkapai-kapai tak tentu arah tujuan, itu sepatutnya pemuda kawasan ambik perhatian.. bukan kira nak kenen pimpinan kawasan..
OKlah.. aku minta maaflah kalau kata-kata aku ada yang tak betul, atau ada yang terasa hati, tapi itulah apa yang aku dok peratikan selama ni.. tak berubah-berubah.. ingatkut bila dah tertutupnya APID habislah... rupanya masih ada saki baki...yang meneruskan perjuangan.
OKlah cukuplah takat ini dulu.. talipon dah bunyi, ada mesyuarat cawangan pulak.. tak bagitau awai-awai.. dah mesyuarat baru bagi tau.. ni pun nak kena ni.. hangpa tunggu sat.. idea aku nak tulis habis hilang dah....
salam penulis dan pembaca dan MM den nk mintak pendapat ang sebagai pemerhati politik sebab aku was2 kerajaan campuran...
ReplyDeletenak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe
link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html
Waalaikumsalam..
ReplyDeleteBR..bab ni aku tak berani komen.. tapi kalau bergabung dengan BN macam waktu zaman Tun Razak dulu aku tak setuju..
Menurut apa yang aku faham sikit-sikit mungkin kerajaab campuran ni sama dengan sistem di Indonesia dan Turki...
Apa pun aku tetap bagi kepercayaan kepada TGHH apa yang dia lalkukan demi kebaikan Islam dan Parti..