Mudah cetak E-mel 10 Okt 2011 LUAR NEGARA Pawagam hentikan tayangan filem Nasi Lemak 2.0 KUALA LUMPUR: Rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC), memutuskan mahu menghentikan tayangan Nasi Lemak 2.0 arahan pembikin filem dan artis kontroversial, Namewee. Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri kontroversi itu sejak kebelakangan ini tetapi GSC dipetik akhbar tempatan sebagai berkata keputusan itu diambil ekoran daripada keputusan Astro menyiarkan filem itu menerusi saluran Astro First. Laporan New Sunday Times semalam berkata filem yang telah mencatatkan kutipan lebih RM4 juta ($1.6 juta) itu sejak ditayangkan lima minggu lalu dihentikan penayangannya Jumaat lalu. Menurut laporan itu, GSC juga menyiarkan permohonan maaf menerusi laman sosial, Facebook, memaklumkan bahawa mereka yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan balik wang masing- masing. Dalam satu kenyataan akhbar tiga minggu lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, bimbang Nasi Lemak 2.0 mungkin dilarang ekoran daripada demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini. Menurut Namewee, beliau kesal dengan bantahan tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan. 'Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraan dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan. Saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri serta usaha kerja saya,' katanya. Filem tersebut dilaporkan dikecam pihak-pihak yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk ke atas anak-anak muda. Pelakon Nasi Lemak 2.0 termasuklah Adibah Noor, Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycats, Karen Kong dan Afdlin Shauki. Ekoran daripada satu artikel di akhbar Utusan Malaysia yang memperlekeh filemnya, Namewee, mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama dua minit 43 saat. Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0, sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini pernah menyifatkan Namewee sebagai seorang pendukung kuat 1Malaysia dan seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya. |
boikot
Segarkan ingatan anda...
Monday, October 10, 2011
Nasi Lemak 2.0 - Dato Seri Najib tipu Namewee...
Saya sokong Namewee, sebab dia ikon 1Malaysia, itu ucapan Najib semasa selepas mesyuarat MT UMNO jumaat lepas...
Namun itu semua hanya lakonan Najib sahaja,, Namewee dah kena kencing dengan Najib....
Sebenarnya Najib dah mula goyang bila blogger UMNO menghentam Najib, lhat sahaja gambar diatas atau klik aku-tak-peduli.
Itu tak termasuk kemarahan dari PERKASA, jadi Najib hanya sekadar berlakon dengan pelakon yang juga pengarah anak Cina Namewee, tak cukup lakonan Najib, pencacai Najib no wahid Nazri Aziz pun turut sama berlakon dengan pelakon anak Cina Namewee...
Namun pengaruh blogger UMNO dan PERKASA membuat Najib terkedu, lemah dan terpaksa menurut kata...Akhirnya lakonan mereka pecah sudah, berita ini tak ada dalam surat khabar Malaysia....
Link berita : cyberita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment