Semua pembaca blog-blog politik di Malaysia ini aku pasti ada terbaca kenyataan Zambri mamak anak Kadiaq yang kononnya kawasan hitam di Perak telah dapat diputih,, walau pun dirinya sendiri tidak mungkin sama sekali dapat diputihkan,, tak mungkin,,
Hari timbul lagi berita sensasi bagi Zambry, BN Perak capai kata sepakat soal pilih calon menang, klik bn-perak-capai-kata-sepakat-soal-pilih-calon-menang...
Betui ka semua tu, percaya ka hangpa... bagi aku semua ini adalah sebagai penyedap hati Zambry sendiri, kalau hangpa perasaan negeri-negeri lain yang UMNO perintah, ada ke tak MB-MB UMNO yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan begitu,,, tak ada,,, cuma dia sahaja yang dok kalut macam kucing hilang anak..kenapa jadi begitu...
Bila aku posting satu artikel masa-depan-zambry-sebagai-mb-perak., tak lama lepas tu blog aku hilang, kena hack, tetapi alhamdulillah dapat diperbetulkan semula, apakah ini ada kaitan semuanya,, wallahhuaklam,, aku tak boleh nak tuduh,, tetapi yang jadi persoalannya kenapa ada manusia yang sanggup buat kerja sedemikian,,, kalau tak bersebab..
Namun apa yang aku posting tu ada kebenarannya,, aku yakin,, sebabnya hari ini ada lagi isu-isu yang seumpama dengan apa yang tulis, hangpa boleh baca apa yang aku copy dibawah ni..,
Untuk meyakitkan hati BN lagi, UMNO sedang mengalami perpecahan kuasa di Perak kerana terdapat segelintir ahli parti tersebut yang amat bercita-cita tinggi dan mahu dipilih sebagai calon bagi pilihan raya umum akan datang. Telah dikatakan sesama responden bahawa Pemuda Umno negeri tidak berpuas hati dengan ketua menteri yang sedia ada. Mereka juga berpendapat bahawa ketua menteri tersbut akan digantikan selepas pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertanding bagi kerusi di peringkat negeri. Perebutan dan pertelagahan di antara bakal calon- calon tersebut akan memberi kesan kepada peluang kemenangan UMNO di mana peluang kemenangan sudah nampak tipis bagi mereka. Tiada sebarang inisiatif dari parti UMNO untuk berkempen secara besar-besaran bagi BN kerana mereka sedang menantikan sebarang petanda daripada pemimpin-pemimpin parti bahawa mereka adalah calon yang terpilih. Walaupun seseorang itu ahli politik yang berbakat, menurut kiraan politik, ketua menteri yang sedia ada di Perak tidak akan dapat membendung rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan BN dan ini akan diungkit oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat mempunyai persepsi bahawa PR masih boleh menang walaupun ketua menteri negeri ditukar.
Sumber dari nizar-jamaluddin-dan-masa-depan-politik-di-perak
Insyaallah... Selepas PRU 13 nanti, Perak negeri aku akan dapat dikembalikan kepada Rakyat, dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih... Aminn... .
No comments:
Post a Comment