boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Murtad. Show all posts
Showing posts with label Murtad. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Apa yang boleh dikatakan,,, tengok dan nganga ajalah... Undang-undang Malaysia...

Nak harap umno selaku tonggak pemerintahan dalam negara nak membela agama Islam... Phuiii...

Yang depa tau, buat isu,, depa yang izin, depa yang bising balik kalimah Allah... 

Kini ada satu lagi masaalah....

Thursday, May 31, 2012

Menteri sibuk projek lembu NFC - 1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat..

Bagi aku perkara sungguh menyedihkan,, terbayang kalau diri aku sendiri berada ditempatnya..... 




Cerita selanjutnya boleh baca di bekas-penghuni-rumah-kebajikan-hidup-merempat


Mana menteri kebajikan masyarakat.... asyik dok kira lembu berapa ekoq hidup dalam kondo..sekarang menteri tersebut dah bersara... ia boleh lepas tangan...... 


Kalau rasa tak puas hati lagi, dengar pengakuan dari saudara (mangsa) anak pungut yang diberikan kepada keluarga Cina lalu ditukar agama dan nama kepada nama Cina.... masyaallah.. Ini yang berlaku dalam negara kita..... 




Apa ni.....Inikah UMNO yang mengaku pembela bangsa, agama dan negara.... 









Thursday, February 2, 2012

Ini dia rupa salah seorang OSTAD Murtad...

Hairan sungguh,,, dah lama tak kedengaran apabila selesai sahaja PRK DUN Galas,,, tiba-tiba timbul balik,,, tumpang ada peluang nak cari populariti bersama-sama dengan Hasan Jati....

alt

Bukan aku nak memandai kata dia ni murtad.. tetapi baca balik kenyataannya....

Mereka beriktikad orang UMNO kafir dan keluar Pas murtad. Sebab itu, gelaran ‘ustaz murtad’ sangat popular dan diberikan kepada golongan ustaz yang keluar daripada Pas,” katanya.





Saturday, November 19, 2011

Dr Asri dah mula tunjuk tauliah kepada EXCO agama Selangor, pening aku...

Kalau boleh malas aku nak sentuh isu Hassan Ali,,, sebab PAS pun dah lepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Selangor,,,

Tetapi bila isu kristianisasi ni cuba dimainkan lagi, aku tak tau kut mana yang dia maksudkan,,, pening-pening... Lagi pening Mantan Mufti Dr Asri pula persoalkan,,, he he ,,,, itulah,,, dulu JAIS gatai dok cari pasal pi tahan dia pasal tauliah kenapa,,,, sampai naik ke mahkamah.....ha ha sekarang Dr Asri dah mula tunjuk tauliah kat EXCO agama Selangor..ambik ko Hassan Ali...

Lagi kecoh kisah begini dah jadi perbualan sampai ke negara jiran....

Mudah cetak
E-mel

19 Nov 2011

LUAR NEGARA

DAKWAAN MURTAD GUNA BIBLE BERTEKNOLOGI CANGGIH

'Kenyataan Hasan satu penghinaan ke atas Muslim'

Bekas mufti Perlis gesa pihak berkuasa agama Selangor dedah nama Muslim yang didakwa murtad
KUALA LUMPUR: Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan Bible berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

'Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan terhadap masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,' katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada laman berita The Malaysian Insider, semalam.

Zamil Pusat Pengajian Islam Oxford itu berkata bahawa di Malaysia bacaan Al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, televisyen, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan Al-Quran itu setiap hari.

Sebaliknya, tegasnya lagi, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible, atau 'solar-powered talking Bible'.

'Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar Al-Quran terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible. Tindakan ini seakan-akan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi Al-Quran,' tambahnya.

Kelmarin, satu laporan The Malaysian Insider memetik jawapan bertulis Dr Hasan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno kerusi Sungai Burong, Datuk Mohamad Shamsudin Lias, bahawa ada sesetengah gereja di Malaysia yang cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti Bible menggunakan kuasa solar.

Dr Hasan berkata penganut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti Bible menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.

Pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam di negeri itu berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian yang kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.

Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya dan Jais pada awal Ogos lalu.

Dalam reaksinya, Dr Mohd Asri berkata 'bagi saya, maaf terpaksa katakan, bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup dalam zaman teknologi'.

'Hari ini segala bacaan sama ada Al-Quran ataupun Bible boleh didapati di Internet. Pelbagai peralatan, sama ada komputer ataupun selainnya boleh melakukan download semua bacaan ini. Tidak perlu bersembunyi bagi mendapatkan atau mendengarnya,' katanya lagi.

Selain itu, Dr Mohd Asri juga menggesa pihak berkuasa agama Selangor supaya mendedahkan nama-nama umat Islam yang murtad jika benar-benar pemurtadan berlaku dengan serius di negeri itu.

'Perlu tanggungjawab atas dakwaan ini... saya mengharapkan pihak beliau boleh mengeluarkan nama-nama mereka yang berkenaan jika benar wujud.

'Kedua, dengan senarai nama itu, boleh membantu pihak lain membuat kajian tentang punca murtad jika benar berlaku,' tambahnya.

Sumber berita cyberita.


Sunday, November 6, 2011

Panas - Anak Angkat Mahathir kata DS Najib Murtad dan bukan Islam..

Pentempuran antara Mahathir dengan najib semakin memuncak, kalau sebelum ini Mahathir menggunakan blog-blog pronya seperti Kmu, anak-anaknya juga turut membantunya menghentam Najib,,,

Tetapi ini aku kira sudah kira berat,, najib & The gang tengah dok buat haji, boleh ditohmah sedemikian rupa,,, hebat puak-puak UMNO sesama mereka pun dah ghuyubbb, maka tak hairanran kalau dengan pembangkang...



Apa pun ini semua datang dari Allah, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu, tak perlu Umat Melayu dari Parti pembangkang yang hentam Najib, tetapi Allah hantar sesama mereka melaksanakannya... Wallahhuaklam....

Tahniah.. nampaknya semangat keberanian Afghanistan tertanam dalam anak angkat Mahathir ini...


Sumber blog UMNO .. anak-angkat-tun-m-menghina-pm.




Wednesday, October 26, 2011

Jawapan untuk PAS makin 'bercelaru'..

Sebelum ini aku ada posting pas-makin-bercelaru.

Nampaknya ada pimpinan tertinggi PAS memberi jawapan balik, Terima Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat... Moga-moga Dr Mashitah dapat sedikit kefahaman... Jangan dok main cakap ikut sedap mulut,,, kalau aku waktu kecik-kecik dulu arawh kakak aku kata jenis mulut "hebia'ak'......


Nik Aziz: Golongan nasionalis punca gejala murtad

October 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad, yang menjadi agenda khusus Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Sabtu lalu, berlaku di negara ini disebabkan tindakan tidak melaksanakan pemerintahan Islam oleh golongan nasionalis.

Nik Aziz (gambar) berkata, fahaman nasionalis menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

Himpun meluluskan deklarasi 10, antara lain menggesa kerajaan mengadakan undang-undang khusus mencegah murtad.

“Di Malaysia ini punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambil kebangsaan.

“Daripada rasa lekeh ini timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata, tomahan itu salah kerana penubuhan parti itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

“PAS orang pertama mempertahan Islam. Bila Islam itu diperjuangkan, maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

“Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunah nabi.

“Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam,” katanya.


Link : Klik


Sunday, October 23, 2011

Siapa wanita bini muda Senator Mohd Ezam...

Bila aku terbaca kisah-kisah apa yang berlaku semasa program Himpun semalam dar blog Tukar Tiub aku dapat satu maklumat baru,,,,

INI ADALAH SEBAN MUSABAB KENAPA HANYA 4857 ORANG SAHAJA YANG DATANG

1 – Ibrahim berkata berpuluhan ribu ahli PERKASA tersalah maklumat.
Mereka berkumpul di Taman Tasek Titiwangsa.
Mereka ingatkan ini sama seperti DEMO BERSIH

2 – Tok Guru Silat berkata puluhan ribu ahli silat telah datang.\
Mereka semuanya menyamar sebagai kerusi

3 – Khairy Jamaluddin berkata – hari ini semua Mat Bangla - sedang sibuk
buka warong di brickfeild untuk jualan depavali – mereka tak dapat datang

4 – Jaringan Melayu tak dapat hadir kerana semua sudah kena jaring



5 – Mat Ezam tak datang kerana takut bini muda marah

6 - Ngo Melayu tak datang kerana bujet belum lulus

7 – Zul Nordin pejuang Islam tak datang takut Puan Ainon tunggu minta hutang
baca seterusnya...


Biar betul Ezam dah berbini baru,,, siapa orangnya yang bernasib malang tu ya....


Rupa-rupanya Ezam ada.... dok menyorok, apakah takut dikenali, atau takut kat bini muda tahu.....

Sumber gambar facebook. .



Monday, August 15, 2011

Ketua Pemuda PAS melakukan kesilapan dengan melepaskan peluang......

Salam Sejahtera,

Tak pasti sama ada berita muka hadapan ni betul atau rekaan semata-mata....
,

Tetapi kalaulah betul seperti yang dilaporkan, Nasaruddin Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Pusat telah melakukan sedikit kesilapan dengan melepaskan peluang yang terbuka luas...

Apa yang PAS boleh buat dengan isu Gereja dengan JAIS tu, hanya sekadar mendapatkan penjelasan dari Gereja dan JAIS, ictu pun kalau JAIS nak kerjasama, kalau tidak apa yang PAS boleh buat,, selepas itu PAS keluarkan kenyataan itu sahaja...

SEPATUTNYA MASA INILAH NASARUDIN MENGAMBIL PELUANG, MENGAJAK PEMUDA UMNO, PEMUDA PERKASA, DAN SEMUA NGO ISLAM BERSATU MENDESAK KERAJAAN YANG SEDIA MENGGUBAL AKTA MURTAD DI PARLIMEN....

Bukan hanya sekadar nak desak PAS beri pendirian Rasmi... Kenapalah mudah sangat terpedaya dengan permainan UMNo ni............



.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari