E-mel
17 Okt 2011
LUAR NEGARA
Jamal disahkan bebas sepenuhnya daripada dadah
KUALA LUMPUR: Raja Pop, Jamal Abdillah, disahkan bebas sepenuhnya daripada ketagihan dadah tetapi memilih terus tinggal di Rumah Pengasih sehingga beliau bersedia menghadapi kehidupan di luar, kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi.
Katanya, meskipun Jamal sudah mendapat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lima tahun, beliau akan tetap dibantu dan dibenarkan terus tinggal di situ.
'Kami akan bantu dia. Mungkin dia takut menjalani kehidupan di luar kerana bimbang terbabit semula dengan dadah. Jamal adalah harta negara, jadi apabila dia minta terus tinggal di Rumah Pengasih, tak kan kita hendak tolak pula walaupun dia sebenarnya layak duduk di luar,' katanya yang ditukil Berita Minggu Malaysia (BMM) semalam.
'Apabila ditanya kepadanya, dia hanya memberitahu yang dirinya masih belum bersedia,' jelasnya selepas Majlis Graduasi Pengasih keempat, di sini, kelmarin.
Beliau berkata selepas lulus temu duga yang dijalankan bagi menilai tahap pemulihan, Jamal juga sepatutnya layak menerima sijil pengiktirafan.
Namun, beliau tidak dapat hadir kerana ada undangan menyanyi di Kedah.
Pada 24 September lalu, Jamal mengadakan konsert 'Akustika Jamal Abdillah' di Stadium Tertutup Singapura yang bertujuan mengutip derma untuk Jamiyah Singapura.
kah kah kah kah kah...kalau taik ganja, dam, ais, syabu tu takkan ke mana. nk tengok tera mana hebat sgt raja pop nie bole lwn kesyahduan ganja ais syabu nie. mari kita tengok
ReplyDeleteTuan Manjuag mari,menjadi seorang pengundi,yang mengundi didalam pilihan raya yang yang akan datang atau yang sudah lepas,Penlenbagaaan Negara/SPR tidak menletakkan syarat,seseorang itu tidak boleh mengundi kerana menjadi penagih, percuri, perogor, peronpak,atau penipu(ramai penipu dah jadi YB? ) Dan ianya bukan sahaja bolih mengundi tetapi nak menjadi calohpun boleh.Tetapi kena tunggu lima tahun, baru dia boleh menjadi caloh jika dia baru keluar dari penjara atau pusat permulihan.Saya tidak tahu apa sebabnya Tuan boleh menulis/keluarkan cerita ini? Nak marahkan jamal pergi masuk umnoke atau nak perli UMNO kerana ada penagih didalam umno?Tetapi saya nak beri tahu kepada Tuan janganlah Tuan, menhina penagih,kerana banyah lagi penagih-penagih dan bekas-bekas penagih yang lama-lama menyokong pakatan dan lebih-lebih lagi PAS.Tuan dan seorang yg mencoment tidak tahu apa-apa tentang penagih,tetapi yang saya tahu dangan adanya orang seperti tuah ini ,masaalah dadah dimalaysia tidak akan habis dan akan bertambah banyak lagi,kerana Tuan dan Percommet hanya pandai mengata dan berkata sahaja dan tidak mengunakan Blog Tuan-Tuan untuk bertanya dan mendesak Kerajaan kenapa Dadah masih ada lagi dan bertanbah banyak pula?Kenapa tidak menakap raja-raja dan pengedah-pengedah yang besar-besar.?Dan hanya menakap ikan ikan sedang sahaja, itu pun satu tahun 2/3kali sahaja.(ikan-ikan kecil tak usah kiralah semua melayu pula itu)dan dengan sifat Tuan dan percommet ini juga, akan menbuat ahli keluarga atau keturunan Tuan-Tuan pula, akan terjerumus kedalam lubang perakap Dadah durjana ini(disediakan dan dicipta untuk menjahanankan) hanya kerana Tuan-Tuan suka mengata, menbiar dan menhina orang (Penagih)dan tidak mahu mengatai masallah ini bersama- sama dengan ahli masyarakat yang perihati,yang faham dari mana(siapa) datang masallah ini dan bersama- sama dengan ahli ahli masyarakat yang ada ahli keluarga nya yang telah menjadi penagih yang masih hidup atau pun dah mati.Itu adalah lebih baik dari mengata dan menhina orang .?
ReplyDelete