boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Majlis Fatwa Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Fatwa Kebangsaan. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Hebatnya ulama umno tong taik@shit .....

Bila dah terjerumus dalam tong taik, maka apa saja yang dilakukannya dah tiada nilai,, sebabnya semuanya dah jadi taik@najis@shit..

Tuesday, March 25, 2014

MH 370 - Majlis Fatwa tolong jangan diperbodohkan oleh Najib..

Harapan aku kepada Badan yang mempunyai autoriti agama Islam dapat berfikir dengan waras dan gunakanlah kaedah-kaedah yangbertepatan dengan hukum syarak,,,

Sunday, August 4, 2013

Fahtul Bari - Cuba tengok apa kat celah bontot tu,,, ada tahi ke tak?

Syiah pulak dah.... Syiah  mengancam negara, Ok lah.. bab itu aku terima.,, Tapi yang aku tak terima umno nak ambik kesempatan diatas isu yang dah lama berlaku...


Thursday, July 25, 2013

Apa yang boleh dikatakan,,, tengok dan nganga ajalah... Undang-undang Malaysia...

Nak harap umno selaku tonggak pemerintahan dalam negara nak membela agama Islam... Phuiii...

Yang depa tau, buat isu,, depa yang izin, depa yang bising balik kalimah Allah... 

Kini ada satu lagi masaalah....

Sunday, March 17, 2013

Jawapan kepada 7 Dosa Besar dari fatwa amanat Najib......

Kira tak fair la,, kalau apa yang Najib senaraikan 7 dosa besar yang Pas lakukan tak dijawab... Sayangnya jawapannya tak dapat nak bersemuka face to face...

Tuesday, November 20, 2012

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan pun sokong UMNO cepat mampos ?

Rasa-rasanya pembaca masih ingat lagi kan bekas Ketua Pengarah Jakim, yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan satu ketika dahulu, iaitu Dato Dr Ismail Ibrahim... 


Wednesday, June 27, 2012

Fatwa Terkini buat umat Islam Malaysia - Bukan Dari MFK

Kalau nak diharapkan Fatwa resmi dari majlis fatwa kebangsaan aku rasa sampai kiamat pun tak akan keluar, tak tahu apa pasal,, telor dah kepit agaknya.., sedangkan ini amat penting buat semua kita umat islam di Malaysia... 


Namun Alhamdulillah, ada lagi hamba-hamba Allah yang berilmu dan amanah dengan ilmu yang dikurniakan Allah kepada mereka, mereka bertanggungjawab menyampaikkannya.. 


Tahniah buat Ustaz-ustaz yang sanggup mengengeluarkan ijtihad... 




Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji


Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. 

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah : 

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian. 

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi. 

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara. 

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala : 

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil 
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman





Sumber http://www.facebook.com/photo. 

Friday, June 15, 2012

Alhamdulillah, aku bangga dengan Timbalan Presiden ....

Sekalung tahniah buat Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mad Sabu... 




Memang ini sahaja yang sesuai kata-kata buat Pengerusi Majlis Fatwa.... memang patut pun muka ni kena pelekoh dengan Bang Mad... 

Baca di  SINI 

Ada lagi satu ni pun power punya penangan dari Bang Mat Sabu,  betui punya tibai..ambik ko Najib. baca SINI.

Tetapi apa pun, mangkok ni mana tahu dosa pahala...apa lah pula jawapan pencacai dari Majlis Fatwa.... .. 








Tuesday, May 8, 2012

Soalan Bangang sesuai untuk lembu-lembu sahaja...

Kalau boleh nak gelak sambil guling-guling lepas tu duduk bantah macam BERSIH 3.0.....

Memanglah... Nik Aziz sorang ,,, AJK Fatwa berapa belas orang,,,, kalau nak banding segi tu,, aku setuju... 


Bukan aku nak berbangga dengan ketokohan yang ada dalam diri tuan Guru Nik Aziz berbanding AJK Majlis Fatwa... 

Bayangkanlah... AJK Majlis Fatwa dilantik oleh Kerajaan UMNO,, jadi fahamlah,,, aku tak pasti ada kah AJK-AJK yang betul neutral paling kurang macam Dr Asri Mantan Mufti Perlis..apakah ada ahli Dewan Ulama PAS dilantik duduk dalam Ahli Majli Fatwa... . 

Rakyat yang jahil pun boleh menilai krebility AJK Majlis Fatwa,, Tak payahlah nak suruh banding dengan Nik Aziz,, bandingkan aja dengan AJK UMNO cawangan sahaja yang sesuai buat Ahli Majlis Fatwa... 




Friday, April 27, 2012

Semalam Haram, Hari ini Bantah...Fatwa songsang Ulama UMNO....

Semalam Haram.... 


Aku dah jawab dah, senang sangat jawapan aku tu, bagi yang tak ada ilmu... KLIK sini 


Namun hari ini ehhh, eehh ada lagi.... Ulama bantah pula.... siapa ulama yang bantah tu.... 

 Sheihkul Fatul Bari yang bantah.... Ulama muda UMNO.... ,


 Jawapan balas balik ni aku rasa cukup adil... bukan dari Ulama PAS, bukan,, ini ulama bebas... jadi pihak UMNO nak kata apa.... hangpa nak ikut yang mana ... Ulama UMNO hanya sekadar bantah dengan memberi kenyataan yang tak begitu kukuh.... ,

 Sedanngkan jawapan balas dari ulama bebas ni,,, mantap yob... layannn... 
,


 He he kalau dah haram juga,, askar-askar pengaman PBB Malaysia diluar negara tu kena bawa balik.... duduk dibawah telunjuk PBB, PBB dibawah telunjuk Amerika.... ha ha ha..apa macam... ,




Wednesday, November 9, 2011

Fatwa Mufti Mekah - Isu Haji Hajib dan Hajjah Rosmah.

Memang aku dah agak, Dr Juanda pasti kena tiuw dengan puak-puak anjing UMNO,

Najib dan Rosmah mana boleh diusik, beliau khalifah agung nusantara alam melayu bangang tak boleh di cuit, tak boleh ditegur, apa yang Najib lakukan semuanya benar belaka melainkan benar sebenar-benarnya, tak ada yang tak benar,,

Najib kan manusia maksum dari segala dosa, jadi lepas ni apa juga kerja Najib tak perlulah nak ditegur lagi..biarlah Najib terjun dengan Rosmahlabunya-labunya..



Mangkok ni memang layak pun pertikai Dr Juanda, Aku tak hairan pun, sebab sebelum ini sapa yang dia tak pertikai, kalau TG Nik Aziz tu apa yang dia tak sebut kan, lihatlah namanya tu,, keturunan Nabi tu..Abu Lahab tu pun Pak sedara Nabi kan......





Thursday, July 21, 2011

Mari kenal seorang lagi ulama warisatul UMNO....

Salam Sejahtera,,,

Semasa mamat mangkok ni menjadi mufti WP Kuala Lumpur, heboh diperkatakan yang mamat ni ahli UMNO dan pernah menjadi presiden kelab UMNO di luar negara,,,,,

Agaknya bila dah heboh diperkatakan begitu, balik ke negeri asalnya Perak jadi pula pengetua sebuah kolej kepunyaan kerajaan negeri Perak pulak.... Sekarang ni entah di mana,, tak pasti pula aku,, lama tak dengar berita.....



Tetiba saja hari ini eeihhh, idup lagi dia,, siap keluar fatwa pulak dia,,, namun masih pakai atas nama title BEKAS MUFTI" untuk nak menyedapkan fatwa yang dikeluarkan,, Kalau atas nama nama ahli UMNO hei hei hei.... UMNO berbeza dengan PAS oiiiiii... ,

Malas aku nak komen fatwanya,, hangpa bacalah sendiri... DI SINI .....

Wednesday, July 20, 2011

Berita Gempar - T-Shirt MUFC Red Devil HARAM buat Umat Islam...

Salam Sejahtera,

Berita ni belum lagi keluar di laman akhbar Malaysia,,,, tetapi dah keluar di laman akhbar telegraph ...



Sedikit dari petikan dua orang tokoh ulama mengenai pemakaian T Shirt tersebut...

Menurut Penasihat Agama Negeri Johor dan Mufti Perak keadaan yang imej-imej salib, jenama-jenama minuman keras dan lambing syaitan-syaitan pada kemeja bola sepak ialah satu penghinaan kepada Allah dan tidak patut dipakai oleh orang Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata orang Muslim yang memakai kemeja bola sepak sedemikian "membawa ke satu tindakan dosa" kerana mempamerkan satu simbol kepercayaan lain yang sepatunya si pemakai mengutamakan atas kepercayacaan Islam….

Jadi terpulanglah kepada semua pembaca yang berugama islam,, Fatwa yang betul dan bertepatan dengan akidah kenalah kita patuhi.........,


Friday, July 15, 2011

Di mana fatwa ulama Malaysia...

Salam Sejahtera,

Seperti biasa bangun pagi, aku merayau dari satu laman ke satu laman, tengok apa berita yang sensasi,, dan nampaknya pada pagi jumaat hari yang penuh berkat ni Utusan mengambil kesempatan menggunakan isu agama untuk kepentingan survival UMNO dan sekutu-kutunya....,

Terkejut aku bila tengok tajuk muka depan,, Ulama Tolak Demontrasi, ingatkut yang keluarkan fatwa baru ini Ostad Kazim Alhafis.... rupa-rupanya orang lain,,, ulama import.... DI SINI

Apa pun aku kena berlapang dada atas apa yang ditakwilkan oleh ulama Ghana ni,,, setakat aku sekolah melayu SPM pangkat 3 nak sanggah fatwa ulama mana esai....

Cuma kita kena berfikir balik,, ulama ni kehidupannya di negara Afrika, kemudia mencari rezeki di Amerika, sosio budaya Afrika dan juga Amerika jauh berbeza dengan negara Malaysia, apatah lagi bila berlaku demontrasi yang berlaku pada 9 Jul lepas...

Di Afrika atau Amerika mungkin demontrasi akan berlaku huru hara, kerosakan harta benda, sedangkan Demontrasi BERSIH suasana kejadian bertukar 360 darjah, apa tidaknya, peserta demontrasi hanya sekadar berjalan, bersuara melepaskan apa yang terkilan dihati,,, manakala pasukan keselamatan iaitu polis yang mengawal suasana yang lebih-lebih bertindak ganas terhadap peserta demontrasi...

Sehingga kini belum ada ulama-ulama Malaysia yang berani mengatakan Demontrasi haram atau sebagainya,,, baik ulama UMNO atau ulama kerajaan,, mereka hanya sekadar mengeluarkan arahan melalui khutbah yang kita sendiri tidak tahu fatwa tersebut dari siapa... takut agaknya....

Apa yang jelas, ulama Malaysia pro dan pencacai UMNO bersama pemimpin UMNO hanya berani mengharamkan BERSIH, sebaik saja Menteri KDN merasmikan Fatwa BERSIH sebagai pertubuhan haram, maka beramai-ramailah ulama pencacai sama-sama mengesahkannya sebagai haram...

Dari kontek manakah yang dikatakan BERSIH haram,,, baca bersih pertubuhan haram

Betulkan BERSIH haram,,, hanya orang bodoh berfikiran ala komunis sahaja yang mengatakan haram,


Thursday, June 2, 2011

Majlis Fatwa Perlis larang bina tugu 1Malaysia...

Salam Sejahtera,

Gambar tugu 1Malaysia ni semuanya berada dilokasi daerah Manjung...,

Hampir dengan tapak malam KDSK

Hadapan taman Fasa 2G


Kampong Gurney Stiawan..

Tahniah buat Majlis Fatwa negeri Perlis,,,, Negeri Perak.... Majlsi Fatwnya hanya dok nampak tarian pow-pow sahaja yang haram, lain pada tu... ancak pun boleh, tugu 1Malaysia lagi la boleh....,


Fatwa tegah bina tugu 1Malaysia
Jun 2, 11 10:45am


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

NONEMenurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu.

NONEKeputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.

Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.

Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.


Tuesday, April 26, 2011

Hu hu hu... Kesian kat dia....

Salam Sejahtera,

Semasa nak keputusan dulu nak glamour sangat, nak buat sorang-sorang, tak mau nak ajak 14 orang lagi rakan-rakan yang lain duduk sma-sama berbincang, sebelum buat keputusan...,,

Bila keputusan dah keluar, geng-geng lain semua pakat tolak,, tak apa yang nak dok depend,,, aaa padan muka.....mana pemimpin UMNO,, mana menteri UMNO, tak tolong ka... keciaaan dia..

dan akhirnya yang bersalah media salah buat laporan... bijak...bijak.....

Bahasa

Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa

April 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu,” katanya.

Harussani (gambar) juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

“Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

“Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco ia sudah jelas haram,” katanya.

Di akhir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, Abdul Shukor berkata, umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Kata beliau, umat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan dikeluarkan badan itu sejak 2007, yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Bagaimanapun, tambah Abdul Shukor, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu sejak Januari lalu.

Justeru kata Harussani, hasil kajian Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selain merujuk kepada garis panduan yang ditetap telah memutuskan tarian poco-poco adalah haram dan tidak boleh diamalkan di negeri itu.

Selain itu, tegas beliau pengharaman tarian poco-poco tidak akan ditarik balik walaupun dipertikaikan banyak pihak termasuk sesetengah tokoh pemimpin agama.

“Tarian poco-poco adalah haram, macam mana kita nak tarik benda yang sudah haram . . . lagipun kita sudah fatwakan pengharaman tarian poco-poco di Perak.

“Benda haram kita tidak boleh nak ubah walaupun ia hanya untuk senaman. Kita dah buat kajian dan telah mengikut garis panduan, sebab itu kita putuskan tarian poco-poco haram, yang haram kita tidak akan tarik balik,” tegas beliau.

Pada 6 April lalu, Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.



,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari