boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, October 26, 2011

Jawapan untuk PAS makin 'bercelaru'..

Sebelum ini aku ada posting pas-makin-bercelaru.

Nampaknya ada pimpinan tertinggi PAS memberi jawapan balik, Terima Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat... Moga-moga Dr Mashitah dapat sedikit kefahaman... Jangan dok main cakap ikut sedap mulut,,, kalau aku waktu kecik-kecik dulu arawh kakak aku kata jenis mulut "hebia'ak'......


Nik Aziz: Golongan nasionalis punca gejala murtad

October 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad, yang menjadi agenda khusus Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Sabtu lalu, berlaku di negara ini disebabkan tindakan tidak melaksanakan pemerintahan Islam oleh golongan nasionalis.

Nik Aziz (gambar) berkata, fahaman nasionalis menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

Himpun meluluskan deklarasi 10, antara lain menggesa kerajaan mengadakan undang-undang khusus mencegah murtad.

“Di Malaysia ini punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambil kebangsaan.

“Daripada rasa lekeh ini timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata, tomahan itu salah kerana penubuhan parti itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

“PAS orang pertama mempertahan Islam. Bila Islam itu diperjuangkan, maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

“Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunah nabi.

“Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam,” katanya.


Link : Klik


1 comment:

  1. Tak habis habis tok guru dooookkk salahkan orang lain..adoyaiiiii

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari