boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, October 1, 2011

Masa depan Zambry sebagai MB Perak selepas PRU13 pudar...

Salam sejahtera..


Kalau dulu Zambry sewaktu menjawat jawatan MB Perak dengan cara terkutuk mengikut tatacara demokrasi , kini bakal tiba masanya hukum karma akan menimpa dirinya,,

Kita kena ingat, Pak Lah yang cadangkan Zambry sebagai MB selepas 3 ekoq ADUN PR melompat, ini kerana Zambry mempunyai hubungan intim dengan Khairy, Zambrylah yang mencadangkan Khairy jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO satu ketika dahulu, dimana Zambry sebagai Ketua Pemuda UMNO Lumut.

Beberapa bulan lepas bila UMNO nak mengadakan PRU olok-olok, dilaporkan Negeri Sembilan dan Perak jatuh ketangan PR, kenapa keluar berita sebegitu, itu tanda awal dari Najib..,

Kalau Pak Lah masih lagi memegang jawatan PM nasib Zambry mungkin selamat, tetapi Najib yang menjawat PM,, Najib sendiri pun ada sebut, mahu calon yang disukai ramai, apakah Zambry disukai ramai,, Najib sendiri tahu bagaimana sikap rakyat Perak terhadap Zambry, terutama kaum Cina...

alt

Hari ini pulak timbul berita perbicaraan Mahkamah isu siapa MB Perak tidak sah, selepas mantan Ketua Hakim Negara Tun Zaki mengaku tidak terlibat dengan perlantikan hakim,, kantoi lagi... apakah ini satu lagi permainan Najib untuk kenakan Zambry??

Menurut sumber yang aku dengar Zambry akan ditarik ke Pusat, kerusi Parlimen Lumut boleh ditukar, kerana keputusan PRU12 lalu Kong Chong Ha menang dengan undi tipis,, Jika ini benar-benar berlaku, UMNO Perak memang mengalu-ngalukan, meraka lebih senang Jawatan MB dipangku oleh Melayu sejati, bukan Melayu mamak..ramai lagi pimpinan UMNO Melayu sejati yang berkaki lebar untuk rasuah..

Dan nampaknya Zambry sendiri sudah dapat merasakan nasib masa depannya sebagai MB Perak, Zambry mana mungkin dapat nak mempengaruhi Sultan Perak,, Projek MMC Gamuda bukan Zambry yang anugerahkan, itu semua Najib punya urusan..., dan lagi satu, kita semua maklum, Mahathir, Najib dan Sultan Perak adalah ahli kehormat Kelab Freemason Malaysia .klik pakatan-mahathir-najib-sultan-perak.

Jadi apa yang Zambry boleh buat, dan Zambry pun sekarang ni dah mula merasakan apa yang bakal akan berlaku pada dirinya,,, dan dia pun dah mula buat persediaan melalui pencacai-pencacainya... hangpa tak percaya... sila klik kekalkan-drzambry-sebagai-mb-perak.

Cukuplah sepenggal menjawat jawatan tu,, tak payahlah nak difikir-fikirkan,,, fikir sahaja,, yang pengundi Negeri Perak akan tetap mengundi sepeti PRU12 yang lalu, ertinya Perak akan kembali jatuh ke Pakatan rakyat.. Insyaallah.. Jadi buat Zambry siap sedialah,, barang-barang tu bolehlah kemas-kemas apa yang patut sebagai persedian nak keluar dari kediaman MB Perak..




.

8 comments:

  1. ye ke ni. Atau Nizar masih kecewa lagi. Cakap dengan nizar tu, jangan cakap besar, tuhan laknat orang cakap besar ni. Mesti tuhan ada sebab jadikan takdir sebegini pada Nizar....renung renung.

    ReplyDelete
  2. Anak ikan kayu...

    Hang memang betuilah ikan kayu.. cerita ni tak tersebar luas,, tak percaya tunggu masa saja,,

    Nizar memang tak akan merasai lagi jawatan MB.. itu yang pasti,, Ramai lagi pemimpin PR yang sedia mengambil alih selepas PRU13 nanti,, Insyaallah, Negeri Perak akan kembali ke Pakatan Rakyat,, Rakyat yang menentukan.. bukan mahkamah..

    ReplyDelete
  3. anak ikan kayu ni memang tunggul kayu lah!! tdak berpijak di bumi nyata. Jgn duduk rumah jer, sila turun ke bawah, perati dan rasakan mood rakyat esp rakyat Perak.

    ReplyDelete
  4. Kayu kul 11:30...nak komen tak yah le guna Tuhan...nak tunjuk alim piiirah.....UMNO tunjuk ramai Mdelayu kena tipu...

    ReplyDelete
  5. Saturday, 1 October 2011
    [ Mesti Baca ] PERINGATAN UTK FACEBOOKERS - 7 KESILAPAN YANG MERUGIKAN PAKATAN RAKYAT
    Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
    Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

    Anda mungkin juga meminati:
    SABAH DIJAJAH MALAYA....??
    GEMPAR !!! : Shafie KM Sabah yang Baru ....
    [ Mesti Baca ] : Rahsia Kekuatan Pas....
    LinkWithin
    Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

    Anda mungkin juga meminati:
    PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?
    Najib mencari ‘Talian Hayat’
    [MESTI BACA] :5 perkara yang bakal berlaku jika BN kalah ...
    LinkWithin
    Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:

    1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan.

    Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah.

    Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

    2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

    3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

    4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

    5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat.

    Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

    6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

    7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

    ReplyDelete
  6. salah ayat pada gambar kartun tu...lepas PRU13 masa tu zambry bukan MB

    ReplyDelete
  7. Jangan angkuh dan cakap besar. Lebih baik buat amal yang tak perlu menunjuk nunjuk dan melaga lagakan umat seperti MANJUNG MARI ni. Semua dah naik menyampah dan meluat dengan cara dia berdakyah.POLITIK KEDAI KOPILAH katakan.......KESIAN.

    ReplyDelete
  8. ORANG DAH MENYAMPAH MAKI HAMUN PR...MASUK AJE UMNO, ORANG UMNO ISLAM......

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari