boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, April 28, 2009

Jika Speaker Tidak Dihormati - Tidak Perlu lagi Bermesyuarat...

Salam Semua!! O O O tau rasa marah.... hangpa baca ni...

Saman: Pandikar Amin serah kepada mahkamah

Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai saman difailkan terhadapnya oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau mengesahkan menerima notis saman itu dan akan jawab menggunakan cara sepatutnya. 

“Setiap orang ada hak berbuat demikian dan memberikan pandangan masing-masing mengenai tindakan saya. Ada berpandangan Speaker tidak adil dan tidak betul... itu pandangan mereka. Saya hanya menjalankan tugas yang bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat dan memastikan ia lancar.
Jika Speaker tidak lagi dihormati, tak payah lagi bermesyuarat.

“Saya tidak mahu komen panjang lebar, nanti orang kata itu pendapat saya, jadi saya serahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Ahli Parlimen Australia dan Duta Korea, Bong Ryull Yang di pejabatnya di Parlimen, semalam. 

Jumaat lalu, Gobind memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi memohon deklarasi berhubung perintah penggantungannya sebagai Ahli Parlimen batal dan tidak sah. 

Selain Pandikar Amin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia turut dinamakan defendan.

KOmentar: Sapa yang mula dulu pi hancurkan sistem perlembagaan yang ada... la baru nak kalut... serah kat mahkamah... mahkamah pun dah jadi mahkamah kanggaro...

2 comments:

  1. tiada yg mencemarkan judiciary system di malaysia melainkan dimulakan oleh BN. pekena orang boleh, dikenakan orang tak boleh. apa punya perangai.

    ReplyDelete
  2. baru tau nak kalut.. klu dah tak hormat speaker perak, MBH 786 pun takyah la nak bersidang...podahh...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari