boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, October 24, 2011

Dato Seri Najib nak berkuasa umpama tuhan..

Setelah pergi membuat lawatan kunjung hormat bertemu paderi besar kristian di Vatican beberapa bulan yang lalu nampaknya Najib dah ada perubahan diri.....



BERITA UTAMA

Mereka tidak layak diampun

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Sesiapa yang mengagungkan perjuangan komunis dan menidakkan pengorbanan serta kesetiaan anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara adalah pengkhianat yang dosa mereka tidak layak diampunkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan komunis bukan untuk membebaskan negara ini daripada penjajah, sebaliknya mahu mengambil alih tanah air dan menukarnya menjadi sebuah republik sebelum mengharamkan segala kebebasan rakyat termasuk untuk beragama.

Beliau menambah, dalam konteks tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950, kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa lelaki Melayu, Muhammad Indera yang diangkat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai hero sebenar ialah seorang komunis.

“Nak kata kepala tak betul dan bangang (bodoh), dia sudah dipilih menjadi pemimpin oleh partinya. Jadi apa muslihat dia? Orang sebegini yang sanggup menidakkan jasa serta pengorbanan para perajurit negara ialah pengkhianat dan dosa golongan seperti ini tidak layak untuk dimaafkan.

“Saya sudah membuat siasatan dan pihak polis sendiri mempunyai bukti kukuh Muhammad Indera seorang pengganas komunis. Dia sendiri mengaku kepada pihak polis yang dia merancang serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan turut bertanggungjawab membunuh beberapa anggota polis.

“Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya) sendiri dalam sebuah buku mengesahkan bahawa Muhammad Indera anggota komunis. Jadi kenapa kita perlu mengangkat pemimpin sebegini,” katanya semasa berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Pesara dan Bekas Polis di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; timbalannya, Datuk Abu Seman Yusop dan Datuk Lee Chee Leong; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sementara itu, ditanya pada sidang akhbar sama ada golongan yang dilabel sebagai pengkhianat negara akan dihadapkan ke mahkamah, Najib berkata, ia terserah kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, namun menegaskan pandangan pihak terbabit mesti ditolak dengan apa cara sekalipun.

“Golongan yang menidakkan pengorbanan perwira negara yang sudah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air kita yang tercinta ini ialah golongan yang buta hati. Golongan sebegini tidak boleh dibenarkan menjadi pemimpin negara,” ujarnya.

Mengenai bukti pembabitan Muhammad Indera dalam komunis serta penglibatan lelaki itu dalam tragedi Bukit Kepong, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersedia mendedahkan perkara itu kepada umum jika keadaan memerlukan.

Najib berkata, selain rakaman, buku bertajuk “Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, mengesahkan pembabitan Muhammad Indera sebagai anggota komunis.

Link Klik


Komen - Jadi buat ahli-ahli UMNO yang mana ada membuat apa-apa dosa boleh pi minta ampun segala dosa melalu Dato Seri Najib,,, pengkeras dia kena runding dengan Rosmah..... setuju.....


6 comments:

  1. Busuk nya hati manusia bernama manjung mari

    ReplyDelete
  2. apa nak kecoh, jahil komentarnya berunsur jahil juga

    ReplyDelete
  3. bukan busuk ni nak bagitau kat blogger pencacai hangpa tu jangan dok buat banyak fitnah sangat pasai hangpa punya masalah pun tak selesai lagi.jadi buat beruk2 AMNOPORNO tu kena faham laaa. lain kali jangan bangkai gajah nak ditutup dengan tisu,bahlul wal banggang oiiiiiiiiii.

    ReplyDelete
  4. Pas meghekooooott tak boleh di rungkai runkai lagi daahhh menghekoottt abisss Hijau dari seluar dalam ke bumbung hijauuuuuuu...

    ReplyDelete
  5. Undi Pas bermakna kita akan gadai Malaysia pada Cina DAP so fikir fikirkan lah wahai pengikut Pas semua..lihat lah kenyataan yg berlaku disekeliling kita hari ini.

    ReplyDelete
  6. skrang banyak skandal dialami umno..tapi ditutup media dikuasai mereka..tengoklah..satu persatu didedahkan

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari