boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, October 1, 2011

Jawatan Zambry sebagai MB Perak Haram dari segi perundangan..

Salam sejahtera..

Aku langsung tak terkejut bila terbaca berita di atas,, sebab bagi aku dari awal mula kejadian awal tahun 2009 yang lalu dari sekarang aku tetap anggap haram,,

Jadi bila berita ini keluar,, maka bertambah yakin dengan apa yang aku anggap selama ini walau pun sebab kenapa haram berlainan.,, tetapi tetap haram...

Walaupun dah tentu haram , spesis manusia melayu mazhab UMNO ni mana dia kira haram halal,, yang haram tu yang depa seronok dok tibai tu...setakat dah keluar kenyaan sahaja lah, ada mereka nak ambik kisha,, kuasa ditangan mereka.... boleh bersuara sahajalah...

Kerajaan Perak pimpinan Zambry tidak sah!

October 1, 2011
By

Nizar lawan ZambryPengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham berkata bahawa kes-kes yang melibatkan krisis perlembagaan Perak adalah tidak sah kerana bekas Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi mengakui bahawa beliau tidak pernah terlibat dalam pembentukan panel hakim.

Beliau merujuk kepada kes Majlis Peguam lawan Tan Sri Abdul Hamid Omar pada tahun 1989, dimana Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa hanya Ketua Hakim Negara sahaja berhak untuk mengada dan membentuk panel hakim Mahkamah Persekutuan untuk mana-mana prosiding.

“Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan. Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah,” kata Ngeh.

Zaki, ketika ditemubual oleh MalaysiaKini bulan lalu, mendakwa bahawa beliau tidak terlibat dalam krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009, yang menyaksikan pentadbiran PR tumbang ke tangan BN. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam membentuk panel hakim untuk menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah.








.

2 comments:

  1. Kat dunia lagi mulut demer dah buka tembelang demer sendiri. Kat akhirat tak tahu le. Inilah berkat doa orang yang dianiaya. Harap bekas ketua hakim sempat bertaubat sebelum nyanyuk

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari